Legoland Taman Tema Impian Kanak – Kanak Terhebat Malaysia
Sejak pulang dari Legoland minggu lepas anak-anak aku semua senyap tak bercakap apa-apa , tapi aku tahu itulah tanda kepuasan yang diorang semua dah nikmati dengan sebaiknya . Kalau tak mesti ada jer nak komplen…tak puas main’lah…tak seronok’lah dan apa-apa’lah alasan yang budak-budak kecik ni semua mampu reka cipta…sememangnya Legoland adalah salah satu taman tema impian kanak-kanak yang terhebat dalam Malaysia setakat ini .
Bilik Kosong Ada Tak…?
Sejak hari Isnin aku bagitahu kat diorang yang kita sekeluarga akan pergi ke Legoland…anak-anak aku terus bukak komputer survey bilik mana yang diorang nak tido kat Hotel Legoland..tapi lepas aku cakap yang kita tak tido kat Hotel legoland sebab dah penuh walhal sebenarnya takder offer dari management untuk tidor kat sana…nak terangkan detail pun bukan budak-budak tu faham…..walaupun diorang memang ada kecewa sikit tapi taklah terlalu kecewa cuma terbawak-bawak sampai ke alam mimpi jer…sampaikan masa malam Jumaat aku sampai kat rumah abang aku di Pontian , aku syak Cinta yang baru bangun tidur dah pandang rumah abang aku macam Hotel Legoland..sebab apa…dia masuk-masuk jer rumah abang aku terus dia tanya “bilik kosong ada lagi tak…? “ bantai gelak kakak aku malam tu……hadoiii
Melihat anak-anak aku gembira sebab terlalu teruja..hati aku cuma mampu berdoa dan memanjatkan syukur ke hadrat Allah swt kerana telah memilih aku sekeluarga untuk merasai dan menikmati keseronokkan yang hanya orang-orang kaya sahaja mampu jejak kaki ke Taman Tema Legoland . Tak lupa aku ucapkan terima kasih pada PR Legoland , my boss Ben Ashaari , Lan Careno dan Yanie sebagai orang-orang kuat yang telah menjadikan trip KBBA9 ke Legoland satu percutian singkat yang sangat indah dan akan bersemadi di ingatan buat selamanya .
Tak Ada Yang Tak Seronok
Aku rasa tak pernah aku tengok satu taman tema yang permainan’nya semua seronok…mesti ada cacat cela tapi tsumpahh aku kagum dengan Taman Tema Legoland secara keseluruhan’nya…dari dry park sampai ke water park tak ada yang tak seronok melainkan seronok belaka …dan percayalah yang anak-anak aku 2 hari tu takder langsung keluar perkataan ” PENAT ” !!! ….pelik ko…..
Diorang gunakan masa dan peluang yang ada dengan sebaik-baiknya….itu tanda diorang hargai nikmat yang diberi…sememangnya Legoland adalah taman tema impian kanak – kanak terhebat di Malaysia .
Bagi aku kita pandang pada kelebihan dan jangan cari kekurangan…barulah semuanya indah belaka …ehehehe
Hampir keseluruhan taman tema aku sekeluarga jelajah….buktinya ada pada kertas yang yang anak-anak aku pegang untuk di stamp bila selesai menaiki sesuatu permainan …tapi ada gak yang tak sempat nak chop sebab lupa…main tak ingat dunia luar langsung …
Aku Faham Kenapa Tiket Legoland Mahal
Masa mula-mula aku dengar Legoland ni nak bukak 4 tahun yang lepas…survey harga tiket serius tak mampu….aku siap cop tempat ni untuk golongan bangsawan-bangsawan sahaja….orang ‘sekin cam aku mampu tengok jerlah…tapi kalau dah rezeki Allah nak bagi…kita pasti akan dapat juga walau bagaimana cara dan masa ianya berlaku ..rezeki tak pernah salah alamat…
Akhirnya aku faham…kenapa serba serbi mahal …permainan dia semua berkualiti , security pun tahap dewa …ko bodek camner pun takkan lepas kalau tak cukup syarat untuk bermain …alhamdulillah anak-anak aku punya ketinggian semua melepasi syarat termasuk Cinta . Lega rasanya…..kalau tak mungkin kena repeat lagi…..dan terus terang aku memang tak mampu….huhuhu
Walaupun Harga Makanan Mahal
Ini lagi satu masaalah besar …mujur hari tu aku dapat baucar makanan bernilai Rm200 untuk sekeluarga dan Rm200 tu hanya untuk sehari jer dapat guna …pertama aku beli set makan tengahari tapi bukanlah nasi-nasi cuma makanan ringan cam nugget , kentang dan ayam goreng .Untuk 4 set makan tengahari jer dah habis baucar dekat Rm100 dan untuk petang tu lepas semua dah puas main aku habiskan kesemua baucar yang ada untuk 4 set makanan berat .
Mujurlah anak-anak aku bukan pemangsa makanan sangat , aku ngan inchik dd cuma makan baki-baki yang diorang tak habis …kalau tak cukup pun aku ngan inchik dd mampu bertahan lapar dulu sementara belum keluar dari Legoland ..yang penting perut anak-anak kena isi kasi kenyang cukup-cukup .**pengorbanan ibubapa beginilah
Keseronokkan Tak Terhingga Di Legoland
Kalau korang ada rezeki lebih dan ada anak-anak yang sedang membesar sihat bagaikan juara ..tak ada salahnya korang nak bawak anak-anak korang ke Legoland pada ketika ini sebab bagi aku biarpun harga tiket memang mahal tapi serius memang berbaloi dengan nilai duit yang bakal korang leburkan .
Untung pergi sekarang sebab kedua-dua taman tema yakni baik dry park dan water park sedang berfungsi dengan baik .
Bukan aku suruh pergi tiap-tiap bulan atau tiap-tiap tahun …2 kali seumur hidup pun memadai….aku yang baru pergi sekali tapi macam berharap-harap ada rezeki dapat pergi lagi buat kali kedua dan berharap jugak dapat tunaikan impian anak-anak aku nak tido dalam bilik Hotel Legoland…insyaallah **rezeki’kan milik allah
Masa kat sana tu yang korang perlu jaga selain anak-anak dan barang , lagi satu ialah jaga pandangan mata….terdapat banyak “daging berkeju” berjalan depan korang ….hehehe **daging berkeju tu ialah orang putih yang pakai baju renang cekciii
Melihat senyuman anak-anak yang ketawa riang ria dan berwajah gembira pada hari tu , bagi aku macam aku pulak yang dapat hadiah yang tak ternilai harganya ….serius beb , itulah yang aku rasa .
Harga Tiket Legoland
Untuk updet harga tiket yang terkini korang boleh masuk ke —> Tiket Price
Manalah tahu kot ada harga offer dan diskaun yang menarik time tu…..
( Video ) My Legoland Trip
lama tak pergi Legoland.. baru 2 kali je pergi. hehe memang macam tak puas kalau pergi sehari je kat sana. bnyak sangat permainan yang nk kena cuba
lisa recently posted…Harga iPhone SE
yerlah lisa…..dua hari kat situ memang macam tak cukup…..harap2 ada peluang dapat gi lagi……nak naik lagi permainan yg best2 kat situ….
saidiladotcom recently posted…Bermulanya Imaginasi Kanak-Kanak Di Legoland Dengan The Lego 4D Movie – A New Adventure
FUh.. nnti ada tiket lebih bg la nah… Heheheh.. Siok Siok wooo Lego Land
Betul, walaupun tiket agak mahal tapi berbaloi. Kitorang pergi dulu masuk water park & theme park, dari awal pagi pintu bukak sampai ke malam pintu nak tutup dah baru balik. Satu family semua enjoy. Berulang kali naik roller coaster, dan my mom pun sama naik terjun main air kat water park tu hehehe
Mama Kembar 3 recently posted…Takut Masuk SMART Tunnel
bestnya…nak ikut lainkali leh? hehehe..muka tak malu…
kitorang pun tak mampu dila.. anak2 cakap byk kali dah… aahkan je sambil suh diorang doa supaya kita semua dapat gi…
pssstt…part makanan tu betulll sangat walau sedih kan…
Belum ada rezeki lagi nak bawa anak2 ke sini. InsyaAllah, suatu hari nanti!
Alhamdulillah.. akhirnya tercapai impian Dila N Didu nak bawak anak2 ke Legoland utk kali ke 2 kan.. Seronok tak terkata..
Seronoknya gi Legoland. Kalau tak salah sekarang sedang ada promosi ‘annual pass’ kan. Harga sama dengan beli satu tiket harian tapi dapat untuk setahun. Pastu ada peluang menang kereta Nissan Almera. Best tu!!!
alhamdulillah,rezeki kaklong kesini.Seronok anak2.. insyallah,nanti rezeki lain pula menyusul.
Tempat impian anak² ai jugak ni tapi mamanya takde rezeki lagi nak bawak. Harap ada rezeki lagi trip KBBA9 ke Legoland, dapatlah ai join. Nak pergi sendiri kena menabung ni!
Tak pernah pergi lagi. InshaaAllah 1 day pasti ke sini. Berbalou la dgn harga dia kan
Masa mula-mula bukak dulu memang plan nak pegi dgn hubs. Tapi fikir balik, tak bestnya pegi tanpa ada budak2, niat nak pegi tu terus tgl niat. Now alhamdulillah Allah dah hadiahkan baby, keinginan nak pegi tu membuak balik..hihihi, tapi tunggu baby besar sikit dulu lah 🙂 Tak sabarrrr nak jejak jugak kat sana
Betullah macam Dilla cakap, taman tema untuk orang kaya je. Alhamdulillah rezeki Dilla sekeluarga dapat ke sana.
Waaaah, seronoknya! Harap Dura pun ada rzki juga nak bawa anak2 ke sana nanti
alhamdulillah, kelmarin macam mimpi dapat tunaikan wishlist anak2 nak ke Legoland. nak pergi sendiri memang belum mampu lagi rasa. rezeki join KBBA , dapat juga huda tunaikan impian anak-anak
Teringin nak pergi tapi belum ada rezeki lagi. Nampak seronok. Woot woot