Hurmm, hujung-hujung minggu camnikan dengan cuaca panas memang best oii kalau dapat melepak bawah pokok dengan angin sepoi-sepoi bahasa Perancis.

Nak lagi padu pekena pulak laksa dan cendol durian, mesti bahagia jer hidup kau hari tu kan ?

Tapi kat mana nak cari laksa dan cendol bawah pokok yang power eh ?

Sebab aku tak nak lah korang jadi cam nasib awek cendol yang sampai merah-merah muka dia menahan lapar kerana tak dapat cendol.

So atas dasar membantu awek cendol dan orang lain, meh sini aku kongsi dengan korang satu port cendol baikkkk punya.

Haaa kat mana tu !!!!

CENDOL POWER SERI KEMBANGAN

Yaaaaa kat sinilah, Laksa Cendol Power dikawasan Seri Kembangan. Lokasinya betul-betul tepi jalan dan depan jalan nak masuk ke Taman Lestari Perdana.

Memang kat situ ada beberapa port orang jual cendol tapi yang aku nak syorkan kat korang ialah kat satu deretan tu ada satu pickup putih tulis signboard Laksa Cendol Power.

Yes !! kat situlah tempatnya.

Ahad hari tu lepas melawat kakak kat asrama aku dengan dd terus pergi sana lepas tengok posting Ben kat FB.

Tengok air gula melaka dia yang pekat meleleh tu pun dah boleh tahu power ker tak power cendol tu nanti.

Masa aku sampai tu pun dah ramai orang beratur beli cendol.

Nak tahu power tak power cendol tu tengok pelanggan yang datang.

Semua bangsa ada weihh. Maknanya memang betul cendol power ni betul-betul power.

cendolnya montel2 warna hijau

Lepas dapat meja, aku order laksa 2 mangkuk dan cendol 2 mangkuk.

Kalau ikutkan datang situ nak makan cendol jer dan malas nak makan, tapi bau kuah laksa tu menyengat sangat, tak tahan weihhh sampai terpaksa jugak order.

Dengar cer dah viral pun cendol power nih. no wonder tak berenti orang datang singgah.

Walaupun ramai tapi dapat order pun sekejap jer sebab diorang ada staff yang laju buat kerja

kuah laksa yang pekat mesti rasa dia power

https://www.facebook.com/saidila79/videos/2288418551172476/

Untuk pengetahuan korang juga, cendol yang disediakan adalah cendol buatan sendiri.

Patutlah montel-montel dan cantik jer kaler cendol power nih, tak pucat macam cendol-cendol yang lain.

Kalau ditengok dari senarai harga yang diberikan, aku rasa ini harga cendol termurah yang aku pernah jumpa.

Korang pulak rasa camner ? Jom semak senarai harga dibawah .

SENARAI HARGA CENDOL POWER

Laksa – RM4
Cendol Biasa – RM2
Cendol Kacang / Jagung / Pulut – RM2. 50
Cendol special (kacang + jagung+pulut) – RM3.50
Cendol Durian – RM6-RM7
Cendol Double Special (special+Durian) RM7.50-RM8.50

Cendol Big Cup – RM4
Cendol ( kacang/jagung/ pulut ) Big Cup -RM4.50
Cendol Special(kacang+jagung+pulut) Big Cup – RM5.50
Cendol Durian Big Cup – RM9.00
Cendol Double Special (special+durian) Big Cup – RM10.50

Waktu Operasi : Setiap Hari dari pukul 11:30pagi hingga 7:00 malam

Lokasi : Jalan Lestari perdana 1 , Seri Kembangan

Wasap : http://www.wasap.my/60122358561

Pada korang yang berdekatan tu bolehlah bawak keluarga atau saja-saja date berdua dengan couple halal korang kat sini.

Aku rasakan , next time aku nak bawak tikar sendiri, sambil lepak bawah pokok , baca buku , dengar lagu , pastu order laksa dan cendol makan puas-puas.

JOM BUAT BISNES CENDOL

Haaa !!! Ini ada berita baik nih pada korang yang tengah tercari-cari bisnes hujung minggu.

Abang tauke ni kata, sapa nak berniaga cendol bawah brand diorang iaitu Cendol Power , boleh jer contact diorang.

Bahan cendol diorang akan supply. Korang tinggal cari lokasi dan jual. Tak dapat buat hari-hari, dapat jual masa hari Sabtu  Ahad pun ok.

Dengan cuaca panas-panans sekarang nih, memang laku oiii kalau jual cendol.

So kalau orang berminat, jangan segan-segan contact dan tanya abang tauke cendol nih camner nak mula berniaga cendol power.

Selamat Mencuba !!

Categorized in: