Assalamualaikum and hai gais ! apa khabar semua ? Aku doakan semoga semua pembaca blog aku ini berada dalam keadaan yang sihat sejahtera hendaknya. Amin. So entry kali ini aku nak kongsi dengan korang apakah anatara kesan sampingan vaksin dos pertama dan kedua.
Bagi aku kesan sampingan vaksin yang terjadi bukanlah disebabkan jenama vaksin yang diterima tapi lebih kepada penerimaan pada tubuh badan seseorang. Jujur kata dari awal aku memang tak memilih jenama vaksin sebab mind set aku kesan vaksin apa-apa pun sama sahaja.
Cumanya atas masalah sejarah kesihatan nama aku digugurkan dari senarai jenama vaksin pilihan pertama dan terpaksalah biar pakar perubatan tentukan apa yang sesuai.
Kesan sampingan vaksin dos pertama :
- Tempat injection bengkak start lepas maghrib
- Demam panas on off selama 2 hari
- Sakit sendi dan otot
- Hilang selera makan
Recovery sepenuhnya pada hari ke 8 selepas vaksin.
Kesan sampingan vaksin dos kedua :
- Tempat injection start bengkak beberapa jam selepas vaksin
- Badan demam sejuk menggigil sampai ke tulang
- Bila habis demam fasa sejuk datang pula demam fasa panas
- Sakit sendi dan otot
- Cepat rasa rasa letih dan mengantuk
- Rasa tak selesa dan serba tak kena
- Hilang selera makan
Recovery sepenuhnya pada hari ke empat selepas vaksin.

Sebagai seorang yang dah pernah merasa sakitnya serangan virus covid19 yang sebenar, jadi kesan sampingan dari vaksin ni aku masih boleh tahan.

Perkara Kena Lakukan Sebelum Vaksin :
Sebelum nak ambil vaksin pun korang kena bersedia juga. Bukan main redah jer macam nak pergi parti. Macam aku sebolehnya cuba jaga kesihatan dengan baik sekurang-kurangnya seminggu sebelum vaksin itupun kalau dapat tarikh seminggu sebelumlah tapi kalau dapat 2 ke 3 hari sebelum pun korang lagilah kena berhati-hati dengan aktiviti harian.
- Pastikan diri kita sihat tiada demam dan sebagainya , jika tak sihat minta tangguh
- Pastikan diri bukan kontak rapat kepada mana-mana pesakit covid19, walaupun kita rasa sihat tapi bilak kita dah jadi kontak rapat kemungkinan besar kita akan jadi pembawa virus walaupun kita tidak bergejala dan boleh minta tarikh lain
- Buat aktiviti kesihatan badan yang mengeluarkan peluh
- Jaga pemakanan dengan makan sayur dan mengambil supplement
- Ambil tahu jenis vaksin yang akan diterima samada sesuai dengan kita ataupun tidak. Macam aku yang pada mulanya dapat vaksin Coronavac tapi oleh kerana aku ada sejarah neurologi jadi atas perbincangan doktor telah menukar jenis vaksin aku kepada Comirnaty
- Baca maklumat dan pengalaman mereka yang sudah divaksin untuk menghilangkan rasa gugup
- Bertenang dan niatkan tujuan mengambil vaksin ini kerana Allah Taala bagi melindungi diri , keluarga dan masyarakat dari wabak

Perkara Jangan Lakukan Selepas Vaksin :
In mungkin antara yang ramai orang terlepas pandang. Lagi-lagi bila diri rasa macam ok takder kesan sampingan langsung.
- Jangan terus makan panadol walaupun tak sakit, kurang2 kena tunggu 3 jam selepas vaksin baru boleh ambik sebarang ubatan itupun kalau sakit. Ini adalah pesanan dari pegawai perubatan di pusat PPV sendiri.
- Jangan lakukan aktiviti workout yang berat seperti skipping , jogging dan lain2. Kali ni aku betul2 ambil pengajaran dari dos pertama, masa dos pertama aku masih layan skipping selepas vaksin. Kesan dia amik kau, lengan tempat inject bengkak sampaikan tak boleh nak sentuh langsung.

Ubatan Kena Standby Selepas Vaksin :
- Sediakan sebarang jenis panadol seperti actifast ataupun cold away
- Koyok panas untuk tampal dekat bahagian lengan yang bengkak disebabkan injection jika perlu
Kesan sampingan vaksin pada setiap orang tak sama. Jadi tak perlu pelik jika ada yang tak rasa apa-apa dan ada yang merasa seperti aku. Tapi aku tahu semua kesan sampingan tu hanyalah sementara dan aku kena kuat untuk tahan semua itu.
Pada yang belum ambik vaksin jangan takut ok. Kita semua mampu mengatasinya. InsyaAllah. Alhamdulillah selepas 3 hari rehat hari ke 4 aku dah mula rasa sihat kembali.
Senarai Ubatan/Supplement Yang Perlu
Ini aku senaraikan ubatan dan supplement yang aku ambil semasa proses recovery. Apa yang ni pun kebanyakkaanyya lebihan dari ubatan dan supplement yang sama aku ambil semasa aku kena covid jugak.
- Panadol – biasa atau actifast
- Cold Away – jenama Kordel ialah produk berasaskan herba
- Maga B + C Complex – jenama VitaHealth
- Vitamin C – ni aku ada 2 ke 3 jenis vitamin C berlainan jenama iaitu VitaHealth dan Nutrilite dan termasuk vitamin C jenis larut dalam air
- Omega -3 Fish Oil – aku ambil jenama Apotec
- Habbatus Sauda Soft Gel – jenama Aiwah
- Curmax Tumeric – jenama Apotec yang aku tahu dia bagus untuk rawat luka dalaman
- Air Kelapa Muda
Apa yang aku senaraikan ni tak wajib pun untuk korang follow. Jika korang ada kaeadah rawatan atau ubat yang lebih baik dari apa yang aku senaraikan korang boleh proceed asalkan semua yang korang ambik tu korang tahu cara nak makan dan pastikan ianya selamat.
Tolong jangan terpengaruh dengan macam-macam jenis ubatan yang tiba-tiba muncul macam cendawan tumbuh , yang tiada kelulusan KKM atau yang memberi kesan sampingan sehingga membahayakan kesihatan untuk jangka masa panjang.
Nak buat macam-macam petua pun boleh tapi pastikan bukan yang merepek dan paling penting kena ingat satu perkara ini. Apa sahaja yang korang lakukan, yakinlah semua yang bagi sembuh tu hanyalah Allah. Jangan yakin pada ubat bagi sembuh tapi yakinlah yang Allah yang bagi kita sembuh.
Segala ubat atau makanan yang kita ambil tu hanya untuk menjadi asbabnya sahaja. Tanpa izin dariNya tiada mana-aman ubat dalam dunia ini yang mampu menjadi penawar kepada mana-mana penyakit.
Ok itu sahaja, semoga kita semua berjaya mengharungi segala ujian ini dengan tabah dan dengan hati yang terbuka dan jangan lupa untuk bersyukur selalu.
FOLLOW & SUBSCRIBE
Facebook : Saidila Abdul Rahman Instagram : Saidila Youtube : Saidila Lifestyle
Tengah demam gak ni penangan 2nd dos. Huhuu.. Harap tak lama dan cepat sembuh.
moga cepar sembuh, meh baca sini punca sakit tumit
Fusuy Rima recently posted…5 Rawatan Sakit Pinggang Anda Perlu Tahu
Akak hanya ada pengalaman Dos 1 ajer. Akak harap Dos 2 pun sama macam Dos 1. Bergejala ringan sahaja…Akak punya tempat cucuk tu sakit juga kalau tidur mengiring kat bahu kiri tu. Beberapa hari juga baru ok….Ikhtiar kita kan Saidila. Moga kita semua dilindungi!….
Ezna recently posted…Bagaimana nak memindahkan wang dari Paypal ke akaun kita
Info yang sangat berguna untuk penerima vaksin. Apa perlu dilakukan lepas dapat suntikan. Kalau tidak bergejala alhamdulillah …
Me being so paranoid, I bought thermometer, panadol of all sorts, limau dan vitamin c. But alhamdulilah dua2 dose I takde demam – lapar memanjang!!!
Rawlins GLAM recently posted…Sweet Girl [Movie Review]
good tips sharing. ramai jugak yang tumbang lepas vaksin especially dos kedua. untuk kebaikan semua, moga yang baik2 saja lepas vaksin
Thank you for sharing this! Some people might have to spread negative stuff. But thanks for sharing this positive one!
Nak topup vitamin juga la nanti isnin ni 2nd dose. Moga badan kuat nanti. Tapi memang betul sakit sebab covid lagi nightmare kan sis.
Wah lama jugak eh demam sampai hari ke empat baru sembuh.. iena first dose je demam sehari. Lepastu tak demam. Second dos tak demam lansung. Pening kepala siket je sehari selepas vaksin. Alhamdulillah tak demam hehe
Kesan ikut antibodi seseorang jugak. Apa2 pun artikel yg bagus utk rujukan yg lain
ienaeliena recently posted…Pesan Barang Di Econsave Melalui Whatsapp
teruk juga dila kena lps vaksin ya.. tapi demam gigil, sakit keoala tu mmg antara simpton yg kita akan rasa…sy hr tu ok jugala.. xde demam cuma sakit kepala jer
Bagus perkongsian ni, terutamanya perkara yang kita tidak boleh lakukan selepas mengambil vaksin. Harap semua baik di sana.
Pengalaman mengajar kita kan kak. Saya Alhamdulillah kesan lepas vaksi masih boleh tahan. Dos pertama sakit kepala, kesejukan dalam 4 hari camtu. Dos kedua pula saya cuma mengantuk. Tapi sebagai ibu, takda lah melayan sakit tu. Buat kerja rumah macam biasa, cuma slow and steady. Hahaha. Dos pertama sehari terbaring, celik mata. Tengok rumah ku dah bersepah. Terus kemas, kumpul pakaian, basuh pakaian, lipat baju, masak simple. Rutin mcm biasa. Cuma slow aje kak. Nak baring, anak dtg baring sekali. Tapi duk bercerita pasal game, sekolah, teacher, PdPR semua. Saya response. Ha ha ha ye ye ye. Tp mata pejam. Hahaha.
Ruby recently posted…Terus Aktif Bersama Nu-Prep!
Sama la, but I hanya demam teruk on my 1st jab aritue.. Thankfully 2nd jab i takde symptoms langsung.. maybe badan dah built up to fight kot.. I consume Panadol yang baru tue khas for COVID-19 ehh.. but don’t know why 2nd jab sakit sikit time jab compare to 1st dose..
thanks for sharing your personal experience dan info2 lain ni. bg sy mmg xde side effects lgsg kecualikan sakit kt area injection. pelik jugak kan ada yg deman ada yg x. anyway so happy kita semua dh dpt vaccine 🙂
Benar sekali. Saya juga demam dua hari sehabis vaksin dos pertama di Maret lalu. Beda dengan akak, yang hilang selera makan, saya malah makan banyak. hahaha
Tapi puji Tuhan, vaksin dos dua saya tak ada gejala apa-apa lagi. Semua biasa.
ya benar , efeknya kita semua beda2….semoga kamu sihat2 selalu yer
Terima kasih atas tips dan panduan. Persediaan memang penting untuk kecemasan. Jangan panik dan biarkan simptom awal tidak memberikan apa apa kemudaratan. Alhamdulillah, suntikan dos 1 dan dos 2 tiada apa apa simptom demam dan lenguh lenguh. Syukur sangat.