Wahh untungnya jadi rakyat Malaysia ni kan ? hari tu dapat Rm30 ni dapat lagi Rm50 dalam e-wallet. Tapi tu semua kalau korang dah mendaftar kat My Sejahtera dan juga download aplikasi MySejahtera.

Kerajaan Akan Kreditkan RM50 Dalam Akaun e-Dompet Selepas Pengguna Muat Turun Aplikasi MySejahtera

SUMBER : BERNAMA

Menerusi sidang media perkembangan terkini PKPB oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Sri ismail Sabri pada hari ini telah menekankan tentang pemberian e-dompet bernilai RM 50 perlulah memuat turut dahulu aplikasi Mysejahtera.

Katanya dalam sidang media tersebut, kerajaan akan kredit RM50 dalam akaun e-dompet setelah pengguna muat turun aplikasi MySejahtera.

Tambahnya lagi, aplikasi ini membolehkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia bertindak dengan cepat untuk mengenal pasti dan memaklumkan kepada kontek rapat yang dijangkiti Covid-19.

BACA : SELangkah MELINDUNGI PELANGGAN , PREMIS DAN JUGA MEMBANTU FRONTLINER DARI COVID19

Seperti yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri dalam perutusan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) semalam bahawa jumlah RM 50 yang akan dikreditkan setelah rakyat memuat turun aplikasi MySejahtera. Ini bagi mengalakkan orang ramai untuk mengunakan aplikasi ini.

Pelbagai kegunaan yang boleh digunakan dalam aplikasi ini, tegasnya dalam sidang media hari ini.

APA ITU MYSEJAHTERA ?

MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

BAGAIMANA APLIKASI MYSEJAHTERA BERFUNGSI ?

  •  Membantu Kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan seterusnya menangani wabak COVID-19.
  •  Membantu individu mengenal pasti tahap kesihatan mereka sepanjang penularan wabak COVID-19
  •  Membantu individu mendapatkan bantuan kesihatan dan tindakan yang perlu diambil jika dijangkiti COVID-19
  •  Membantu individu mengenal pasti hospital dan klinik terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan COVID-19

Maklumat Lanjut : https://mysejahtera.malaysia.gov.my/

INFOGRAFIK MYSEJAHTERA

Categorized in: