Adoii susah betul jadi blogger nih. Baru jer plan nak tido ternampak pulak ada topik menarik lalu. Nak tak nak mesti nak ulas walau sepatah dua. Kalau tak kang aku pulak yang tak tenang nak tidur. Ehehehe

Tak silap aku semalam ker semalamnya lagi penuh timeline aku dengan status pasal Sabella. Aku pun wonder apa kes Sabella nih ? Bukan ker sekarang ni memang jenama Sabella tengah hot di pasaran disebabkan tagline “baju tak payah gosok buat apa nak gosok.” haaa camtulah kot jingle dia.

Dan juga nama Sabella juga semakin dikenali selepas menaja Anugerah Juara Lagu baru-baru ini. AJL ke berapa aku kurang periksa pulak.

Aku ni asal ada jenama tempatan naik aku sokong dan ok jer. Ternyata masyarakat Melayu kita bukanlah semua kaki caras bisnes orang dan juga jenis pendengki melihat bangsa sendiri maju yer.

Dan ini kenyataan dari Sabella !

So itulah kisahnya. No wonderlah hehhh.

Dalam bisnes ni once kau dah dapat sokongan serta kepercayaan masyarakat janganlah sesekali cuba break the rules atau berjanji bulan dan bintang dengan diorang.

Bagaimana mereka begitu bersatu untuk membantu dan menyokong sesebuah jenama dan perniagaan dan begitulah juga mereka tak akan segan-segan untuk bersatu untuk mengajar dan sama-sama menjatuhkan jenama atau perniagaan yang menyakiti hati dan perasaan mereka.

Ingat tak kes baju raya Elle Zada pada tahun 2016 dulu. Kecoh satu Malaysia oi ! Ramai yang tak dapat baju raya yang ditempah kerana pihak Elle Zada gagal menyiapkan pada waktu yang dijanjikan kerana masalah kilang dan supplier kain kalau tak silap aku.

Ramai ejen dan seller Elle Zada terkena tempiasnya. Duta Elle Zada iaitu Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin pun tak telepas terkena bahang kemarahan netizen. Sudahnya nama Elle Zada pun berkubur.

Posting di FB Page Elle Zada kali terakhir dilihat pada tahun 2017.

Kini giliran jenama Sabella pula mengulangi sejarah hitam Elle Zada. Cuma aku rasa netizen kali ni lebih ganas memberikan respon. Macam-macam komen aku baca ditujukan kepada pihak pengurusan Sabella. Aku yang baca jer pun seram gais.

Dahlah kena lock down , tak dapat balik kampung , tak dapat rentas daerah. Nak rentas negeri apatah lagi dan paling sadis sekali nak beraya rumah jiran sebelah pun dilarang juga.

Pulak tu , baju raya yang diharapkan sebagai penghibur hati untuk ber’OOTD pulak tak dapat disiapkan. Manalah tak mengamuk kawan-kawan kita semua tu gais. Kalau aku duduk kat tempat diorang pun aku pun hangin jugak.

Nak kata tak patut atau tak patut Sabella dikecam pembeli itu bukan hak aku. Cumanya sebagai orang Melayu yang kaya dengan budi bahasa yang sopan apabila menuturkan kata-kata dan paling penting sebagai orang Islam anggap sahaja ianya sebagai dugaan dalam kehidupan.

Aku faham ianya tak semudah ucapan berbanding dengan perbuatan. Tapi kita cubalah yer. Yakin ada hikmah disebaliknya. Lagipun pihak Sabella juga ada beri option samada teruskan tempahan , menanti dengan sabar maka ada hadiah tambahan dari mereka. Atau isi borang refund dan terima kembali wang anda dalam tempoh 7 hari bekerja.

Then tunggu seketika. If lebih 3 bulan menanti tapi masih tiada sebaran penghantaran atau refund. Maka buat laporan dan ikutlah saluran yang betul. Settle.

Hati tenang dosa pun kurang. Selamat Hari Raya , Maaf Zahir Batin.

Categorized in: