Tahniah diucapkan kepada PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan juga 10 jenama terkenal makanan dan minuman yang sememangnya sangat trending dan sinonim dengan rakyat Malaysia. dedalam kerjasama Untunglah kita, lepas ini semua pengguna lebuhraya PLUS dah boleh menikmati pelbagai jenis makanan dan minuman kesukaan di R&R PLUS yang terpilih.

Tahniah diucapkan
KERJASAMA 10 JENAMA BESAR DI LEBUHRAYA R&R PLUS
Untuk pengetahuan korang semua, pada Jumaat 5 Oktober 2018 yang lepas bertempat di Banquet Hall Persada PLUS telah berlangsungnya satu majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara Plus Malaysia Berhad ( PLUS ) dengan 10 jenama besar makanan dan minuman.

menanti majlis bermula
Antara jenama-jenama besar yang terlibat dengan pembukaan cawangan masing-masing di R&R PLUS ialah Starbucks , Krispy Kreme , Harolds & Bread , Mohd Chan , Famous Amous , A&W , MyNews , Dunkin Donuts , Kenny Rogers dan Nasi Kandar Line Clear.
Menurut Pengarah Urusan PLUS , Datuk Azman Ismail,
“Kami perlu mengakui bahawa citarasa pelanggan juga turut berubah dengan peredaran masa. Bedasarkan kepada beberapa kajian pasaran dan kajian pelanggan, kami telah mengenal pasti beberapa segmen pelanggan serta corak atau tabiat perjalanan mereka di lebuh raya . Justeru strategi kami pada ketika ini adalah memberi fokus terhadap jenama-jenama yang mempunyai pengikut yang besar. Bermula tahun ini, kami akan berkolabrasi dengan lebih banyak jenama lain untuk beroperasi di R&R kami.”
Bagi aku ini satu tindakan bijak pihak PLUS yang memahami kehendak pengguna. Pastinya perjalanan jauh kini menjadi lebih seronok dan bersemangat bila sampai masa untuk kita berhenti di kawasan rehat dan dapat pula menikmati makanan-makan yang kita suka.

idola aku , Dato Haji Mohd Chan dan anaknya Dato Nik

kerjasama hebahan antara pihak PLUS dan Blogger juga patut diteruskan
PROJEK MENAIK TARAF KAWASAN REHAT
Selain dari kerjasama bersama 10 jenama besar, PLUS juga turut membuat penambahbaikan dan menaik taraf beberapa kawasan rehat terpilih.Makin menariklah lepas ni kawasan rehat. Penat-penat memandu bila tengok kawasan rehat pulak bersih dan cantik , hati pun jadi senang. Nak-nak bila kena memandu jauh bersama keluarga atau kawan-kawan.
“Projek penambahbaikan yang pertama telah dilaksanakan di R&R Rawang (Arah Utara) di mana kawasan rehat tersebut telah menjalanai pengubahsuaian rekaan dalaman berkonsepkan minimalis.Program seumpama ini akan turut dijalankan di R&R Machap (Arah Selatan), Gelang Patah (Arah Selatan) dan Restoran Jejantas Sungai Buloh.
Projek menaiktaraf R&R pula akan melibatkan pembinaan insfrastruktur dengan konsep, rekaan dan tema yang baharu dan ia akan dilaksanakan di R&R Seremban (Arah Selatan) dan Hentian Sebelah Bukit Gantang (Arah Selatan) pada tahun 2019,” jelas Azman.
PROJEK PERINTIS PEMBAYARAN TANPA TUNAI
Adakalanya kita tak punya wang tunai atau kurang gemar memegang wang tunai ditangan. Itu memang perangai aku. Aku lebih suka dan rasa lebih selamat menggunakan transaksi secara online.
PLUS juga telah memperkenalkan projek perintis pembayaran tanpa tunai menerusi Aplikasi BOOST di R&R Ayer Keroh (Arah Selatan) serta pembayaran tanpa sentuh menerusi Visa Paywave di R&R Dengkil (Arah Utara).
Terus aku install apps dan topap Rm30 dalam akaun BOOST. Nak guna bila2 nanti pun senang.
Selamat Mencuba !
GAMBAR SEKITAR MAJLIS
Antara perubahan yang amat dinantikan…tak sabar la nak bercuti gini
SalinaJohari recently posted…Promosi September 2018 Bangi Wonderland
Wahhh.. lagi meriahlah RnR lepas ni kan…banyaklah tempat nak berhenti lepas ni.
Suka A&W … Best laaaa nanti R&R hentian rehat PLUS, ada pelbagai pilihan nak makan
Nina Mirza recently posted…Sedap seyhhh Menu Baru Ayam Kampong kat DAPUR PENYET
wah.. bgs lah. xde la boring rnr. huhu
YB Shehan recently posted…PERTAMA KALI MELANCONG KE KOREA? INI PERKARA YANG PERLU ANDA TAHU
malaysia baru nak start guna “e-wallet” (aplikasi BOOST ialah salah 1 aplikasi ewallet) ,tapi kat negara lain dah lama guna kaedah ni. Baguslah, good start for a new malaysia.cuma kaedah ewallet kat malaysia ni kena buat banyak improvement lagi.
Btw,inisiatif pihak PLUS buat collabs dengan syarikat2 besar tu 1 langkah yg bijak. Sebab ramai millenials berhenti makan kat r&r hanya semata2 sebab nak makan kedai favourite dia jer, kalau x de tak berhenti. Contoh macam kat Hentian Genting Sempah, rasanya kalau tak de McD kat situ, tak ramai orang akan stoo berehat kat situ.
Wahh makin selesa laa perjalanan balik kampung pasni, terbaik lah inisiatif ni.
Tahniah plus untuk kolaborasi best kali ni , terbaik
kemudahan yang terbaik tq PLUS
Terbaik lah kolaborasi rnr. Jenama semua best-best.
Lepas ni berehat sakan la kita ea. Balik kampung pun takde masalah, ada starbucks haa
Mariana recently posted…Customized hadiah farewell dengan A2 Online Gift Shop
Bestnya, lepas ni banyaklah pilihan makanan sedap² kat RNR.
Projek penambahbaikan yang bagus untuk semua. Banyak pilihan lepas nie
okay my next vacay for sure kena singgh sini. hihi
meriah la RNR kalau ade makanan semua ni..hehee..Semua jenama yang terkenal pulak tu..terbaikla
lagi meriahh la pasni rnr
Makan tak hingat donia… Mentang semua sedap makanannya.. Hehehe