Ini Kisah Safiey Ilias

Disebabkan saya ramai followers baru , ramai yang masih tak kenali kisah kepayahan saya sebelum berjaya . Mungkin ramai yang cuma kenal saya disaat saya sudah dikatakan boleh la senang jugak . .

Siapa Safiey Ilias ?

Begini , saya berasal daripada Felda Lakum , Lanchang Pahang . Saya lahir pada 19 Mei 1994 , umur saya bulan 5 ni genap 22 tahun . Saya dulu sekolah di SK Lakum . Dapat UPSR semua A so saya lanjutkan belajar ke Sekolah Men Sains Sultan Hj Ahmad Shah (SEMSAS) . Tapi saya dua minggu je disini lepas tu saya tamatkan belajar sebab tak boleh hidup tanpa mak ayah . Tak biasa berjauhan katanya walaupun saya ni anak kedua bongsu daripada 6 orang adik beradik . Kemudian saya lanjutkan pelajaran ke SMK Datuk Bahaman , Lanchang . PMR dapat 8A jugak jadi saya dapat tawaran ke Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan (SBPIK) .kisah safiey ilias

Bila pindah ke sini , kos memang tinggi . Macam-macam benda nak bayar . Dulu ayah saya cuma pakai kereta kancil sahaja hantar saya ke sekolah kat Kuantan ni . Saya tak macam anak orag lain yang tiap-tiap minggu keluar outing ke bandar . Ada yang tiap2 minggu mak ayah datang hantar makanan dan KFC . Sedapnya masa tu . Disebabkan desakan nak jugak hidup senang sedikit seperti kawan lain disamping tak payah nak mintak duit sangat kat mak ayah , saya mula buat bisnes dari asrama . Dari asrama ?? Ya dari asrama .

Bermulanya Perniagaan

Saya mulakan tanpa modal dengan menjadi dropship produk kecantikan macam suntikan pemutihan dan jugak pil jerawat . Satu kotak produk dapat margin tinggi juga RM50-200 . Tapi tak percaya sangat ramai jugak akak-akak makcik-makcik beli produk tu walau harga agak mahal . Mungkin sebab tu tak banyak sangat persaingan produk macam sekarang dan penjual pun tak ramai . Saya gunakan FB sahaja masa tu . Setiap hujung minggu saya akan keluar outing atau pinjam laptop cikgu . Masa tu di Koperasi sekolah ada cikgu yang sediakan sewaan melayari internet . RM2 kot sejam . Jadi saya guna peluang tu untuk buat duit .

Masa tu lah saya akan gunakan untuk ambik database customer . Tapi masa tu saya tak tahu pun tu database . Saya besenye ( biasanya ) akan mintak siap-siap nama , no telefon , alamat penuh dan email customer yang nak produk tu . Bila dia cakap je nak barang dan nak booking , saya memang minta details tu . Kemudian , saya akan tulis maklumat tu dekat sebuah buku tulis . Saya tak ada telefon di asrama , jadi saya gunakan telefon asrama je nak call supplier dan customer saya .

Malam je lepas habis kelas prep (belajar) , saya akan call customer . Masa tu banyak la duit syiling dan kad telefon saya ada . Senang nak call customer . Sorang-sorang saya akan call dan tanya dah buat bayaran tak . Masa tu saya ada BANK RAKYAT sahaja . Lepas dia kata dah bayar saya akan call supplier . Satu-satu alamat saya bacakan dan sebut . Sampaikan sejam bergayut dengan supplier . Supplier akan pos’kan barang .

Bijak “mencuri ” Masa

Hari Jumaat je akan ada sedikit masa lapang selepas solat jumaat , masa tu saya akan ke Bank Rakyat dekat dengan sekolah untuk cek akaun . Masa tu saya tawakal je harap-harap ada duit dalam akaun tu . Masa tu la saya akan transfer dekat supplier duit . Baru supplier akan pos barang . Lepas tu , ada la banyak duit dah masa tu . Saya dah mula beli stock sendiri . Masa tu saya jual produk sabun muka , bb cream , mask dan banyak lagi . Saya jual tu sebab saya pun pakai sebab masa tu muka memang banyak jerawat .

Hari-hari doa nak ada duit RM1500-1800 . Alhamdulillah Allah makbulkan . Masa tu baik tak buat banyk dosa sangat heheeh . Lepas tu mintak lagi nak ada RM4800 , last-last dapat jugak . Saya order barang pun call supplier guna telefon asrama dan dia pos ke pejabat sekolah . Muka saya hari-hari pergi ambik barang dekat pejabat sekolah sampai kerani sekolah pun tanya . Saya cakap ayah kirim . Kadang-kadang saya suruh cikgu dan teacher saya yang ambikkan . Cikgu warden asrama saya selalu beri kelonggaran untuk keluar outing ke bandar . Sebab dia tahu saya baik dan antara pelajar pandai . Kadang-kadang tu dia tolong saya pos barang . Sebab masa tu saya dah mula pegang stock dan post barang sendiri . Susah sangt masa tu . Leceh sangat . Kene tebalkan muka dan atasi halangan . .

Antara Pelajaran Dan Perniagaan 

Kemudian sampaikan di tingkatan 5 masa SPM saya ada saving dalam RM200k berkat perniagaan saya di asrama ! Tapi sebab jiwa remaja dan tak ada pengurusan duit , tinggal RM8000 je duit saya . Saya banyak guna duit masa masuk UITM dan memang tak mintak duit mak ayah masa tu . Sebab dulu dapat tawaran belajar di oversea tapi saya tolak sebab mcm dah tak minat belajar . Lepas tu 6 bulan je saya dekat UITM saya berhenti belajar . Masa tu umur 18 . Masa tu la abang saya meninggal dunia . Saya kemudian duduk di Ukay Perdana . Masa umur 18 tahun , dengan modal cuma ada RM500 , saya keluarkan Aurora dan buat spa dekat rumah ! Ramai jugak customer saya masa tu datang rumah . Masa tu la saya promote Aurora . .

Potong Dan Tampal Sendiri Sticker Produk

Saya pergi sana sini naik teksi . Pergi kilang naik teksi . Dulu kilang tak layan sangat pun . Pergi buat sticker sendiri di Achik Printing Taman Melawati . Potong sendiri sticker guna gunting dan tampal dekat botol sampai senget-senget . Pergi pos barang pun guna teksi . Gigih x gigih masa tu . Sampai lah bulan Jun 2013 masa saya umur 19 , saya dapat cecah 1 juta bersih yang pertama . .

Tahu kan kereta apa saya ada ? Sampai harini ada Camry , Hilux , Mini Cooper , Audi dan Hummer H2 . Perjalanan saya sebenarnya masih panjang untuk diceritakan . Nanti saya akan tulis lagi jika anda suka nak dengar . 2013-2015 hampir 5 juta untung bersih dah saya buat .

aurora safiey ilias-tile

**kisah ni aku ambik dari instagram beliau sendiri , tidak ditokok tambah hanya aku edit ejaan untuk memudahkan pembacaan .

Pendapat  Aku Tentang Safie Ilias

Sebenarnya aku tertarik dengan sifat berniaga dia yang penuh usaha dan gigih , tentang siapa dia dulu itu antara dia dengan Allah swt . Tapi aku rasa dengan hijrah yang dia lakukan dengan kembali kepada fitrah itulah tanda Allah maha pengasih , maha penyayang dan maha pengampun kepada hamba-hambanya yang DIA sayang . Percayalah yang aku sebenarnya bimbang jika aku tidak di uji , sebab ujian itu sebenarnya tanda Allah masih sayang pada kita dan mahu kita kembali taat kepadanya .

kisah safiey ilias 1

Aku salin kat blog supaya boleh jadi inspirasi pada anak-anak muda atau sesiapa sahaja yang berniat untuk menjadikan 9/10 sebagai punca rezeki . Tak ada niat lain selain nak jadikan bahan bacaan untuk memberi semangat kepada diri sendiri dan orang lain . Dan aku bukan jugak promote barang dia tapi bila baca-baca tu aku adalah “sikit” cam berminat nak cuba ….ekekekeke

Aku pun berniaga jugak cuma taklah tahap jutawan..Tapi aku bersyukur dengan segala yang Allah berikan . Seperti yang aku doa selalu , cukupkanlah apa yang engkau berikan kepadaku .

Menjadi jutawan atau tak itu bukanlah ukuran kejayaan seseorang…korang nak argue itu korang punya pasal’lah….ahahahaha

Sekian terima kasih

Categorized in: