Hangat sudah kisah Abang Burger kena kompaun sehingga 50K sebab langgar SOP semasa negeri dibawah perintah PKP. Selang sehari dua lepas tu keluar lagi berita Peniaga Colek dan Peniaga Kedai Runcit juga dikompaun 50K atas sebab yang sama.

Wow ! ini sudah lebih. Sebagai rakyat marhaen ofkoslah rasa marah dan rasa dianiaya oleh pihak berkuasa. Sedangkan ada orang kenamaan, artis, instafamous , founder produk yang terang-terang langgar SOP tak pulak kena kompaun serta merta. Lagi pihak berkuasa sengaja melengahkan masa dengan membuka kertas siasatan dulu adalah.
Ok ok faham semua orang marah rasa tak patut sebab kena double standard. Aku sendiri geleng kepala sampai kata apalah nak jadi dengan Malaysia nih. Nak pindah duduk New Zealand lama lagi pulak rasanya.
Tup-tup keluar pulak screenshot ni. Ahh sudahh. Dah nak kena kaji pulak. So aku letak dulu kat FB mana tahu nanti dapat lebih lagi maklumat baru boleh ulas lanjut.

Yang screenshot kat bawah ni pulak satu hal. Tapi lepas aku teliti ayat-ayatnya aku rasa pengguna FB ni dia hanya ambik komen-komen orang dan gabungkan jadi 1 post komen. Sebab tu ramai yang tak faham apa yang dia nak sampaikan.

Netizen pun janganlah pergi serang-serang mereka macam orang takder akhlak. Jangan terlalu ikutkan hati yang panas dan marah tu, kita tenang-tenang sudah.
Polis Yang Hanya Menjalankan Tugas
Cumanya dari pandangan peribadi aku, Polis tersebut hanya menjalankan tugas. Secara logiknya juga Polis jarang nak bertindak kalau tiada aduan berulang. Polis pun manusia biasa jugak ada hati dan perasaan dan juga budi bicara. Mesti ada missing part mana-mana hingga menyebabkan ianya terjadi.
Pernah sekali aku kena tahan dengan Polis sebab tak renew insurans kereta lagi. Masa tu memang Road Tax tak boleh renew dan DD pulak terlewat renew insurans sebab lupa. Tapi atas budi bicara pegawai tersebut lepaskan aku dengan syarat aku kena renew insurans secepatnya untuk mengelak dari ditahan lagi dan disaman. Adakah pegawai tersebut bersikap double standard ? Sebab aku bukan sesiapa.
Jadinya, sebagai rakyat pulak sungguh pun terdesak untuk mencari rezeki kita tetap kena patuh undang-undang. Jangan sesekali untuk samakan situasi kita dengan orang lain. Maksud aku jangan sebab ada orang langgar SOP dan undang-undang dia lepas so kita pun nak buat benda yang sama. Risaunya bila nasib baik tak menyebelahi, diri sendiri pula yang terperangkap.
Jujur kata yer masa PKP kali pertama tahun lepas boleh pula kita masuk jer waktu Maghrib semua dah duduk diam-diam dalam rumah. Lepas tu bila perniagaan dah boleh dijalankan. Siang tu boleh pula semua standby beli apa-apa keperluan untuk dimakan.
Aku yang duduk dalam kampung tersorok ni pun susah nak beli sebiji burger bila teringin sebab semua kedai dalam kampung ni sharp pukul 8 malam semua tutup. Tu yang lama-lama aku beli jer bahan nak buat burger dan buat sendiri.
Terima kasih pada Neelofa yang sudi nak bantu abang burger tersebut selesaikan bayaran kompoun walaupun dia sendiri juga di kompoun 60K.
Betul tak betul atau jadi tak jadi itu belakang cerita. Lagipun aku ada baca jugak yang Pemuda PAS di sana pun turun padang beri bantuan untuk selesaikan kompaun untuk abang burger nih.

Harap-harap nanti ada juga yang turun dan membantu Peniaga Kedai Runcit dan Peniaga Colek yang dikompuan dengan jumlah yang sama.
4 Isu Kompau Yang Telah Diselesaikan
Yang no 4 tu mesti ramai netizen suka baca ,“kita beroleh kemenangan yang pertama …”
1. Enam Pelajar matrik Perak yang dikompaun RM1.5K tidak perlu buat bayaran.
Sumber : https://www.astroawani.com/…/pelajar-matrikulasi…

2. Pengusaha kecil dikompaun RM 50K, Menteri Undang-Undang menyatakan pengusaha perniagaan boleh dikompaun maksima RM 10K sahaja. Itu pun boleh dibuat rayuan dan diskaun lagi.
Sumber : https://www.facebook.com/112510087040722/posts/285924839699245/
3. Polis Kelantan sudah menyatakan akan memanggil kembali mereka yang dikompaun, dan dikompaun mengikut garis panduan sewajarnya.
Sumber : https://www.facebook.com/681910402010238/posts/1719725408228727/
4. Neelofa didenda RM 60K tanpa diskaun. Denda dan tidak boleh diskaun.
Sumber : https://bit.ly/3vfVYXg

Apapun berbaliklah pada undang2 dan patuh pada SOP.
Comments