Time bulan puasa kan , biasanya korang suka makan apa ? adakah makanan western ? hidangan arab dan timur tengah ? atau hidangan tradisi melayu ? atau kesemuanya sekali ?

Kalau jawapan korang “YA SEMUA SEKALI” maknanya time Ramadhan kang korang wajib ke PICC untuk berbuka kat sana kerana disitu ada semua hidangan yang korang nak .

#teampalinglambatbalik

Menurut Chef , untuk Iftar Ramadhan 2017 kali ini Restoran Pot & Pan PICC membawakan tema “International Iftar” dengan menyediakan lebih 300 jenis hidangan di sepanjang bulan Ramadhan yang bakal tiba .

Antara signature dish Buffet Ramadhan PICC kali ini ialah seperti :

Nasi Beriyani Buloh , Kaki Lembu Panggang dan juga Ikan Bakar Istimewa yang dibakar menggunakan garam bukit .

hidangan ikan yang dibakar dengan garam bukit khas hingga mencetuskan satu aroma wangi dan rasa isi ikan yang sangat lembut dan sedap

Hidangan Istimewa Untuk Set Nasi Briyani Buloh 

set nasi briyani buloh bersama pilihan lauk

mencuba nasi briyani buloh …memang terbaik

Antara lain hidangan ciptaan khas Chef PICC juga termasuklah Kari Kambing Rusuk Nangka Muda , Kari Ikan Tenggiri Tomato Dan Bendi , Rendang Tok dan Daging Hitam Manis . Untuk yang gemar makan masakan pantai timur juga ada Nasi Dagang , Laksam dan juga Nasi Kerabu untuk dinikati bersama Ayam Percik , Solok Lada dan Daging Bakar .

sup ekor special , supnya berherba dan rasa ekor dia sangat lembut giler , senang nak hadam

Seafood & Grill

Yang suka makan grill seafood pun jangan lupa untuk cuba Seafood Skewer bersama dengan Rosemary Sauce . Aku dah cuba dah , memang sedap . Mujur dah kenyang , kalau tak nak jugak sumbat selagi boleh . Tapi teringat pesan Nabi , berhenti sebelum kenyang , maksudnya jangan over , kang keluar balik sia-sia jer .

Sekalipun kita suka makan tapi jangan lupa untuk berpada-pada dan jangan membazir .

Ada bermacam jenis lagi makanan yang tak dapat aku tulis kat sini sebab terlalu banyak , nak tahu 300 jenis tu camner korang kena datang dan cuba sendiri . **ehehehe

seafood skewer dengan rosemary sauce yang sedap sangat

antarar pilihan untuk menu grill

Pilihan Pelbagai Pencuci Mulut 

Lepas makan hidangan utama , korang jangan lupa untuk mencuba pelbagai dessert yang disediakan , ada abc , aiskrim , coklat fountain , buah-buahan , pelbagai jenis bubur dan pengat . Ada putu mayam juga tapi tak sempat nak cuba .

Dan yang paling aku suka makan ialah Wajik Durian dia , memang sedap sangat . Wajik dia lembut , tak terlalu manis dan ada rasa durian sebab itulah nama dia Wajik Durian , yer dak ? ahahaha

Bukan apa , kadang ada orang buat wajik , pulut dia tak tanak betul pastu melekit dengan rasa manis gula melentiang kata orang bukan negeri Selangor .

Dia punya sedap sampai aku tak sedar berapa ketul dah masuk mulut . Mula-mula memang aku tak pandang pun Wajik Durian tu , aku lebih memilih untuk makan kek dan cheese tart , tapi ada satu staff PICC yang satu meja dengan aku cadangkan untuk aku cuba wajik durian . Dan siyes memang sedap !!

“adik beradik” yang kuat makan gitu…….tak sesia Kumari jemput…ekekekeke

cheese tart yang lembut cair dimulut…..dapnyaaaaa

jangan pandang sebelah mata pada kuih talam tradisi…wajib cuba sebab rasa dia sama macam kuih orang dulu2 buat…

dessert moden tapi sedap sebab tak berapa nak manis …aku suka

Masuk part paling best , apa tarikan yang PICC sediakan untuk buat pengunjung rasa enjoy semasa berbuka puasa nanti ? ni diaaaa beb…

Ada ahkak Rosmah AF dan suaminya Khai AF yang akan menemani dan menghiburkan para pengunjung sewaktu berbuka puasa , manakala 10 hingga 15 minit sebelum waktu berbuka pula akan ada bacaan ayat-ayat suci al quran dan kemudian laungan azan secara live setiap hari dari PICC sebagai tanda masuk waktu untuk berbuka .

Kemudahan Ruang Parkir Dan Ruang Solat

Kalau korang dah plan ramai-ramai nak berbuka kat PICC korang tak perlu risau bab parking sebab ruang parkir kat PICC di’basement ada banyak disediakan dan ianya juga PERCUMA ! Surau untuk bersolat juga ada dan terletak sama level dengan Restoran Pot & Pan .

Kiranya korang batalkan puasa dulu , pastu solat Maghrib then lepas solat sambunglah makan pelan-pelan balik , yer dak ? barulah best …..

Harga Buffet Ramadhan PICC 2017

Harga Buffet Ramadhan PICC untuk seorang yang ditawarkan juga amat berpatutan iaitu Rm98 untuk dewasa dan Rm49 untuk kanan-kanak berumur 6 hingga 12 tahun .

Manakala bermula 13 April hingga 15 Mei 2017 , potongan sebanyak 15% untuk Buffet Ramadhan juga akan diberikan kepada pelanggan yang terawal membuat tempahan .

So kalau korang ada plan nak berbuka puasa kat PICC , korang dah boleh mula booking mulai sekarang sehingga 15 Mei 2017 di www.ticketonline.my/picc dan korang akan dapat menikmati 20% potongan dari harga sebenar sebab membuat tempahan secara online .

Pakatlah dengan kawan-kawan atau boss korang untuk berbuka puasa di Restoran Pot & Pan PICC , sebab untuk warga korporat pula ada harga pakej berbuka puasa yang lebih menarik ditawarkan .

Segala pertanyaan dan tempahan boleh hubungi :

Phone : 03-88876000

Website : www.picc.com.my

Facebook : PICC Malaysia

Twitter : @piccmalaysia

Bubur Lambuk Percuma

Pada 29 Mei 2017 pula bersempena menyambut kedatangan Ramadhan Al Mubarak yang penuh barakah , pihak pengurusan PICC juga akan mengagihkan 1000 bungkusan bubur lambuk kepada orang ramai di sekitar Putrajaya bermula jam 4.00 petang hingga 5.00 petang di pintu masuk utama PICC.

So korang yang disekitarnya jagan lupa untuk save the date , aku jamin bubur lambuk dari Chef PICC mesti terbaik dari periuk .

Selamat mencuba !