Hari sabtu semalam aku ngan dd gi dinner kat satu restoran di seksyen 13 Shah Alam . Alhamdulillah rezeki …sebab aku menang satu contest kat instagram dari Restoran De’Don . Contest yang sangat-sangat mudah . Cuma perlu komen ” Saya Nak ” pastu repost .
Ada rezeki…taraaaa …dah menang …syukur sangat .
Walaupun first time datang tapi mudah jer nak cari , betul-betul belakang TESCO EXTRA dan sebelan AEON Shah Alam . Tak jumpa jugak korang waze jer….bukan susah pun .
Konsep restoran macam food court kat mall . Tapi aku lebih suka kata ini konsep MMA iaitu Macam Macam Ada . Kat situ ada banyak pilihan makanan , ada 17 gerai kau tahu . Dari ala kampung , ala western , ala arab , ala pasar malam semua ada .
Kau nak Burger ker , Sate ker , Roti John Hipster ker , Nasi Kuning Daging Dendeng ker , Butter Rice Chicken ker , Fish & Chips ker , Kue Teow pemes ker , dan bermacam jenis air pun ada .
Sebab tu aku kata macam MMA…Macam Macam Ada ….ado pahem….? **hahahaha
So tanpa membuang masa jom tengok apa yang aku larat makan malam tadi .Walaupun aku gemok tapi nafsu makan aku belum tahap syaitonirojim .
Dan biarpun free tapi aku tak tamak haloba .
Jangan Membazir Dan Tips Cara Elakkan Pembaziran Makanan
Kita ni kalau nak makan biar makan satu-satu hidangan tapi habis , dari kau mintak macam-macam menu sampai penuh meja tapi akhirnya berlaku pembaziran . Itu betul-betul cam setan punya perangai . So ini adalah tips aku nak bagi pada orang tamak haloba supaya boleh tukar menjadi pahala .
Bila korang order makanan macam menggila pastu tak habis , korang minta taukeh kedai tu tapau makanan yang tak habis tadi . Pastu korang bawak balik rumah bagilah kawan-kawan kat rumah atau ahli keluarga lain makan atau kalau jumpa orang-orang cam jaga ker atau tukang sapu sampah ker ataupun bangla pam minyak ker , kau bagilah makanan yang tak habis tu pada diorang .
Kalau korang rasa segan sebab korang rasa tak baik sebab itu sisa korang , korang leh bagi pada kucing jalanan ker , anjing ker atau pun ayam itik kat rumah . Kalau segan jugak , sila pergi meninggal . Ok…? **kasar giler kan tips dan nasihat aku …huhuhu
Antara Menu-menu Yang Viral Di Media Sosial
Crazy Mango Nenen – nama dia memang kemahen tapi rasa dia memang kena sangat dengan selera aku yang tak suka minuman yang manis sangat …mangga kiub yang digunakan pun fresh sangat…dan harga pulak sangat murah walaupun big cup .
Rata-rata yang datang ke situ mesti wajib order air ni . Setakat kongsi 2 ker 3 orang satu cup memang takder hal .
Butter Chicken Rice – hidangan ni sangat-sangat simple , portion dia memang ngam-ngam..tapi rasa dia memang daebak . Ada sedikit rasa pedas tapi bagi aku rasa pedas tu kena sangat untuk seimbangkan dengan sos butter .
Kalau korang jenis tak makan pedas langsung baik tak payah order atau rekues jer special sos butter yang tak pedas .
Kalau aku , lagi pedas lagi sedap dan lagi terangkat rasanya .
Fish & Chips – yang ni betul-betul aku suka sebab lari dari kebiasaan fish n chips kat tempat lain yang guna coating breadcrumbs dan crinkle cut fries , yang kat sini dia punya fish coating sangat natural sampai kita betul-betul dapat nikmati rasa isi ikan yang manis bukan rasa salutan dia semata…set ni jugak guna french fries yang digoreng rangup .
Itu menjadikan keseluruhan hidangan ni tak muak untuk dimakan .
Air Asmara Cinta – kebetulan Cinta pun ikut aku jugak . Jadi air tu kiranya khas untuk dia tapi aku ngan dd yang minum dan Cinta pulak order air lain . Air ni dia ada macam rasa berry tapi bergas sikit pastu ada biji selasih . Macam air pop gitu…so sedaplah kan .
Ayam Madu BBQ – sedap makan panas-panas gitu . Isi ayam lembut jer….menjilat jari jugaklah rasa sos bbq’nya…ni korang boleh order dulu untuk jadikan sebagai pembuka selera .
Tinggal lagi cukup tak cukup jer korang makan .
Lokasi Strategik Restoran Makan Sekyen 13 Shah Alam , Makanan Sedap & Harga Murah .
Ok , itu jer…kemungkinan aku kena repeat datang sebab aku nak cuba pula makan Kue Teow Goreng , Nasi Arab , Roti John Hipster , Nasi Kuning Daging Dendeng dan macam-macam lagi aku nampak tapi apa kejadah aku nak rasa semua dalam satu masa yang sama … yer dak…? perut aku bukan ada 8 pun .
Jadi…kalau korang pun nak dapat hadiah dinner percuma yang istimewa macam aku dapat nih , korang kenalah rajin-rajin mengikuti perkembangan kat Instagram Restoran De’Don . Insyaallah kalau ada rezekinya , kalau korang duduk jauh tak leh datang pun korang leh pas hadiah kemenangan tu pada kawan-kawan atau keluarga yang berdekatan Shah Alam ker Klang ker atau Puchong ker **akulah tuuu…ehehehe
Atau bagi pada siapa sahaja yang korang suka . Jauh dari kawasan liputan bukanlah sebabnya …aku ni datang dari Puchong kot …..nampak dekat tapi kena lalu tol jugak nak sampai . Tapi oklah , kira sekali harung ber’dating lerr tuu . So …nampak tak..? nak buat baik tu ada jer caranya….
Oklah , apa-apa hal korang boleh terus berhubung ngan Don Aiman kalau korang nak booking table ker atau nak minta dia block parking untuk group motor dan kereta korang pastu lepak terus nyembang kat dalam restoran .
Sebenarnya ada lagi aku nak cerita pasal Restoran De Don ni…pasal persekitaran restoran gitu…..tapi nanti-nantilah yer….kot ada rezeki aku gi lagi aku akan citer the most reason aku suka restoran ni . Jengg jengg jengggg….
Untuk hidangan-hidangan ni semua aku bagi 4 bintang setengah dari 5 bintang .
Selamat mencuba dan jumpa lagi…bye bye
RESTORAN DE’DON
Person Incharge : Don Aiman
Alamat : No 15, Jalan Boling Padang G 13/G, Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor.
( Bersebelahan dengan AEON MALL dan belakang TESCO EXTRA )
Whatsapp : 012 – 822 2839
Facebook : https://www.facebook.com/restorandedon
Instagram : https://www.instagram.com/restorandedon/
Sedapnya tgk makanan…. menarik…
Amboih nama air mangga tu hahaha. Kena pi try nih
rasa macam sedap je air and ayam madu tu..nyummmiieeee
Air mangga tu mmg mnggoda
Shiqeen sattar recently posted…Buang Racun Dalam Badan Dengan Detox Program Di Phuket, Thailand
nampak best gila air tu… ni kalau ada rezeki menang boleh carry forward kan? hehehe
Rozita recently posted…Sesuai ke menonton filem ni untuk kanak-kanak?
kalau ema menang, sanggup juga ku terjah….jauh tolak ke tepi..janji sedap masuk perut diisi.
kat shah alam mmg byk restoran best²..
Nampak Sedapnya…!!
Nina Mirza recently posted…Chinese Muslim Food Restaurant yang sedap best kat BLUE GINGER . Ppsstt… Salted Egg Squid dia Ohsem!
wajib rasanya kalau pergi sini oder air mangga tu.
nk sebut malu.
hahaha.
kreatif.
kan kan …cakap crazy mango jer…selebihnya ehem ehemm …hahahaha
Nk ajak husband dtg shah alam semata2 nak pegi sini la. Kecur air liur..
sedap2 semuanya nampak. huhu
awat la tmpt makan best mesti jauh?? T_T
YB Shehan recently posted…TEMA FROZEN UNTUK BIRTHDAY HANNAH DAMIA YANG KE 6
fish n chips tu nampak sedap…suka makan tapi selalu tak habis sebab muak kalau yang pernah makan tu.
Hawa Hassan recently posted…Aiskrim Paling Mudah Dan Berkhasiat Untuk Seisi Keluarga
Sedapnyaaa, nanti masa konvo nak cari lah restoran ni.
Mayy Jie recently posted…Cincin Belah Rotan Sesuai Ke Untuk Majlis Bertunang ?