Alhamdulillah…subuh pagi ini aku bangun dengan segar.Benarlah,yang Allah ciptakan malam itu sebagai waktu untuk berehat dan berehat itu ialah tidur . Ketidakcukupan rehat menjadikan aku berfikir singkat dan merasakan dunia seolah-olah sedang menentang aku .

Malam tadi sebelum pukul 12 malam aku dah tidur . Aku malas nak fikirkan apa-apa kerja yang tak siap . Inchik dd balik rehat pun aku tak sedar . Cuma aku rasa jer yang aku kena kiss n say goodbye ngan inchik dd. **sweet angat kannn

Umur makin meningkat ni kesihatan kenalah jaga lebih . Dahlah aku sejenis spesis yang tak bersenam tapi angan-angat nak kurus dan sihat tu kuat betul.Tapikan, yer ker aku tak bersenam ? buat kerja rumah tu pun sebenarnya satu senaman jugak . Dan jangan lupa , solat subuh tu pun senaman awal pagi . Lagi bulan ramadhan ni , solat tarawikh pun senaman jugak pastu tambah lagi ngan solat witir,faedah dia kalah gi gym gitu..tapi tidaklah aku cakap gi gym tu tak bagus yer , jangan nak salah anggap pulak .

Lagi satu yang aku kena jaga jugak ialah pemakanan . Aku juga seorang yang tak suka makan buah . Bukan tak suka sangat tapi cuma kureng . Dalam esbok aku tu buah bukan satu kewajipan . Puas aku pikir camner aku nak makan bermacam jenis sayur dan buah yang segar tapi dengan cara yang lebih cepat dan mudah .

Akhirnya aku ternampak seorang kawan blog post pasal jus dalam botol . Google maklumat dulu dan aku nampak cam best jer cara nih baru aku gi beli .

Mesti korang nak tahu kan apa dia ?

Tadaaaaa…..

La Juiceria Untuk Kesihatan,Segar Dan Bertenaga

La Juiceria Jus Kesihatan Yang Segar Dan Sihat 

Inilah dia La Juiceria , aku dapatkan kat outlet IOI Resort Putrajaya , itu jer yang terdekat dengan aku .Cuba baca bahan dia, korang yang bijak-bijak tengok bahan dia pun korang mesti dah tahu bagus ker tak kan ? Memang ada yang cakap boleh buat sendiri lagi murah,tapi belum tentu sedap kot . Aku takder masa nak cari bahan dan buat jadi aku rasa beli lebih mudah.

Sedap pun yer , sebab sukatan diorang mesti betul .

Untuk permulaan aku beli untuk kegunaan 2 hari . 2 juice untuk detox dan 2 juice lagi untuk tenaga . Aku suka dengan rasanya dan kebaikkan yang aku dapat darinya juga . Bagi aku biarlah aku berbelanja untuk kesihatan dari aku kena berbelanja untuk rawatan.

Cara Pengambilan La Juiceria Untuk Beginner

Untuk permulaan aku sarankan korang cuba sebotol dua atau ambik untuk kegunaan 2 hari dulu . Ni contoh pengambilan aku untuk pertama kali . Korang boleh pilih jugak yang lain-lain atau tanya pada pembantu jualan kat situ . Yang penting ada juice detox dan juice zest .

Aku mulakan ambik waktu malam sebab malam tu masa berbuka kita dah makan macam-macam. Malam nak tidur aku ambik Tropical Green yang ada Organic Kale, Organic Spinach, Pineapple, Apple, Ginger, Lemon.Waktu sahur pulak aku ambik Almond Dates Mylk yang istimewa sebab juice ni keluar masa bulan Ramadhan yang ada Dates, Almonds, Alkaline Hydrogen Water, Wildflower Honey, Himalayan Salt, Cinnamon

Untuk malamnya lagi aku ambik pula Cold Pressed Fruit Tea yang ada Apple, Orange, Passion Fruit, Premium Organic Tea, Wildflower Honey, Alkaline Water dan sahur paginya pulak aku ambik Omega Hydrator yang ada Chia seeds, lemon, wildflower honey, alkaline water.

la juiceria jus kesihatan segera dan mudah

Target Kesihatan Di Bulan Ramadhan

Masa bulan puasa ni lagi senang nak capai target kita.Walaupun baru 2 hari aku dah rasa badan aku ringan.**perasaan untuk rasa diri ringan tu penting walaupun hakikatnya belum ringan mana…ehehehe

Masa iftar makan macam biasa.Malam nak tidur aku baru ambik sebotol juice detox . Waktu sahur pulak aku ambik juice zest pastu minum lagi segelas air kosong baru cukup untuk beri aku tenaga seharian.

la juiceria jus kesihatan

Pagi tu memang sedap jer perut walaupun juice detox dah mula berkesan . Bergantung pada apa yang ko makan jugak malam tu . Tapi juice detox yang aku minum ni memang bekerja dengan baik . Memudahkan kerja aku pagi-pagi yang biasanya susah giler bhai nak membuang. Perut pun dah mula rasa lapang walaupun baru 2 hari jer aku amalkan . Jadi aku ambik keputusan untuk teruskan ambik La Juiceria .

Kos agak tinggi tapi La Juiceria ada buat offer yang menarik setiap Selasa iaitu buy 3 free 1 atau diskaun 10% menggunkan code tertentu atau terus jer register sebagai pengguna setia, selain dapat diskaun kita boleh kumpul loyalty point dan redeem bila point dah mencukupi .

Ok semua , itu jerlah aku nak kongsi ngan korang . Mana nak beli  korang boleh cek sendiri kat website La Juiceria

Selamat mencuba.

Categorized in: