Asalamualaikum…..

Lega rasanya bila tahun ni akhirnya sekolah menyediakan kertas periksa untuk ibubapa menilai sendiri tahap kemampuan anak2 dalam meguasai semua mata pelajaran….idakler guna band semata….aku pun tak tahu apa motif penilaian band tu….kalau guru2 pun komplen…ibubapa apatah lagi…..aku bukan sekolah tinggi nak paham kaedah2 band2 ni…….seingat aku cikgu pun tak berapa nak pandai terangkan kat ibubapa yang kekampungan cam aku ni…..

Padahalnya aku faham…cuma rasa cam tak sesuai dan tak nampak apa kemajuan pada anak2….kadang ada satu2 matapelajaran tu aku rasa anak aku bagus dan faham…tapi awat dapat band 3….kan sistem band ni dinilai melalui pemahama murid2 sendiri…..hurmmmm tapi camtulah…malas aku nak pertikai….bukan aku pun menteri’nya…..

Oklah….kali ni aku nak paparkan keputusan peperiksaan pertengahan tahun….result ni aku baru gi tengok semalam….tapi….masih juga aku tak faham lagi satu kaedah….cikgu ada keluarkan satu slip yg sama untuk ibubapa tanda tangan…tapi slip tu cikgu yang simpan dan tiada salinan untuk ibubapa…katanya kalau nak salinan kena bukak dan print kat sini —> http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/menu.php 

Sokehlah kalau kat rumah ada komputer ada internet dan printer semua…kalau yang takder camner….???cam aku alhamdulillah semua ada…jadi bila cikgu cakap camtu aku pun ok saja….tapi aku tau bukan semua rumah atau ibubapa ada telepon pintar ada komputer ada internet dan printer…mungkin ada yg buta it….kita tak tau….slip keputusan yg kat bawah ni aku screenshot dari web yang dibagi….

Harap2 lain kali sisitem REPORT CARD akan diguna pakai balik….percayalah…..cikgu2 pun lebih suka guna sistem MANUAL untuk isi Kad Laporan Kemajuan Pelajar berbanding sistem teknologi yang nampak cepat tapi hakikatnya lebih lambat dari segala siput yang ada dalam dunia ni……

Ok sambung tadi…..

Memang amat mengejutkan aku…keputusan diluar dugaan….budak yg disangka macam tak berapa nak cemerlang…boleh dapat keputusan yang amat cemerlang…..cikgu pun terkejut…..

Tak sia2 aku membebel, memaksa dan buat segalanya untuk kecemerlangan anak2…Doa itu yang paling penting…selepas itu baru usaha….selepas itu baru ikhtiar dan tawakal…. = DUIT

Diumumkan yang paling cemerlang…..ialah Qaseh Maya Zaara

Keduanya ialah babang Adam Darwisy

Ketiganya pula kakak Fatin Humairah

Mungkin selepas ni aku akan letak keputusan peperiksaan dan pencapaian akademik anak2 aku dalam blog ni….satu hari nanti bila diorang dah besar…aku plak dah tiada….dunia pun belum kiamat….bolehlah diorang tengok2 camner keputusan pelajaran diorang masa kecik2 dulu…..kan kan kan

Bila tengok ni…bukan saja anak2 kena usaha…aku selaku mak diorang pun kena usaha lebih dan cari alternatif baru untuk mempertingkaktkan prestasi dan penguasaan anak2 dalam mata pelajaran yang diorang lemah…..

Nak bagi harta takder…..ilmu jerlah yang mampu aku berikan buat masa depan anak2 menempuh alam dunia ni…..dunia makin hari makin mencabar dan makin sulit dengan pelbagai godaan dan karenah masing2…..

Pesanan kepada anak2 —> harap anak2 semua akan terus cemerlang….yang kurang sila pertingkatkan lagi usaha…doa jangan sesekali lupa….jangan bangga dengan ilmu atau usaha kepandaian yang sedikit….jangan hina dan mengata orang yang lebih lemah….kadang kita berjaya kadang kita akan gagal….semua itu adalah ujian dari Allah swt…..

Categorized in: