Asalamualaikumm…..

2014 bulan pertama dah separuh berlalu…tapi entry aku pulak baru yg pertama dalam tahun baru ni…..tapi siapa pedulik kan kan kan…

Camni…aku nak cerita kat korang pasal satu taktik penipu…boleh dikategorika penipu sebab percubaan dia untuk menipu aku tak berjaya….

Kalau korang tak percaya nak kata aku tipu….lantaklah….aku takder hal….yg penting aku kena kongsi benda ni supaya orang2 lain yg berniaga online sejara jujur dan ikhlas tak kena tipu dengan dia yg kata namanya “Kong Siew Ling “…dan kalau korang nak percaya dengan si ” kong siew ling” secara percuma pun boleh…dipersilakan…..duit korang harta korang kalau yg dia nak tipu…bukan duit dan harta aku…..harap maklong…!!

Dulu aku dah pernah kena sekali tipu pasal topap….jadi kali ni aku lebih beringat dan berhati-hati supaya tak terkena lagi…benda kalau nak jadi pada sesiapa pun boleh terjadi….

Macam biasa aku terima mesej wasap nak beli skybox….yg tak boleh blahnya…satu pertanyaan sampai 5 kali dia send kat aku…selagi aku tak jawab selagi itulah akan wasap aku….walaupun berat hati nak jawab…tapi takperlah…mula2 kita sangka baik dulu….

Wasap punya wasap…dia kata dia nak belilah skybox ngan aku sekali xtra remote…menjadikan semuanya berjumlah Rm340….

Kat sinilah kemuncaknya…..dia kata dia bayar online…aku pun kata ok….pastu dia email kat aku bukti yg dia dah bayar…..aku tengok oklah….tapi dalam masa yg sama aku cek akaun bank aku….tapi takder transaction tapi kat kertas yg dia print tu tulis transation cam teringgal C pulak…..mula aku rasa tak sedap paru2….duit pun dengan jumlah yg dinyatakan….aku biar sehari…mana tau kot2 float….kot2 bank salah eja ker apa….sehari demi sehari jadi lebih 3 hari rasanya….dia tanya aku dah pos belum brg dia….aku jawablah…tak boleh pos sebab takde duit masuk dalam akaun….tapi kata dia dah bayar….aku pun kata…. tak ada dalam akaun saya….cuba u cek balik….

Dia pikir aku takkan cek akaun ker….dia pikir aku akan terpedaya dengan email jer ker….sebab tu aku selalu suruh kastemer letak email aku kat bahagian email penerima…tak pun kalau diorang bayar pakai mesin deposit…dan2 aku cek kat akaun….ada baru aku boleh sahkan aku terima dan hantar barang pada kastemer…..

bagi aku tak hairan ada yang akan terpedaya sebab aku jugak hampir terpedaya dengan slip kertas tu…..nama email pun guna John Smith….apakah….??? hurmmm hurmmmmm

Lepas tu sampai hari ni dia senyap tak wasap2 aku….jadi apakah maknanya…?? aku bersyukur sangat sebab tak terkena lagi…..memang sejak kejadian yg dulu tu…aku dah pegang konsep…bayar dulu baru pos barang…..atau bayar dulu baru ada barang…..kalau nak jugak barang sila COD…..

Kat bawah ni aku sertakan print screen wasap aku ngan kong siew ling…..

sabar …..

sangap betul ini org……

selagi aku tak jawab…..
selagi itulahhhhhh…….

kuat kinchinnnn……
lu apa hal….????

hahahahaha…………
dia punya desakkkkkkk…puithhhhh

lepas dia kata baik…terus sampai sekarang dia tak wasap aku secara pukal….

mula2 dia email aku slip yg ni…..konon bayar Rm1250….mesti dia lupa nak tukar jumlah masa dia guna slip ni untuk tipu orang lain….

ini email yg kedua dia bagi kat aku denga jumlah yg betul……

Aku harap korang semua yg berniaga tolonglah berhati-hati…..jangan terlalu ghairah mencari wang dan menerima order dengan bangga…maka terlupa yang penipu ada dimana-mana……namapun penipu…tentulah lagi pandai dari kita…kat email tu ada alamat ada nombor telepon si kong siew ling ni….rasa2 alamat dan nombor yg sama….baik korang berhati-hati….

Ok….itu jer aku nak sampaikan….

Categorized in: