2 minggu sudah berlalu , tapi aku masih tak move on lagi dari moment-moment indah percutian 3 hari 2 malam disebuah resort menarik yang terdapat di kawasan Cherating iaitu Legend Cherating Beach Resort .
Keseronokkan berganda bila kau dapat bercuti bersama keluarga dan kawan-kawan kelab blogger yang sekepala .
Bercuti dengan keluarga itu biasa tapi dapat bercuti dengan keluarga dan kawan-kawan dalam satu masa yang sama itu memang luar biasa .Ada ketikanya bangun pagi jer terus aku main teka teki , aku kat mana ehh , kenapa macam ada bunyi ombak jer kat tepi telinga aku , kenapa macam terasa- rasa sejuk angin pantai pulak .
Rupanya itulah bahana sebelum tidur aku melayan gambar dan video-video dalam phone semasa berada disana . Ohhhh mennnn

panorama indah green pool di Legend Cherating Beach Resort
Aku bergerak dari puchong jam 12 tengahari , sebelum keluar dari rumah aku pastikan semua sampah dan sisa makan tiada , cabut semua plug yang ada dari soket dan info kat jiran tentang percutian kita . Kalau ada kucing tu pastikan makanan kucing mencukupi sebelum ditinggalkan .

“Travel Set Cosmoderm , Teman Travel Anda “
Alhamdulilah cuaca sepanjang perjalanan sangat-sangat baik sekali , cuma ada sedikit hujan lalu di kawasan-kawasaan yang berlainan . Walhal hari sebelumnya hujan lebat dan angin kencang .
Untuk sampai ke sana korang cuma perlu waze “Legend Cherating Beach Resort” , insyaAllah korang akan sampai tepat pada lokasi .
Kalau korang datang dari Selangor macam aku , semestinya Legend Cherating berada disebelah kanan dan kalau melalui Kemaman pastinya Legend Cherating berada disebelah kiri korang .
Welcome Drink
Tepat pukul 4:45 pm aku sekeluarga selamat sampai di pintu lobi Legend Cherating Beach Resort , aku disambut oleh pekerja hotel yang ramah . Segera aku cari Encik Meor untuk urusan Check In Room dan juga jadual aktiviti .
Sebelum aku memulakan sebarang “kerja” pihak resort telah menyediakan welcome drink merangkap minum petang . Cucur udang dia sedapppp ooo . Rasa nak tambah lagi jerr tapi teringat kawan-kawan lain yang belum sampai .

jemput makan yer semua…
Dalam menunggu kawan yang lain nak sampai tu kalau rajin bolehlah korang ketuk-ketuk piano , main snooker ker , main american pool ataupun main soccer board . Takpun pergi kandang arnab sambil bagi arnab makan .
Grand Deluxe Room Yang Super Selesa
Ok jom kita tengok bilik pulak . Kalau nak tahu aku dapat bilik di tingkat 4 nombor bilik 453 ke 454 ke 434 macam tulah ( lupa plak …ahahaha ) tapi menghadap laut . Ooooh yeahhh aku memang suka ketinggian dan juga suka pemandangan laut .
Lagi tinggi lagi syok walaupun kadang ada perasaan gayat , tapi view dari tempat tinggi memang osem kot dan hanya disebabkan itulah rasa gayat aku boleh hilang begitu sahaja .
Antara kelengkapan dalam Grand Deluxe Room adalah seperti ini :

camnilah pemandangan bilik aku …nak ambik gambar sendiri dah berkecah pulak bilik
- Complimentary WiFi
- Complimentary Coffee & Tea making facilities
- 32″ flat screen LCD TV
- 10 TV channels (including in-house movies Vision 4) and 3 radio channels
- Wall mounted hairdryer
- Mini bar
- Electric Kettle
- IDD telephone
- In-room safe box
- Iron and ironing board
- Rain shower
- Ceiling fan
- Air-conditioner
- Luggage rack
- Umbrella
- Yukata
Antara Bilik Dan Suite Yang Terdapat di Legend Cherating Beach Resort :
- Deluxe Room
- Superior Room
- Junior Suite
- Cherating Suite
- Legend Suite
- Penthouse
Semua bilik dan suite yang ada pada pandangan aku sangat-sangat istimewa . Kalau korang nak bercuti ada keluarga ramai dan nak masak-masak boleh sewa penthouse .
Tinggal bayar sahaja dan korang akan dapat 3 bilik besar , bilik untuk bibik ( maid ) pun ada , ruang tamu , ruang makan , 2 bilik air yang ada jacuzzi dan pemandangan balkoni yang cantik .

by Umminani
So far bilik aku dapat akses wifi resort , walaupun aku bawak laptop tapi sengaja aku tak nak login wifi sebab aku nak anak aku bercuti dari menghadap internet , aku taip draft pun offline supaya aku tak terlepas nak masukkan info-info penting .

by KBBA

by Umminani
Nota : Tak payah nak pikir sangat pasal internet yang tak dapat , sedia almaklumlah yer yang nak datang tu . Enjoy jer vacation korang dengan keluarga dan kawan-kawan tanpa social media , dah balik bandar kang updetlah . Baru syok nanti nak throwback tanpa tertinggal aktiviti dan moment yang bukan senang nak dapat sewaktu bercuti .

by Umminani

pemandangan dari salah satu suite yang ada di resort

berangan menginap kat penthouse tu tak perlu bayar kekdahnya
Hello Sunrise !
Menurut Encik Meor , lokasi Legend Cherating Beach Resort juga sangat strategik dan tepat menghadap waktu matahari naik .
Bayangkan pagi sesudah subuh dalam pukul 6:45 pagi tu korang dah boleh start lepak kat pantai atau kalau malas turun macam aku ni lepak jer depan balkoni bilik sambil menikmati matahari naik menyinari bumi .
Gambar yang aku ambik ni mungkin dalam pukul 8 pagi , iaitu sunrise bukan waktu yang korang ingat iaitu sunset .

segala pujian atas keindahan alam hanya untuk Allah SWT , tuhan sekalian alam
Menjamu Selera Di Coconut Grove Coffee House
Kalau korang lepak kat sini bagi aku tak perlu keluar untuk mencari makanan sebab cafe kat sini makanan dia semua sedap-sedap belaka .
Dari hidangan untuk sarapan pagi , makan tengahari , hi-tea , makan malam dan supper semuanya kategori “sampai” maknanya sedap dan cukup rasa .

sarapan feveret aku roti croissant + salad + chicken bakon + lemon sos
Pagi-pagi dan makan nasi lemak , tengahari tu aku ambik 2 kali rendang ayam dia , malamnya bau semerbak tomyam yang sedap dan sup campur yang mabeles dihirup begitu saja . Pencuci mulut jangan ceritalah , semua kalau boleh aku nak try , dari pelbagai jenis cake , puding , scones dan kuih-kuih tradisi macam samosa , kuih lapis dan karipap .
Dan aku suka makan salad jugak , tapi paling aku suka sos lemon dia , aku rasa tiap kali ada hidangan salad mesti aku letak sos lemon dia banyak-banyak . Jadi jangan tanya aku kenapa aku tak kurus walaupun makan salad . **ehehehehe
Menjamu selera di sini sampai aku lupa nak cuba makanan kat luar resort . Biasanya memang aku tak berkenan sangat makan dalam cafe resort . Tapi kali ni persepsi aku betul-betul berubah .
For sure kalau aku datang ke Legend Cherating Beach Resort lagi mesti aku akan makanan yang disediakan di Coconut Grove Coffee House .
Private Beach Party
Untuk yang nak sambut majlis istimewa jangan lupa rekues makan malam yang bertema . Malam terakhir kat situ kitorang dijamu dengan hidangan BBQ yang bertemakan lanun . Siap ada unggun api kau . Kelasss sangat .

adakah kapten Barbossa atau Jack Sparrow yang akan muncul ? jeng jeng jeng
Isi Masa Cuti Dengan Aktiviti Yang Bermakna Bukan Tidur
Kalau pergi bercuti tu jangan nak tido saja , kalau nak tido saja baik jangan datang bercuti . Itu aku yang dululah , sejak balik dari Legend Cherating Beach Resort baru aku faham apa makna cuti yang sebenar . Walaupun korang bercuti secara solo , ambik jer pakej aktiviti yang ada , antaranya :

yang mat dan minah saleh tu bukan team KBBA9 tau…
- Jungle Tracking
- ATV
- Snorkelling ( di Pulau Ular )
- Scuba Di Kampung Nemo ( bersama Muck Dive Scuba )
- Island Trip
- Banana Boat
- Air Head Viper
- Fireflies@Kelip-Kelip Tour ( malam sahaja bersama Hafiz’s Cherating Activities )

model poster kelip-kelip Cherating
- Turtle Watching
- Mangrove River Cruise ( bersama Hafiz’s Cherating Activities )
Cadangan Aktiviti Berkumpulan :
- Telematch
- Team Building
- Explorace

jangan tanya kenapa aku suka ambik gambar secara menyenget

inilah anak bujang aku si babang
- Obstacle Course
- Sea Rafting

aktiviti sea rafting yang korang wajib cuba
- Paintball
- Fishing Trip
- River Kayak
Nota : Tunggu next entry aku akan huraikan lebih lanjut pasal aktiviti yang disediakan . Bagi aku percutian di Legend Cherating Beach Resort beserta aktiviti adalah benar-benar percutian yang berbaloi . Mana yang jauh didekatkan yang dekat menjadi semakin mesra . Kalau dah mesra jangan bergaduh pulak … ado pahem..?
Apa Lagi Yang Menarik Di Legend Cherating Beach Resort ?
Hurmmm….kalau nak cerita pasal apa yang menarik lagi di Legend Cherating Beach Resort ni memang tak habis satu entry . So aku ringkaskan saja sudah .
- Ada 205 bilik yang cukup untuk dihuni pengunjung
- Pantai yang bersih
- Pemandangan yang cantik dan menarik untuk dirakam setiap waktu
- Pasir lembut tak sakit nak pijak walaupun tak pakai kasut
- Jangan lupa untuk sertai pakej aktiviti indoor dan outdoor
- Merasa aktiviti melepaskan anak penyu ke laut dari pantai resort
Story pasal aktiviti aku harap korang tunggu kat next entry aku . Makan masa sikit nak recall dan menghayati balik kenangan manis aku sekeluarga kat sana .
Sementara tu mohon korang enjoy dengan beberapa video klip yang aku dah buat khas untuk tatapan korang semua . **pssst korang nanti jangan lupa subscribe dan komen tau…macehhhh
Check List & Tips Bercuti Di Kawasan Pantai
Kat sini aku senaraikan sikit apa yang korang perlu bawak kalau nak bercuti kat kawasan pantai . Semua tahu kawasan pantai memang panas kecuali musim hujan maka kawasan akan bertukar sejuk .
- bawak selipar atau beli water shoes
- bawak cermin mata hitam
- bawak topi jika perlu
- bawak telekung dan sejadah travel
- pakai pakaian serap peluh
- pakai krim pelindung matahari ( aku guna Set Travel COSMODERM sepenuhnya )
- bawak sabun pencuci baju kalau nak basuh baju kat dobi 24jam ( aku guna detergent film ZING+ )
- bawak ubatan ( aku guna Krim Magic Cosmoderm masa kaki anak aku melecet dan gatal-gatal ) seperti minyak angin ( batook ori ) dan panadol
- bawak duit tunai secukupnya kalau nak shopping keropok lekor dan beli ikan segar di pasar nelayan Kemaman ( dijangka rambang mata )

aku dan min berselfie dibawah terik mentari , tapi nasib dah pakai BB Cream Cosmoderm
Untuk lebih maklumat korang boleh hubungi sendiri Encik Meor untuk sebarang pertanyaan mengenai tempahan bilik dan aktiviti semasa korang menginap disana . Isilah masa cuti yang ada dengan perkara yang korang tak pernah buat . Barulah itu cuti namanya !
For Personal / Meeting / Seminar / Team Building / Outing / Family Day
Contact Person : Encik Meor ( 013-3319822 )
Facebook : https://www.facebook.com/legendresort.cherating/
Website : http://www.legendcherating.com/
Instagram : https://www.instagram.com/legendresort.cherating/
Email : dos@legendresort.com.my / dos.legend@gmail.com
Alamat : Lot 1290 Mukim Sungai Karang , Cherating 26080 Kuantan
Telefon : 609-5819818
Fax : 609-5819400
1. Please send your reservation details with contact number via e-mail to reservation@legendresort.com.my
2. Call our Central Reservation Office at Tel: 03 – 26978888 ( extension CRO )
3. Make your room booking online
For Group Bookings Please Contact :
Kuala Lumpur Sales Office
Ground Floor , Grand Seasons Hotel
No. 72, Jalan Pahang, 50300 Kuala Lumpur, MALAYSIA
Tel : 03 – 26978888 Ext 8974 / 8975
Click and view our resort’s videos on YouTube at the following links :
Memanjat Rock Garden
Ok , janji yang ini last ….ini perkara paling wajib korang kena buat kalau datang sini ok . Serius permandangan dari atas rock garden sangat-sangat cantik . Kalau tak pikir pasal panas terik memang aku rela jer melepak kat situ tak nak turun .
Dan-dan teringat masa zaman kanak-kanak aku dulu panjat bukit batu kapur semata nak pergi mandi tasik belakang bukit .
Apapun , selamat bercuti semua .
Enjoy !!!

sengal……ahahahaha

pemandangan cantik blue pool dari rock garden

kenapalah cantik sangat pemandangan kat sini…tak sampai hati nak balik

bayangkanlah tengah panas-panas masuk dalam kolam yang sejuk….perghhhh

dasar blogger …tak dapat ambik gambar dalam bilik , luar bilik pun boleh….ahahaha

ada yang first time jumpa ..tapi kami mesraaaaa

ma’as’salamah …wa’ilal’liqo…insyaAllah
Terima Kasih Tak Terhingga Kepada Penaja :
The Legend Cherating Beach Resort :
Hafiz’s Cherating Activities:
http://
Muck Dive Scuba :
https://www.instagram.com/
#legendcherating
#cosmoderm
#ilovemyskin
#dontleavehomewithoutcosmo
#cosmodermhalal
#pengembaraancosmoderm
#cosmodermdicherating
#zingplus
#zing+
#detergentfilm
#kbba9
#kelabbloggerbenashaari
#kembaraKBBA9
#familydaykbba9_2017
#VisitPahang2017
#dekatje
#TourismMalaysia
The kak long kawasan is the legend. Hehe.
Semoga ukhwah terjalin mesra kekal selamanya. Rindu nak pergi Legend lagi!!
Serius! Cantik pantainya kak!
Siapa the unknown project tu? Hahahaa. Menarik gila. Jeles..
Wohoo… Memang legend Kat sana. Enjoy sangat!
Bestnyaaaa… Tiap kali baca entry korang, tiap kali tu lah rasa sedihnya tak dpt ikut hari tu huwaaaa
Memang best sesangat…
Family day paling best dan berbaloi menginap di Legend. Makanan sedap, pool besar dan best serta aktiviti menarik. Kena repeat lagi ni.
lawanyaa view. aktiviti pun menarik!
Bestnya dapat brrcuti ke Cherating Beach Resort.
Pernah pergi sekali, tapi dah lama. 10 tahun lepas kalau tak silap.
Memang menarik tempatnya.
bestnya, cherating saya pernah gi dulu. memang seronok, pun duduk di legend
seronoknye.. macam macam aktiviti ade.. bilik lak cantik leh nampak laut pulak tu ye
Assalam.. Akak.. Nak tnye en meor Tu pengurus legend hotel ke
yer betul ….