Taklimat yang aku hadiri Jumaat lepas memang kunci segala-galanya buat aku . Menurut pakar motivasi iaitu Cikgu Shahbuddin , beliau telah membuat beberapa kaji selidik mengenai pemakanan dan amalan pelajar-pelajar cemerlang seperti Azali Azlan yang mendapat keputusan 21A pada SPM tahun 2007 dan Nik Nur Madihah Mohd Kamal yang mendapat keputusan 19A pada SPM tahun 2008 .
Setiap pelajar yang dah berjaya pasti akan dijadikan contoh kepada pelajar-pelajar yang seterusnya . Semua tertanya apa resipi kejayaan mereka , apa yang mereka makan dan apa yang mereka amalkan ?Walaupun bukan semua amalan dan petua kejayaan mereka dapat kita ikut , tapi tak salah mencuba dan dijadikan sebagai jalan yang dinamakan USAHA .
Ini antara senarai yang aku dapat kongsi dari sesi taklimat bersama Cikgu Shahbuddin .
Perkataan Untuk Ditulis Pada Botol Air Dan Dijadikan Sebagai The True Power Of Water
- Pandai
- Berdisplin
- Rajin
- Solat Penuh
- Anak Soleh/Solehah
- 6A/MUMTAZ
Nota : sebaiknya guna air mineral , air tersebut terlebih dahulu dibacakan surah Ar-Rahman ayat 1 hingga 4 sebanyak 3 kali kemudian baru diminum .
MENGAMBIL MAKANAN SUNNAH
- Makan Kurma ( 3biji awal pagi , petang/maghrib )
- Makan Kismis ( 21 biji di awal pagi dan sebelum tidur )
- Makan Madu ( sesudu diawal pagi dan sebelum tidur )
- Minum Air Kosong ( air zam-zam/air mineral ) **elakkan megambil air RO/Dringkin Water/Tapisan Osmosis
- Makan Roti ( roti krim gardenia yang 0.85sen
- Berpuasa
Nota : Lebihkan minum air soya
ELAKKAN DARI MENGAMBIL MAKANAN INI
- Air berkarbonat ( semua jenis termasuk 100 plus )
- Makanan Ringan ( semua jenis termasuk “potato chips” )
- Makanan Segera ( semua jenis termasuk bubur segera )
- Makanan Masam ( semua jenis jeruk , asam termasuk tomyam )
MAKAN 5 JENIS IKAN YANG DIGORENG
- Isnin – Ikan Tenggiri
- Selasa – Ikan Cencaru
- Rabu – Ikan Tongkol
- Khamis – Ikan Kembung
- Jumaat – Ikan Selar
Nota : Lebihkan makan ikan dan kurangkan makan daging ayam
MAKAN 4 JENIS SAYURAN
- Kacang Bendi
- Taugeh
- Tauhu/Tempe
- Ulam Pegaga – dibuat air
MEMBACA DAN MENGAMALKAN SURAH SURAH INI SETIAP HARI
- Ar-Rahman – sebelum masuk kedewan peperiksaan setiap hari
- Al-Insyirah – sebelum masuk kedewan peperiksaan setiap hari
- Al-Mulk – setiap malam
- Al-Waqiah – setiap malam
- Ad-Duha – setiap malam
- Solat hajat – setiap malam
CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG
- Menjaga kesihatan
- Beristirehat secara efektif
- Emosi yang stabil
- Sanggup berkorban dan berubah
- Sentiasa bermotivasi untuk berjaya
- Bertawakal kepada Tuhan setelah berusaha
- Sabar, syukur dan tawaduk
- Hormati guru dan ibu bapa
- Terlibat dalam aktiviti kokurikulum
- Berakhlak dan beragama.
PERMOHONAN MURID KE TINGKATAN SATU (1) SECARA ONLINE
Bagusnya… Bertuah anak ada ibu macam kak Dila yg sangat prihatin. Semoga SS pun boleh buat mcm ni huhu
shiqeen sattar recently posted…Shiqeen Sattar Berkongsi Pengalaman Di Bom
wahh saya pun suka novel faisal tehrani tauu… berfalsafah dan bahasa memepesonakan…
tips berguna… boleh print ni , laminate tampal dlm bilik utk anak…
muhammad nizam recently posted…Weekend Getaway Ke Tanjung Jara Resort
Wahhh sukanya baca ni. Tq dilla. Kiss sikit mmuaahh
Azni recently posted…Beli produk brahim’s dengan harga murah
Bagusnya kak long..tips ni sangat2 berguna
Thanks Dilla sebab kongsi tips. Akak share ye.
Terbaiklah.. boleh amalkan lepas ni