Speechless betul aku semalam di buatnya bila aku terima satu parcel yang sangat aneh pengirimnya. Kebetulan waktu parcel sampai aku keluar beli barang-barang sekolah anak.
Sampai rumah terus anak aku hulur parcel , katanya “mama ini mama punya barang..”
Aku pun cek nama pengirim, tapi aku tak kenal siapa. Aku fikir ni parcel untuk aku review agaknya. So aku pun shoot video dan ambik gambar. Lepas tu baru aku tanya dalam group blogger if ada sesiapa terima parcel macam aku jugak. Tapi semua kata takder.
Ahh sudah….!

Aku cek dekat FB nama pengirim di kotak. Ok jumpa , tapi dia ni bukan kawan aku pun. Dalam mutual dalam senarai follower pun takder nama yang aku kenal. Pengirim yang bernama Siti Nur Nabila Syifa tu pula memang membuat bisnes Gift Box.
Gift box tu berisi kaftan yang sangat lawa , shawl , hand sock dan juga inner kalau tak silap aku. Dahlah saiz kaftan tu ngam jer dengan aku. Dan kawan aku tu pun macam tahu yang aku suka pakai shawl.
Sudahnya sampai ke sudah aku binggung. Lagi-lagi bila ada nota kecik yang ditampal dekat kotak berbunyi begini “kawan yang sentiasa merinduimu…”

Lagilah bertambah blur-blur itik aku dibuatnya sebab aku rasa aku tak ada kawan yang akan buat perkara-perkara berunsur kejutan begini.
Kalau dari cara ucapan tu macam dia ni pernah berkawan baik dengan aku. Mungkin atas sebab tertentu kami berpisah dan terus tak jadi serapat dulu tapi dia masih sentiasa rindukan aku hingga ke saat ini.
Mungkinlah.
Aaaa so sweet. Tapi at the same time buat aku pening memikirkan siapakah dia. Kenapa dia nak berahsia dari aku ? Kenapa dia tak nak letak jer nak dia sebagai pengirim ?
“persoalan demi persoalan , membelenggu akal dan fikiran , tidak ku temu jawapan…” – Ziana Zain
Terfikir jugak nak tanya pada yang hantar. Tapi bila fikirkan balik. Aku rasa tak perlu untuk aku bertindak sejauh itu. Kalau dia nak aku tahu siapa dia mesti awal-awal dia dah letak nama dia sebagai pengirim hadiah.
Sebagai kawan aku tak patut siasat niat baik dia pada aku. Mungkin itu caranya untuk dia tunjukkan pada aku yang dia masih rindukan aku sebagai seorang kawan.
Dan dalam pada aku menangisi nasib tak punya kawan rupanya aku benar-benar masih punya kawan.
Aduhh tiba-tiba sebak dan sedih pulak rasa hati ini. Teruk sangat ker rindu dia pada aku sampaikan dia tak mampu nak text aku dan beritahu aku yang dia rindu aku. Yang hanya dia mampu lakukan hanya hantar hadiah sebagai pengganti diri.
Tiba-tiba aku rasa bersalah dan rasa tak layak pulak ada kawan seperti dia. Allahuakbar !
Dear “kawan yang sentiasa merinduimu..”
Pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih. Apa yang kau lakukan ini sangat-sangat bermakna buat aku. Aku akan hormati kerahsiaan yang kau tak ingin aku tahu. Tapi percayalah yang hadiah yang kau kirimkan pada aku ni sebenarnya sangat-sangat aku hargai, sangat-sangat buat hati aku tersentuh dan dalam masa yang sama ianya buat aku sedih dan gembira dalam satu masa yang sama. Pertamanya aku sedih sebab aku tak tahu kau kawan aku yang bernama siapa dan keduanya sebab aku gembira aku ada kawan seperti kau dalam hidup aku.
Aku tak tahu apakah masalah yang telah berlaku antara kita hingga kau begitu ingin berahsia dengan aku. Aku mahu jika kau melihat aku gembira aku juga ingin berkongsi rasa gembira aku dengan kau.
Maafkan aku jika selama aku pernah berkawan dengan kau aku tak pernah memberikan kau apa-apa baik hadiah mahupun kegembiraan sebagai seorang kawan.
Aku hanya mampu berdoa semoga Allah memberikan balasan dan ganjaran yang berlipat kali ganda atas usaha kau membuat aku tersenyum bahagia seperti hari ini.
Dear “kawan yang sentiasa merinduimu”
Aku juga ingin kau tahu , walaupun kini kita mungkin tak sehaluan lagi tapi jika kita pernah melalui saat suka dan duka bersama percayalah yang aku juga adalah kawan yang juga sentiasa merinduimu.
Persahabatan yang tiada berpenghujung kan kak …
Alhamdulillah ada kawan yang mengingati dan merindui. Saling merindu, didoakan nanti dapat berjumpa dan berpelukan.
Part lagu tu otomatik nyanyi bukan baca. huhuhu