Bukanlah nak kecam atau persoal perkhidmaan KTMB tapi kamonlah KTMB, takkan tak ambik port langsung ? Aku ni punyalah semangat pum pang pum pang promote dekat orang ramai supaya gunakan perkhidmatan KTMB terutamanya untuk ke pantai Timur. Sampai gigihlah aku dan kawan aku buat trip “Train To Dabong”

Takkanlah KTMB ni tak tahu yang Train To Dabong ni dah jadi fenomena rakyat Malaysia sejak dari tahun lepas lagi ? Sepatutnya waktu-waktu camnilah KTMB dah boleh ambil peluang untuk tambah baik perkhidmatan dan paling penting tambah koc sleeper supaya ramai yang dapat peluang menikmati pengalaman naik train bebelas jam dalam negara.

Isu-isu penting macam nilah sepatutnya pihak atasan KTMB kena cepat bertindak dan bawak bincang dalam meeting bersama dengan staff KTMB yang lebih tahu kehendak pengguna. Bukan beria gelabah turun padang semata nak hemtam staff yang salahnya cuma tak berhenti ambik penumpang pada hari pertama persekolahan. (walhal selama ni anak monteng sekolah tak pulak kisah tapi baru sehari terlepas train dah mak bapak acah-acah gelabah macam terus gelap masa depan si anak tu)
Saranan kerajaan nak warganegara turun melancong dalam negara sendiri dulu tu sangatlah bagus tapi sayang KTMB tak pandai ambik peluang. Sibuk semua nak di modenkan walhal yang klasik masih tinggi permintaan.
Orang ramai yang pilih naik train ni biasanya bukanlah jenis rushing nak sampai ke sesuatu destiasi tapi lebih kepada nak menikmati perjalanan santai-santai sambil ambik feel dengan pemandangan luar bandar dari tingkap keretapi tanpa risau kena tempuh jammed.
Kalau betul diorang nak cepat baik naik flight atau kereta sendiri.
Naik keretapi ni juga bagi aku satu terapi untuk hati dan kesihatan mental. Auto hilang serabut bila kaki jejak masuk ke dalam Ekspress Timuran ni.

Percayalah yang bukan sahaja aku tapi ramai yang in love dengan perjalanan dan perkhidmatan ekspress timuran ni. Sistem semua serba manual. Syok sangat bila nampak master datang nak periksa tiket , master call bila nak sampai setiap destinasi.
Masih ada human touch untuk zaman yang semuanya berada dihujung jari.
Paling best bila dapat berkenalan dengan orang-orang lain dalam train dan secara tak langsung menambah kawan. Aku sendiri setiap kali pergi balik Dabong mesti dapat kawan baru.
*psst gais mana yang single tu elok sangat cuba-cuba naik train mana tahu dapat jumpa jodoh ker kan ? #ehh
Boleh katakan train ekspress timuran ni walaupun tak secanggih dan selawa ETS dan DMU tapi bak kata orang putih “old is gold”.

Tak semua orang mengejar arus kemodenan. Lagipun nak moden gapo kalau train tetap kena lalu tengah hutan belantara, bawah gunung ganang dan tiada liputan internet ?
Aku setiap kali ke Dabong memang jimat data sebab banyak tak ada liputan dan ada pun tak sebagus di bandar. Jadi aku boleh fokus dan menikmati apa yang aku sedang buat. Phone dekat tangan aku hanya perlu rekod segala macam footage yang perlu dah balik rumah baru edit dan updet.

Jangan sibuk nak kagum naik keretapi dekat negara luar yang masih kekalkan perjalanan menikmati alam padahal dalam negara kita sendiri tak kurang hebatnya. Tapi sayang sangat andainya KTMB masih mengabaikan semua permintaan pengguna yang hauskan konsep train klasik ini. So sad.
Ok cukuplah luahan perasaan aku pasal KTMB ni. Panjang lebar menulis pun bukan deme baca. Kang ada yang kata kalau rasa diri bagus sangat buatlah keretapi dan landasan sendiri. Emm kalaulah Megah Holding tu bapak aku yang punya tak payahlah aku sibuk-sibuk menulis blog demi sesuap corndog. Pahe ke dok !
Comments