Alhamdulillah , sesuai dengan peredaran zaman dan mengikut keadaan semasa, platform pembayaran zakat pun kini boleh dilakukan secara online dimana ianya jauh lebih mudah dan juga selamat.

Lagi-lagi dengan keadaan sekarang yang memerlukan kita untuk sentiasa menjaga jarak dan kurangkan sentuhan fizikal.

Kini pelbagai platform e-wallet telah dibangunkan dan agar kita dapat membayar zakat dengan lebih mudah. Salah satu caranya menggunakan E-Wallet.

Bayar Zakat Fitrah Mengikut Harga Beras Yang Dimakan

Tapi sebelum korang proceed nak bayar Zakat Fitrah , sukacita aku nak ingatkan bahawa bayaran zakat kini adalah mengikut harga beras yang kita makan. Kalau tak pasti makan beras apa , pergi cek kat dapur jap.

Bayaran Zakat Fitrah Rm7 Seorang
– Beras Super Special Tempatan 5%

Bayaran Zakat Fitrah Rm14 Seorang
– Beras Putih Import
– Beras Perang
– Beras Pulut
– Beras Ponni
– Beras Wangi

Bayaran Zakat Fitrah Rm21 Seorang
– Beras Merah
– beras Jepun
– Beras Basmathi

Jelas bukan ? Tak perlu mengelat sebab Allah Maha Mengetahui. Dan bagusnya bila bayar guna aplikasi ni dekat situ option bayaran zakat Fitrah mengikut beras yang kita makan pun ada. Tinggal pilih nilai zakat, baca akad dan buat bayaran.

Bayar Zakat Menggunakan e-Wallet GoPayz

So salah satu platform E wallet yang ada ialah menggunkan GoPayz . Caranya mudah sahaja.

1. Download dulu aplikasi “GoPayz” di App Store ataupun Google Play.

2. Selepas muat turun, isi maklumat diri yang sebenar.

3. Dekat home pilih “Services”

4. Pilih “Islamic”

5. Kemudian pilih “Zakat” dan pilih “LZS”

5. Kemudian pilih “Zakat Fitrah, Tahun, Jenis Beras dan Jumlah Orang” . Selepas itu jumlah keseluruhan zakat yang perlu dibayar akan terpapar.

6. Pilih “Seterusnya” dan “Lengkapkan Data”

7. Baca “Lafaz Niat Bayar Zakat” dan klik “Teruskan Bayaran”

8. Selesai sudah berzakat pada tahun ini. Alhamdulillah.

KEMPEN JOM ZAKAT CASHLESS

Sambil-sambil tu apa kata korang sertai sekali Kempen Jom Zakat Cashless sempena Bulan Ramadan yang mulia ini. Ianya adalah sebagai salah satu galakan dan juga insentif untuk menunaikan zakat kepada semua golongan yang layak berzakat.

Untung-untung ganjaran dunia dapat ganjaran diakhirat juga sudah pasti.

Link untuk sertai : bit.ly/zakatcashless2021
Info lanjut di : https://www.zakatselangor.com.my/cashless/

Terma Dan Syarat Zakat Cashless

Untuk terma dan syarat boleh rujuk poster dibawah ini.

Website : https://www.zakatselangor.com.my
Facebook: Zakat Selangor
Instagram: @zakat selangor
Talian Zakat Selangor : 1 300 88 4343 

Selamat menunaikan ibadah Puasa dan Zakat pada tahun ini kerana Allah Taala.

Categorized in: