“lazz susu kambing la la la …lazz susu kambinggggg”
Rasa-rasa macam pernah dengar tak jingle tu kat mana-mana ? tapi kalau korang pendengar radio IKIM.fm mesti korang selalu dengar.Kalau ikutkan aku dah lama dengar pasal Lazz Susu Kambing ni , cuma belum pernah cuba jer. Minggu lepas baru tergerak hati nak try test minum ,itupun selepas membaca review dari kawan-kawan sebelum ni.
Aku memang suka minum susu kambing, kat rumah ada jer stok. Tapi yang aku perasan susu kambing yang aku minum lebih rasa manis dan kurang rasa susu kambing.

Lazz campur dengan ais pun sedap
Sangat berbeza dengan Lazz Susu Kambing. Kurang manis maknanya kurang gula dan lebih rasa susu kambing juga mudah larut dalam air suam.
Antara perisa yang aku nak cuba sangat dah tentunya gabungan Lazz Kopi (Lazzcafe) dan Lazz Coklat(Lazz Choco) . Seperti kata mommy Shehan dalam entry’nya , gabungan dari Lazz Cafe dan Lazz Choco tu akan menjadi Lazz Mocha . Secara tak langsung dah jadi perisa ketiga. **wahhhhh hebat…..

Lazzcafe + Lazzchoco memang sedap
Walhal aku ni dah lama stop ambik kopi sebab aku ada masalah insomnia.Suku cawan kopi tak kiralah kopi O atau kopi 3 in 1 akan meyebabkan aku tak boleh tidur. Walaupun risau mulanya nak try Lazzcafe, sebab risau tak dapat tidur .
Rupanya ….tak ! Lazzcafe jadi penyebab tidur aku lebih lena.
Wondering jugak …adakah sebab Lazzcafe ada campuran susu kambing dan kurma ? hurmm..tak taulah, tapi rasa lega tau sebab dah boleh minum kopi balik dengan senang hati tanpa risau tak boleh tidur malam.

boleh addict balik dengan kopi…yahoooo!!!!
Kat bawah ni aku sertakan sedikit info mengenai Lazz Susu Kambing . Nasihat aku bacalah dulu info-info ni sebelum korang bercadang nak mencuba .
Jangan jadi pengguna yang asal boleh dan kurang info. Aku sendiri jadi teruja nak berkongsi dengan korang tentang khasiat dan kebaikkan Lazz Susu Kambing ni pun selepas aku baca info yang ada terutamanya bab kandungan gula.
Aku harap ianya dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Sayang kalau korang tak ambik kisah langsung tentang apa yang kita sumbat dalam perut kita dan keluarga kita.
5 Fakta Penting Mengenai Lazz Susu Kambing
1.Gula Sukrosa
- Gula ini merupakan kombinasi antara glukosa dan fruktosa, kebiasaannya dalam nisbah 50:50. Ia lebih dikenali sebagai gula pasir yang dihasilkan daripada tebu atau bit gula (sugar beets) yang ditanam di seluruh dunia.
- Apabila sukrosa ditambah ke dalam makanan, tubuh manusia perlu memprosesnya menggunakan kedua-dua kaedah.
- Glukosa akan terus ditukarkan menjadi tenaga manakala fruktosa pula akan diasingkan dan dihantar ke hati untuk diproses sebagai penyimpanan lemak.
- Yang lebih menarik, tiada kandungan gula sukrosa dalam Lazz Susu Kambing Asli dan ini membuktikan Lazz Susu Kambing dapat memberi kebaikan kepada pengguna.
2. Gula Laktosa
- Susu dan hasil tenusu mengandungi gula susu yang perlu dipecahkan menjadi lebih kecil supaya dapat diserap ke aliran darah. Gula susu ini dipanggil laktosa. Ia dipecahkan oleh enzim lactase di dalam usus.
- Dalam Lazz Susu Kambing adalah gula semulajadi dalam susu. Jumlah gula laktosa ialah 7.9 untuk 100 gram. 100 gram tersebut boleh digunakan untuk 5 kali bancuhan.
- Tiada gula tambahan di dalam susu kambing. Ini menunjukkan Lazz Susu Kambing mengandungi kandungan gula yang rendah.
3. Vitamin C
- Selain itu, di dalam Lazz Susu Kambing juga kaya dengan Vitamin C semulajadi di dalam susu. Seperti yang semua tahu, Vitamin C bagus untuk kulit.
- Vitamin C d telah terbukti membantu untuk kurus dan mengekalkan berat yg ideal. Pakar pemakanan dan nutrisi biasanya memasukkan diet makanan tinggi Vitamin C dalam jadual pemakanan kerana terdapat kajian yang menunjukkan makanan yang tinggi dengan Vitamin C dapat mengurangkan berat badan.
- Para doktor mendapati dengan makan makanan yang kaya vitamin C boleh merendahkan paras insulin, disamping menyimpan gula dan menukarkannya kepada lemak, insulin juga digunakan sebagai bahan bakar untuk mengurangkan berat badan.
4. Vitamin E
- Selain itu, terdapat juga Vitamin E di dalam Lazz Susu Kambing yang mempunyai pelbagai kebaikan.
- Antaranya ialah, mengekalkan kelembapan kulit membantu mengurangkan parut, agen pencerahan kulit, agen anti penuaan dan banyak lagi.
5. Analisis Dilakukan di UKM
- Untuk memastikan Lazz Susu Kambing ini selamat diminum oleh orang ramai, satu kajian telah dilakukan di UKM UNIPEQ untuk mengkaji bahan-bahan yang digunakan dalam pembuatan Lazz Susu Kambing ini.
- Hasil kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa bahan-bahan yang terdapat di dalam Lazz Susu Kambing bermanfaat kepada pengguna dan bebas dari penggunaan bahan-bahan yang membahayakan pengguna.
Tips Untuk Ibu-Ibu Yang ingin Mengamalkan Lazz Susu Kambing Semasa Berpantang
Ibu Menyusu Yang Amalkan Susu Kambing + Kurma :
Mengambil sedikit perkongsian dari Puan Yati tentang cara pengambilan Lazz Susu Kambing semasa berpantang :
“ibu berpantang ni special kes, sebab masa mengandung , badan kita kumpul air. Atas fakto hormon,sesetengah ibu sampai bengkak kaki.
Bila dah bersalin, kita banyak proses buang water retention dalam badan yang time mengandung duk simpan. Sebab tu cepat turun berat.
Lazz Susu Kambing dengan Kurma ni sangat bergantung pada individu. Boleh kurus kalau kita disiplin. Sebab ada sesetengah orang, lidah terkena manis walaupun sikit, otak jadi triggered/ ketagih nak cari benda manis,macam tak boleh tenteram.So yang jenis tu kena avoid even lazz kurma.
Tapi ada orang, dia cool ja. Dapat lazzcafe pun, masih nafsu rilek . So bereh. Asalkan kalori in less then kalori out.” sambung Puan Yati lagi.
Dan aku akui yang ada betulnya perkongsian ini .Sebab ada sekali tu aku tak sempat nak sarapan sebab rushing nak ke Masjid As Salam untuk program amal ziarah asnaf bersama Lembaga Zakat Selangor.
Aku hanya sempat bancuh segelas Lazz Susu Kambing Kurma sahaja sebagai alas perut sebelum masuk waktu makan tengahari.Alhamdulillah hari itu aku sempat berziarah ke 3 buah rumah termasuk satu rumah tu berada ditingkat 4 .Selain khasiat dari susu kambing itu sendiri, khasiat dari kurma tu pun banyak membantu dan memberi aku tenaga.

Lazz Kurma untuk tenaga kalau tak sempat makan
Sesuai Diminum Semua Peringkat Usia ( Bermula 2 tahun )
Disebabkan aku pun nak mengamalkan diet pemakanan secara sihat maka aku wujudkan resipi Lazz Susu Kambing Asli + Oats. Memang sedap dan korang patut cuba. Mak aku yang tak minum susu pun bila aku bagi dia cuba Lazzcafe + Lazz Choco dia terus suka. Ni pun dah kalut minta aku belikan untuk dia bawak balik pondok.
Khasiat Susu Lazz untuk Golongan Dewasa / Warga Emas

mak yang cerewet bab susu pun suka sebab tak ada bau hamis kambing katanya
Setiap pagi dalam hari persekolahan pun memang aku akan bancuh Lazz Susu Kambing untuk sarapan anak-anak sebelum ke sekolah. Aku pun dah tak risau nak kawal gula dalam minuman DD yang ada kencing manis.Seperti yang diketahui,Lazz Susu Kambing Asli memang kurang manis dan tiada gula tambahan.
Kebaikan Susu Kambing Lazz Untuk Anak

wajib bancuh Lazz setiap pagi untuk sarapan sebelum ke sekolah
Well, korang nampak tak ? sememangnya Lazz Susu Kambing ni sesuai untuk semua peringkat umur bermula dari seawal 2 tahun.
Pakej Kombo Lazz Susu Kambing Untuk Pelbagai Keperluaan
So untuk korang yang baru nak cuba, ada cadangan sikit tentang pakej kombo yang korang nak beli. Antaranya :
Set Pasangan Ikhtiar Zuriat : Lazz Cafe + Lazz Kurma
Set Ibu Hamil : Lazz Choco + Lazz Kurma
Set Diet : Lazz Asli + Lazz Kurma
Set Kanak-Kanak : Lazz Asli + Lazz Choco
Lazz Susu Kambing Delivery
“susu pun boleh delivery ker..?”
Yer boleh jer , tak susah pun nak order. Masuk ke www.lazzdelivery.com dan isi borang tempah dan butiran tak sampai 5 minit.Syarikat akan delivery secara COD atau *post secara PERCUMA ! **mengikut terma dan syarat
Atau korang boleh tanya dulu di Talian Whatsapp atau talian hotline 1-800-88-5299 atau 06-6718550 atau 018-2777290
Website : www.lazzsusukambing.com
Instagram : LAZZ Susu Kambing
Facebook : LAZZ Susu Kambing
Selamat Mencuba ! **smile face
lisa suka lazz cafe and lazz coco. dap dap.. hehee lagi kurang manis tak macam susu kebanyakan
Tak sabar nak cuba lazzcafe… lin suka kopi2 ni gak…
allene recently posted…Suri Rumah 2020 – Work At Home Moms
mesti sedap nih
Benar sama sekali ..
Nina pun suka susu kambing Lazz. Tak bau dan sedap walau tak de gula.
Lazzcafe favorite Nina! Asyikkkkk minum tiap pagi.
Saya bagi mak abah rasa, dorang suka sebab kurang manis… Lepas ni kena beli selalu…
Lazz Cafe tu boleh cuba beli kat husband, dia pun addict kopi.
Lazzcafe campur Lazz Choco…perghhh sedap!
[…] Alhamdulillah mereka berjaya bertahan untuk berpuasa sepanjang hari tanpa sebarang rungutan dan tanpa masalah perut pedih. […]
Bayi setahun ++ … ada yg sesuai tak?