Wow …! macam tak percaya jer orang Astro mesej aku nak interview. Tapi sebenarnya bukan sebab nak interview aku pun tapi lebih kepada nak interview admin group Masak Apa Tak Jadi Hari Ni.

Dah aku admin, maka akulah yang kena pergi jalankan tugas lagipun wakil produksi tu dah hubungi aku sendiri.
Pada mulanya tugas ni aku nak serah pada orang yang lebih layak iaitu Kak Laila sebagai founder dan Norma sebagai Creator. Lepas bincang dalam group , last-last aku dengan Norma sahaja yang jadi wakil.

Bagi aku tak kisah pun siapa-siapa yang pergi sebab masing-masing memang wakil kepada group ini.
Aku bagitahu ni bukan apa gais sebab ada jer orang yang ingat aku ni gila glamer, sebabnya asyik-asyik muka aku jer yang masuk media.
Tapi logiklah’kan ? Dah memang aku punya kerja pun dengan media sosial mestilah keluar masuk
media. Takkan nak keluar masuk lokap pulak. Yer dak ??
Kalau nak tahu kitorang ni para admin semua ada tugas masing-masing. Nak buat apapun bincang dulu. Bukan ikut suka jer yer.
Jadi kalau ada yang nak kata aku nak overshadow founder dan creator tu sangat-sangatlah salah dan tak betul.
Tapi terus terang aku kata aku tak berasa apa-apa. Rasa glamer ? tak .. rasa popular ? tak …rasa hebat ? lagilah tak.
Jujurnya aku hanya rasa biasa-biasa sahaja sebab aku dah ada dalam bidang media sosial ni bukan baru sebulan atau setahun gais, tapi dah lebih 10 tahun.
Setakat masuk paper masuk majalah masuk tv pun aku dah buat benda ni dari kecik. Sebab tu aku tak rasa apa-apa, sampai boleh jadi culture shocked.
Aku hanya bawa kerja yang telah di amanahkan kepada aku sahaja. Tak lebih dan tak kurang.
Jadi akhirnya itulah yang terjadi.
Berada di studio rakaman dan melihat para krew produksi dan para artis sibuk dan serius membuat kerja untuk memberi hiburan kepada rakyat Malaysia buat aku terfikir satu benda.
Fahamlah aku kenapa mereka juga minta di hargai.
Kalau korang kata jadi artis , masuk dalam bidang hiburan tu senang , sila fikirkan semula. Aku lebih rela jadi Makcik Kiah jual goreng pisang dari jadi artis ok.
Bagi aku kerjaya artis ni sangat-sangat complicated. No wonder hanya yang cekal dan gigih dan tahu apa yang mereka nak capai dalam bidang hiburan ni jer yang boleh survive.
Respek aku pada mereka semua. Baik yang didepan tabir mahupun yang dibelakang tabir.
Rakyat Malaysia jangan sombong sangat kata “kami tidak perlukan artis..” please don’t say that.
Tak suka mereka diam. As long mereka tak langgar batasan sudah. Respek kerjaya mereka sebagai penghibur.
Taubat lahumm kalau boleh aku tak nak dah terlibat dengan program-program tv macam ni. Tak kiralah apo dia punya point. Sebab bagi aku ianya sangat-sangat menguji kesabaran aku.
Tak caya cer tanya Norma. Maksud aku Nooma Noh Admin MATJHN bukan Norma Baharu. Ekekekeke.
Mujurlah aku sekarang suka perhati dulu dan kemudian aku akan pikir pasal kenapa mereka lakukan ini semua. Bagi aku apa yang diorang buat sama dengan apa yang kita buat.
Contoh aku pandai menulis tapi mereka pandai menghibur. Dan tahukah korang kerjaya penghibur sebenarnya satu kerjaya yang mulia juga. Berhibur dengan batasan’lah maksud aku bukan berhibur gaya syaitonirojim.
Dan tahukah korang juga membuat orang terhibur sampai ketawa pun boleh dapat pahala juga.
Baginda bersabda yang bermaksud: “Orang yang tidak gembira dan tidak membuat orang lain gembira adalah orang yang tidak memiliki kebaikan.” (Nihaayatul-Irbi, 4/1)
Haa mesti tak tahu kan tapi yang korang tahu ketawa boleh matikan hati dan gelapkan hati. Ehh korang punya sangka buruk tu pulak boleh putihkan hati ker ?
Sudah-sudah’lah tu nak buat kerja tuhan yer. Jadi manusia yang baik-baik sahaja sudah. Paling penting jangan judge.
Boleh jadi orang yang kita judge tu amal kebaikkan dia lebih banyak dan lebih di terima Allah SWT dari kita yang ajet-ajet PU dan setazah.
Ehh jap , jadinya apa pengalaman aku ? Ahahahaha , lain nak cerita lain plak yang keluar.
Apapun aku enjoy dengan pengalaman pertama aku untuk tahun 2020 ni. Terima kasih Astro atas peluang ini. Terima Kasih MATJHN atas asbab yang berlaku, terima kasih jugak pada Norma baharu a.k.a Kakak Musang King sebab bawakan Kenafeh yang sodap dilihat dan sodap dimakan sendiri. Kalau share tak sedap sebab tak cukup.
Pada geng baru iaitu “abam kesana kesini” a.k.a pakcik shuffle yang jugak Viral masa PKP tempoh hari , tunggu nanti kita live sesama yer. InsyaAllah.

Kak. You deserve it.. kak pandai cakap.ada aura tersendiri
Alhamdulillah… Tumpang bangga, tumpang seronok dengan pencapaian kak long.
Day by day, tangga ke tangga dan banyak ilmu yang kak long dah perolehi..
Nina Mirza recently posted…Meroyan weyhhh..!! Drama 7 HARI MENCINTAIKU 2 TV3 (2020) HAhaaa
Wah inspired by your achievement akak!