Asalamualaikum semua , entry kali ni aku nak ajak korang sama-sama mengembara bersama aku ke Sungai Lembing Pahang.

Ianya memang antara tempat wajib lawat kalau nak tengok sebuah bandar lama yang kaya dengan sejarah, pemandangan serta keindahan alam semulajadi.

Sungai Lembing juga telah lama berada dalam senarai tempat yang aku ingin pergi. Cuma baru kali ini aku ada rezeki untuk menikmatinya sendiri.

Perjalanan terus dari Kuala Lumpur ke Sungai Lembing mengambil masa lebih kurang 4 jam dengan 1 perhentian di R&R Sanggang.

Rasa macam lama jer kan ? tapi kalau naik bas yang selesa dari Zam Holiday dengan tour guide Mr Chin yang berpengalaman dan pandai pula bercerita tentang tempat-tempat yang dilalui, pejam celik pejam celik dah sampai.

SEJARAH SUNGAI LEMBING

Terdapat 3 versi cerita bagaimana Sungai Lembing mendapat nama. Salah satunya kisah seorang lelaki pergi berburu bila dia nampak kijang tersebut lalu dilembingkan , tapi kijang tersebut melompat dalam sungai dan diikuti lelaki tersebut.

Bila air sungai surut orang kampung dapati ada sebilah lembing di dasar sungai tersebut dan maka dapatlah nama Sungai Lembing.

Lagi satu cerita katanya bentuk Sungai Lembing sendiri amat menyerupai sebilah lembing.

Lagi satu cerita pulak korang kena datang Sungai Lembing sendiri kalau nak tahu.

MUZIUM SUNGAI LEMBING

Lokasi pertama kami ialah di Muzium Sungai Lembing yang terletak di atas bukit.

Muzium Sungai Lembing ni pada asalnya adalah sebuah residen British kemudian jadi markas Jepun, jadi kediaman sultan dan raja dan akhir sekali baru jadi Muzium.

Apa ada dalam muzium ni ? banyak aihh , cerita pasal asal usul ada , pasal bermulanya pelombongan bijih di Sungai Lembing pun ada, pasal pemerintahan Jepun yang menyiksa orang kampung pun ada dan pasal raja-raja pun ada.

Artifak-artifak lamapun banyak kat sini.

Nak cerita lebih-lebih tak bolehlah. Bagi aku lebih syok dengar dan lihat sendiri.

TEROWONG SUNGAI LEMBING

Selama ni aku cuma dengar, baca dan lihat dalam tv pasal lombong. Kali ni aku sendiri berpeluamg merasai pengalaman sebagai pelombong bijih di Sungai Lembing. bila kau masuk dalam terowong ni kau boleh rasa macam-macam, ada rasa sejuk, rasa panas dan rasa seram-seram sebab terowong kan gelap.

Bayangkanlah mereka yang kena bekerja dan hidup dalam gelap dalam terowong yang dikorek sehingga 700 meter bawah tanah.

Kalau korang pernah tengok cerita Battleship Island. Lebih kurang macam tulah kehidupan mereka yang aku rasa mungkin realitinya lagi struggle.

SUNGAI LEMBING CITY TOUR

Lepas korang dah melawat Lombong Bijih Besi Sungai Lembing , korang boleh beralih ke kawasan pekan Sungai Lembing.

Sebenarnya Sungai Lembing ni dah bertaraf bandar sebab ada semua kemudahan seperti sekolah, hospital, balai polis pejabat pos, panggung wayang, padang, balai bomba dan macam-macam lagi kemudahan.

Tapi dek kerana kawasan nak ke Sungai Lembing sendiri kena melalui jalan bukit bukau jadi ia tidak sesuai untuk dijadikan pusat bandar.

Percayalah yang orang-orang Sungai Lembing juga sangat ramah mesra dan sangat sporting.

Aku rasa damai rasa tenang jer mengambil angin di tengah-tengah pekan Sungai Lembing. Suasananya tu yang mahal sampai aku rasa macam hari tu aku takder masalah.

3D GALERY

Sejak masuk Galeri 3D kat Maran aku macam kemaruk nak masuk semua tempat 3D. Bukan apa , kat tempat-tempat camni jerlah kau boleh bergambar macam orang hilang akal tanpa kena kecam.

Tapi sayang, sampai-sampai jer galeri dah nak tutup. So kalau korang ada masa tolonglah masuk sini ambik gambar dan tag aku.

Kat kawasan sini juga korang boleh bergambar dengan satu monumen SAYA ❤️ SUNGAI LEMBING.

JAMBATAN GANTUNG KOLONG PAHAT

Ikutkan ada beberapa jambatan gantung boleh dilawati tapi ada yang tengah dibaik pulih so TG bawa kitorang ke satu Jambatan Gantung Kolong Pahat ini yang memang menghubungkan antara dua kampung.

Masa kat sini banyak jer motor lalu lalang nak menyeberangi sungai. Tapi nak buat camner dah memang rumah dia kat seberang sana.

Suasana petang kat situ sangat superb. Kalau boleh tak nak balik sebab nak layan sunset sekali tapi mana mungkinkan. Kita semua harus pulang untuk berehat.

BUKIT SUNRISE

Esok paginya, seawal 5 pagi aku dah bangun untuk bersiap. Jam 6 pagi sarapan secukupnya dan jam 6:30 naik jeep dan bergerak ke Bukit Sunrise dulu.

Subhanallah MasyaAllah. Pemandangan matahari terbit di Bukit Sunrise sangat mempesonakan. Nampak awan gemawan bagaikan karpet yang terhampar luas.

Waktu aku sampai pun juga sangat tepat dan sempat melihat matahari terbit dengan cepat.

Apapun hari tu memang rezeki sangat sebab pertama cuaca cantik dan cerah. Kalau tak katanya memang tak akan berpeluang nampak awan karpet.

AIR TERJUN PELANGI

Selepas menikmati matahari terbit, barulah semua bergerak ke lokasi seterusnya iaitu Air Terjun Pelangi.

Air Terjun Pelangi di sini antara lokasi wajib pergi kalau datang ke Sungai Lembing.

Pelangi yang terjadi adalah disebabkan cahaya matahari menyinari percikan air yang turun bagaikan gerimis.

Perjalanan ke sana mengambil masa 45 minit menggunakan land rover dengan melalui jalan berbukit , berbatu dan bertanah merah. Adakalanya juga meredah anak sungai.

So far bagi aku selesa dan InsyaAllah semua driver behave dan berpengalaman.

Kalau korang ada kenderaan pacuan 4 roda sendiri dan nak feeling adventure drive sendiri pun boleh tapi ada bayaran yang dikenakan dan bayaran tu tak termasuk permit.

Permit pulak lain harga sebab setiap kenderaan yang nak masuk ke Hutan Simpan mesti kena ada permit.

Nak baca lagi pasal perjalanan aku ke Air Terjun Pelangi ? Haaa tunggu sat yer, ni entry teaser jer sebab aku ada banyak benda lagi nak cerita pasal Air Terjun Pelangi.

Tapi takper, kat sini aku lanjer sekeping gambar pelangi atas kepala.

BUKIT PANORAMA

Walaupun aku tak pergi sini sebab aku memang lebih teruja nak tengok Air Terjun Pelangi tapi aku ada wakil dari abang-abang Kuantan Viral.

Gambar kat bawah ni pula bukanlah gambar dari Bukit Panorama tapi dari Bukit Sunrise. Cumanya dia punya view memang akan-akan macam ni. Nak bagi gambar dari abang-abang Kuantan Viral tak jumpa pulak. Kalau ada kang aku updet sini.

Untuk video diorang korang boleh tengok sini. Live Ok!

Kuantan Viral : Live Dari Bukit Panorama,Sungai Lembing

Nak tahu macamana trail ke Bukit Panorama ni ?

Kat bawah ni aku letak gambar yang aku pinjam dari Blogger Afiq Halid sebab dia pernah ke sini juga. Cuma katanya masa dia datang kurang luck sebab tak dapat tengok kejadian awan karpet di puncak Bukit Panorama.

Antara cerita paling popular pasal Bukit Panorama ini ialah dikatakan dapat menyembuhkan penyakit lelah atau asthma.

Cara macamana nak sembuh ? sifir dia mudah jer. Untuk sampai ke puncak Bukit Panorama ni korang kena menaiki anak tangga sebanyak 815 anak tangga yang katanya melebihi anak tangga di Batu Caves. Di puncak bukit pula terdapat dua buah pondok untuk berehat dan ketinggian Bukit Panorama adalah setinggi 291 meter dari aras laut.

So semasa mendaki anak-anak tangga ini secara automatik pernafasan kita akan kembali diatur. Sebab tu ramai katanya yang sembuh selepas menaiki Bukit Panorama.

Sahih atau tidak Allahualam. Apapun Allah yang punya kuasa manusia hanya mampu berdoa dan berusaha.

Buat masa ni jumlah pengunjung di puncak Bukit Panorama telah dihadkan bagi menjaga jarak sosial.

Kredit Gambar : Afiq Halid

T-BOX SUNGAI LEMBING

So andai kata korang dah sedia dan bercadang nak melawat tempat-tempat yang aku sebutkan diatas tu. Ada baiknya sampai jer kat Sungai Lembing tempat menginap yang aku boleh cadangkan ialah di T-Box.

Nak bajet dan syok ambik jer pakej kontena. 1 kontena 8 orang. Tapi selesa sangat. Bagusnya tidur satu kontena sebab korang boleh bonding dengan family atau rakan-rakan sebelum tidur. Tapi bilik air dekat luarlah yer.

Kat sini juga korang boleh sewa basikal 2 seat atau 4 seat untuk keliling town.

Nak selesa sikit dengan private bilik air boleh ambik chalet2 kat atas bukit. Nice jugak sebab pemandangan dari atas bukit sangat superb.

Untuk sebarang pertanyaan dan booking hubungi :

Telephone : 6010-288 2993
E-Mail: tbox.faq@gmail.com
Website: tbox-sungailembing.com
IG : @tboxsungailembing

So sampai setakat ini dulu perkongsian aku,akan menyusul selepas ni pengalaman aku ke Air Terjun Pelangi , ke Tasik Biru, Tasik Chini , ke ladang susu Farm Fresh, masuk sawah bendang, tengok kelip-kelip, petik nanas, menarik pukat serta pengalaman menginap dan makan-makan sepanjang 5 hari trip.

Nak tengok lebih banyak gambar dan video trip, boleh follow aku di :

Facebook : Saidila Abdul Rahman
IG : @saidila
Youtube : @sadilalifestyle

Untuklebih banyak maklumat mengenai tempat-tempat menarik di Pahang pula, korang boleh follow :

Website : Tourism Pahang
IG : @tourismpahang
FB : Tourism Pahang

Categorized in: