Aku menulis ni pun dek kerana terkesan dengan luahan seorang kawan blogger yang menulis tentang bertapa hancur hatinya bila satu sekolah tadika yang dirahsiakan namanya telah menolak harapan seorang anak kecil yang begitu gembira riak wajahnya pada hari pertama ke sekolah .
Tapi bila si ibu mendapat perkhabaran “maaf puan , kami tak dapat menjaganya …” aku cuma mampu tersenyum pahit yang tidak terlihat oleh sesiapa . 150kmj ingatan aku merempit kembali di saat aku menghadapi situasi yang sama tapi lagi kritikal rasanya .
Aku pernah tulis pasal nih tapi aku tak ingat samada kat blog ker kat fb ker kat laman sosial mana tahhh aku meluahkan rasa sedih dan patah hati akibat sorang anak aku di nyahkan dari sekolah “mereka” . Bukan sekali tapi 3 kali ker 2 kali ….tak ingat plak…yang pastinya lebih dari sekali .
Masa umur 4 tahun lagi Maya Zaara dah aku hantar ke sekolah mengikut jejak langkah kakak dan abangnya . Orang kata kecik lagi kot nak hantar budak 4 tahun ke sekolah . Tapi sebab aku sedar aku tak sekolah tinggi mana , kalau anak aku bodoh pun nanti aku jugak yang dikatanya ….yer dakkk ?
Maya Zaara ni seingat aku hari pertama sekolah pun dia dah berguling atas lantai , nangis dan segala mak nenek macam perangai pelik keluar siap menggigit cikgu lagi . Tapi cikgu kata takper diorang akan handle Maya Zaara dengan sebaiknya . Diorang kata diorang tengah pikir camner cara nak tackle budak yang seperti ini . So aku diminta bersabar .
Aku pun ok , sebulan dua dia pergi sekolah tapi dia langsung tak belajar dan tak nak buat apa-apa kerja seperti kawan-kawannya yang lain . Dan dia juga tak berkawan . Masuk bulan ke tiga dah mula nampak perubahan sikit .
Masa tulah aku boleh tarik nafas lega . Dia dah mula rasa seronok nak pergi sekolah . Walaupun dia masih tak nak belajar . Maksud tak nak belajar tu bila cikgu suruh ulang balik apa yang cikgu cakap dia buat derk jer . Panggil ke depan untuk diajar one by one pun dia tetap tak nak buka mulut .
Aku yang dengar pun stress apatah lagi cikgu yang ditugaskan untuk mendidik dia .
Akhirnya baru masuk bulan ke empat persekolahan , cikgu dan dia dah mula nampak ada persefahaman sekali lagi ujian menimpa keluarga aku . Bapa mertua aku pulak jatuh pokok dan meninggal dunia .
Dalam tempoh aku balik ke Puchong tu , mak buat permintaan yang tak mungkin aku dapat tolak . Mak nak aku sekeluaga balik menetap di Puchong untuk temankan mak yang dah keseorang di rumah . Aku dan dd bersetuju tanpa banyak soal .
Masa tu kakak dah darjah 1 , babang 5 tahun , Maya Zaara 4 tahun dan Cinta 2 tahun . Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan perpindahan sekolah anak aku terutamanya yang melibatkan PPD dan JAIS .
Ramai yang pelik bila aku dapat masukkan anak aku ke sekolah yang memang susah nak masuk hanya dengan 1 kali permohonan sahaja . ( sebenarnya itu berkat sebab taat pada permintaan mak )
Kuasa Allah kan sapa boleh lawan ? Akhirnya kakak berjaya ditempatkan di SK USJ 20 dan SRA Batu 13 Puchong pada hari yang sama borang permohonan di hantar .
Selesai 1 bab , aku ngan dd cari pula tadika yang sesuai untuk babang dan Maya Zaara . Aku cari tadika yang sama brand dengan tadika yang sebelumnya . Jadi dah tak perlu nak beli baju seragam dan buku yang lain . Kat sinilah bermulanya perang perasaan dan psikologi antara aku , cikgu dan Maya Zaara bermula .
Sekolah Bukan Sebuah
Dia kembali memberontak , tantrum dan segala macam mak nenek perangai di keluarkan . Orang kata jangan manjakan sangat , biar jer nangis pandailah cikgu handle . Tiap-tiap hari aku kena tangkap dia yang tak nak ke sekolah walaupun dah sampai sekolah . Tiap-tiap hari cikgu pun kena main kejar-kejar dengan dia sebab dia tak nak duduk diam .
Tiap-tiap hari dia meraung depan pintu sekolah yang ditutup . Tiap-tiap hari dia buat percubaan terjun tingkap VAN dan pernah buka pintu VAN yang sedang berjalan sebab dia tak nak ke sekolah . Mujur makciknya sempat pegang kaki dia . Kalau tak ? Dan setiap hari ada yang jadi mangsa gigitan dia .
Kau rasa ?
Yer aku sedih , kecewa dan patah hati bila pikir anak aku sorang ni dah kenapa ? anak aku ni ada masaalah otak ker ? anak aku ni dah tak betul ker ? anak aku ni jiwa kacau ker ? anak aku ni kena rasuk setan ker ? ( kebetulan masa umur dia tu dia memang boleh nampak benda – benda halus )
Gigih aku jaja anak ketiga aku dari satu tadika ke satu tadika yang lain dengan harapan adalah cikgu yang sudi nak didik sorang lagi bakal murid yang “perangai” dia ada lain macam sikit . Tak sama macam kakaknya jauh sekali nak sama dengan abangnya .
Aku tak pernah sorok perangai sebenar anak aku . Sebelum daftar aku dah terangkan anak aku ni spesis yang camner . Supaya diorang bersedia . Dengar jer camtu terus kena reject . Ada yang tak reject tapi tak sampai seminggu sekolah cikgu besar dah komplen yang anak aku ni menyusahkan cikgu-cikgu . Wang pendaftaran pun dipulangkan separuh .
Ada cikgu pulak bagitahu anak aku tak nak buat apa-apa kecuali duduk di satu sudut belaknag pintu sampai tiba waktu balik dan dia kata dia tak boleh nak ajar budak macam anak aku .
Aku kutip anak aku bawa balik dan aku berhentikan dia sekolah terus . Dalam setahun tu adalah 3 kali bertukar tadika . Aku tahu anak aku bermasaalah . Jadi aku tak salahkan cikgu dan sekolah yang reject anak aku .
Masa nak masuk umur 6 tahun Maya Zaara masih tak boleh membaca dan kenal huruf langsung . Tapi dek kerana aku memegang konsep sekolah bukan sebuah , maka aku google dalam internet sekolah yang berdekatan dengan aku tapi sesuai untuk dia . Jauh sikit pun tak apalah janji dia nak sekolah dengan gembira dan dengar cakap cikgu .
Aku tunjuk pada dia tiap-tiap sekolah yang ada dan dia sendiri memilih sekolah apa yang dia rasa ok di pandangan matanya . Aku ikutkan jer kehendak dia . Aku , dd dan dia akan gi usha dulu sekolah-sekolah yang dia nak berkenan . Macam buat site visit gitu .
Last-last dia pilih Tadika Sinaran Intelek di Putra Heights . Walaupun yuran dia berganda dari sekolah-sekolah yang lain . Aku dan dd dah bersedia untuk ikat perut . Guru besar Puan Ros pun baik hati dan memahami sangat situasi kitorang sampai sanggup bagi kitorang bayar wang pendaftaran secara ansuran .
Walaupun dia masih ada lagi perangai keras kepala tapi Alhamdulillah berkat usaha Puan Ros dan cikgu-cikgu kat situ Qaseh Maya Zaara dapat belajar dengan cepat . Dia boleh kenal ABC , membaca bahasa Malaysia , English dan mengira dalam tempoh tak sampai setahun . Cikgu-cikgu di situ juga sanggup luangkan lebih masa untuk mengajar dia .
Syukur akhirnya pencarian aku dan dd untuk sebuah sekolah yang baik untuk anak aku dah pun berakhir . Walaupun sebelum tu pelbagai kata tohmahan tentang cara aku mendidik anak di persoalkan .
Kerana ALLAH Menguji Dan Dia Adalah Ujian Buat Kami
Mana taknya , bila aku terlalu fokus pada dia orang kata aku manjakan dia sangat , bila aku biar orang kata aku terlalu memaksa . Padahal orang tak tahu hati aku ni dah remuk redam lepas orang asyik kata dia begitu begini sejak dia lahir .
Berat badan setiap bulan tak naik sampai aku terpaksa menipu nurse tiap kali ke klinik untuk sesi perkembangan dan timbang berat badan bayi tiba . Aku tipu sebab aku tak nak anak aku jadi bahan ujikaji . ( masa tu aku dimomokkan dengan makcik-makcik bawang yang katanya diorang akan ambik air tulang belakang anak aku kalau anak aku terus-terus bermasaalah )
Sejak umur 6 bulan dia dah warded sebab paru-paru berkuman’lah ada brongitis’lah ( ker camner nak eja ) dan macam-macam lagi penyakit . Aku elak dari program pemakanan untuk naikkan berat badan dia masa umur dia 3 tahun .
Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah . Dan barang siapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. ” Surah At –Taghabun Ayat 11
Dan dia kena cucuk BCG sekali lagi masa umur 4 tahun sebab parut BCG dia tak timbul selepasa pemeriksaan badan dijalankan .
Paling banyak keluar masuk hospital , hidung kerap berdarah dan mudah jatuh sakit . Paling terbaru dia masuk hospital selama 10 hari masa bulan 8 tahun 2015 . Aku tengok video ni bergenang balik air mata aku sebab aku tahu dia sakit dan dia sentiasa perlukan aku dan dd untuk melindungi dia . Masa tu berapa banyak air mata aku tumpah pun aku tak tahulah .
Masa ni keluarga dan kawan-kawan blogger KBBA yang banyak membantu menceriakan aku walaupun sekadar dalam group wasap . TQ korang terutamanya pada yang sudi meluangkan masa untuk datang melawat .
Aku dan dd hanya mampu berusaha berikan yang terbaik untuk dia . Tu belum campur lepas aku bersalinkan dia aku kena Bell Palsy ( lumpuh sebelah muka ) dan waktu tu sebenarnya kat otak aku dah ada tumor cuma aku jer yang tak tahu sebab tak buat pemeriksaan .
Apapun yang terjadi kini dan akan datang aku dan dd tak pernah tahu tapi aku akan pastikan aku dah bersedia untuk menghadapinya dengan redha . Allah memberi rezeki kepada kita dalam pelbagai cara , Allah memberi ujian kepada kita juga dalam pelbagai cara .
Tidak ada satu musibah yang menimpa setiap muslim, baik rasa letih , sakit, bingung, sedih, gangguan orang lain, resah yang mendalam, sampai duri yang menancap di badannya, kecuali Allah jadikan hal itu sebagai sebab pengampunan dosa-dosanya.” HR. Bukhari
erm. speechless.. let’s follow the flow. May Allah bless us..
Bronchitis.
YB SHEHAN recently posted…KELAS BELAJAR BUAT BLOG, WORDPRESS DAN SEO BERSAMA MYSCREATIVE
Apasalla..cerita semua nk.bg org.menagis ni..heheh..
umminani recently posted…Kelayakan, Gaji Dan Tugas Inspektor Polis
Moga dipermudahkan segala urusan untuk maya zaara dan dila sekeluarga. InsyaAllah maya zaara akan jadi anak yang solehah dan berjaya, Amin…
Mama Kembar 3 recently posted…Mama Ni Pelik Ke?
Semoga dipermudahkan segala urusan…Allah ade bersama kita…
welcome back saidila.. inilah blogger saidila yang ku kenal dulu.. suka tulisan dila macam dulu2.. live dr hati.. semoga maya zaara terus sihat dan jadi anak yang solehah ye nak..
rozita recently posted…Hari pertama persekolahan dan hadiah hari lahir Part 2
Allah uji sbb dila kuat. moga yang terbaik saja utk dila dan anak²
mas saari recently posted…Group whatsapp sekolah