Assalamualaikum and hai gais ! Sekarang ni jam dah pukul 3:20 pagi tapi aku masih tak tidur lagi. Semuanya gara-gara secawan kopi yang aku minum tadi disebuah kedai yang baru buka di dalam kampung ini.
Aihhh dah jadi macam baris rap pulak. Ekekeke.
Ok ok cut the crap. Now aku nak kongsi dengan korang tempat aku makan laksa yang sedap dan mantap masa aku jalan- jalan dekat Kuala Kangsar Perak pada hari Jumaat yang lepas bersama kawan dan kawan aku punya kawan.

Seriusnya tempat ni takder dalam senarai nak pergi. Tapi dek kerana 2 tempat laksa pemes yang sepatutnya kami singgah tu tutup maka takdir membawa kami ke sini semata untuk menjamah laksa sarang yang sangat terkenal di negeri Perak.
Hari pula dah mula beransur petang , dengan menahan kesejukan kerana kebasahan dalam hujan akibat berposing sakan di Victoria Bridge maka perut menjadi semakin lapar dan mula memainkan lagu k-pop untuk minta di isi.
Dek kerana takut kecewa lagi sebab sampai-sampai jer kedai pilihan tutup sebab bercuti. Maka kami call dahulu dan bertanya tentang waktu operasi dan menu yang kami mahu itu masih ada atau tidak.
Alhamdulillah Laksa Pak Ngah buka dan menu yamg kami nak pun masih ada.
Tak tunggu lama air kopi o panas menjadi pilihan aku. Baru satu sip jer aku dah minta nak tambah lagi secawan kopi. Rasa kopi o’nya memang kena sangat dengan selera aku.
Cicah pula dengan kuih bahulu. Maka aku anggap minum petang aku hari tu jadi bertambah syahdu.
Tiba order bab Laksa , 2 dari kami memesan Laksa Sarang , sorang Mee Goreng dan aku pula Laksa Special.

Apa yang buat aku rasa nak tulis pasal Laksa Pak Ngah dan aku rasa special masa makan laksa kat sini ialah mee laksa dia.
Aku suka tekstur mee laksa dia yang sememangnya lain dari yang lain. Memang mee laksanya tak sama dengan apa yang aku biasa makan dan jumpa di Selangor atau dimana-mana.
Kalau laksa yang biasa kita makan warnanya putih dan kenyal-kenyal tapi mee Laksa Pak Ngah ni kalernya sedikit kekuningan. Tekstur dia agak berat menyerupai spaghetthi tapi rasa dia sangat full dan kuahnya pun elok meresap pada mee tersebut.
Waktu tu juga aku assume mee laksa tu mesti buatan sendiri sebab mee laksanya memang lain dari yang lain.
Bila aku kongsi kat FB pasal mee laksa tu ini yang aku dapat.

Wow ! hebatkan. Memang rezeki sangat dapat jumpa kedai Laksa Pak Ngah ni.

Cerita pasal kuah pulak. Bagi aku kuah laksanya pun cukup rasa dan cukup mantap. Aku betul-betul menikmatinya.
Serius kata aku memang kurang sangat nak makan laksa kat luar selain laksa yang aku biasa makan dan yang dibuat oleh orang-orang tertentu pilihan aku.
Tapi Laksa Pak Ngah ni aku memang tak boleh tolak dan tak boleh kata tak sedap dan tak kena dengan selera aku sebab aku rasa puasa hati sangat dapat makan laksa sesedap ini.
Maybe next time aku just nak minta cili extra jer biar lagi padu dan berasap telinga dan mulut aku.
Overall memang perfect. Walaupun ada yang kata laksa kat tempat lain ada yang lagi sedap. Emm tak kisahlah. Tekak dan selera masing-masing kot. Aku ni just sampaikan apa yang aku rasa sahaja.
Ada rezeki kalau aku ke Kuala Kangsar lagi aku akan cuba rasa laksa di tempat lain. InsyaAllah.
Sebelum balik ada yang tapau laksa sarang untuk pakwe masing-masing. Aku jer tak tapau sebab aku nak bawak terus pakwe aku makan kat sini.
Lagi bestt !!

So gais , if nanti atau bila-bila korang berhajat nak ke sana. Korang waze sahaja “Laksa Pak Ngah”.
Pastu bawak kereta slow-slow jer sebab takut korang terlepas laluan masuk ke kedai sebab kedainya bukan kat tepi jalan tapi kena masuk satu lorong tu then ikut signboard maka jumpalah kedai Laksa Pak Ngah.
So itu sahaja perkongsian aku buat kali ini, harap membantu dan selamat mencuba !
Jangan lupa untuk follow , like , share dan subscribe. https://linktr.ee/saidila
Okay…dh booking bilik ..nk.jln2 sana start ahad nnt.
Nampak sedap ni uiii.. Wah homemade terbaikla..
Wah nampak mengancam la food kat situ. Lawan pulak dgn kopi o kampung. Mmg favorite tu.
laksa beras ni , makan sikit pun dah kenyang.. tapi mmg sedap sngt kan …
Sedapnya Laksa, kita suka makan laksa, tak kira laa laksa apa punn… pantang dengo sedap, kaki ni rasa nak pi ajeee Kak oii…
Oh ala-ala laksa Johor ek rupa dia tuu hehee, nampak menarik..nanti kalau pergi ke area sana boleh la try
Qeela recently posted…Changeling Movie : The True Collins Incident & The Wineville Chicken Coop Murders
Frankly speaking this laksa is unlike what I have ever seen. So they use rice flour? This is so interesting. Wish I could try this in the future. All the food looks gloriously scrumptious. Thanks for sharing.
Tekkaus recently posted…Oppo Find X2 League of Legends Edition Smartphone Is Here
Laksa pak ngah macam spegeti,
Tak sabar dah ni teringin nak pegi,
Kuih bahulu kegemaran ku,
Ada rezeki ku datang pada mu.
Amacam best tak pantun ke sajak ni?
Ps. Bos kita orang Perak tapi Kuala Kangsar tak pernah plak dibawanya madam. Apatah lagi laksa femes ni. Syukran sharing this.
wow! nampak sangat sedap! so far memang tau kuala kangsar memang port laksa best. sampai orang leh claim buat dari sana walaupun hakikatnya niaga di kl tapi guna nama tu. hahaah ok next nak cuba laksa ni lah!
saya memang suka laksa, tak kisahla apapun jenis mee nya tu, asalkan kuah pedas, pekat dan masam-masam. Emm ada telur atasnya tu kan, boleh cuba kalau kebetulan lalu kat sini
ajumohit recently posted…Resepi kek coklat kukus moist ikut sukatan cawan
Ya Allah teringinnya nak makan laksa ni huhu..tp tu la ni pkpb semula kannn..nnt la bila dh leh start travel if gi belah sana nak carik la laksa ni. Thanks for sharing info
Dulu hampir setiap minggu saya pergi kuala kangsar tapi tak pernah try laksa ini. Next time mesti try kalau pergi sana.
Wow sedapnya Laksa lama tak makan hehehe nak buat sendiri tak pandai kita tak resti nak buat kuahnya wakakak.. best lah kita nak juga rasa tapi tu lah jauh hehehehe ada sarang telur lagi bestnya…
Mahamahu recently posted…Jack ‘n Jill Potato Chips Perisa Sambal Udang Pertama Di Malaysia
First time dengar Laksa Pak Ngah ni. Dah lama tak balik Perak, nanti boleh la pergi sana merasa mee laksa sarang tu. Nampak sedap sangat
ya Allah dugaan apa nie baca pasal laksa malam2 macam nie. Subhanaallah !! dah lah tengah PKPB lagi. acano nak lari ke Perak sana. nanti dah boleh rentas negeri nak terjah lah
Cepat la covid nie hilang. Nak melancong satu Malaysia dan try macam-macam dengan tenang. Dah baca laksa nie, macam nak pergi weekend nie plak hahaha
LH ni tak berapa gemar sangat laksa. Tapi kalau makanan sedap tibai aje. Hahaha
Nampak menarik plak laksa dia walaupun za tak suka makan laksa sgt. Mcm boleh pegi cubaaaaa je nih
Laksa yang sedap kuah dia memang kena umphh dan last sekali, tak kedekut bahan. . Based on review ni, boleh la cuba try test bila ada kat Kuala Kangsar next time.. Thanks for sharing this ya..
Omg… you are sharing my favourite food, i love laksa and their style is just perfect for me. If I go to Kuala Kangsar I will drop by.
Omg… you are sharing my favourite food, i love laksa and their style is just perfect for me. If I go to Kuala Kangsar I will drop by.
Sunshine Kelly recently posted…HICC Disinfectant & Deodorizer Spray Review
ooh dh lama wak x gi kuala kangsar nih., ;p
wak Lat recently posted…MOVIE REVIEW: THE POOL AND SWADES