Baru-baru ni nama Minyak Herba Asmak keluaran Syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd mula menjadi fenomena dikalangan netizen dan para blogger Malaysia . Sebelum ni Minyak Herba Asmak juga dikenali sebagai Minyak Herba Asma tapi disebabkan atas beberapa faktor maka Minyak Herba Asma kini di eja dengan tambahan ‘k’ iaitu Asmak .

Aku sendiri pun wondering nak tahu apa sebenarnya minyak asmak nih . Minyak ni untuk apa ? minyak untuk pesakit asma jer ker ? untuk sakit apa lagi ? elok ker ? dan macam-macam persoalan lagi .

Akhirnya beberapa hari sudah aku terima juga sebotol minyak herba asmak untuk dicuba . Aku suka cuba pelbagai jenis minyak tradisonal sebab kalau baik untuk aku pastu mesti aku akan kongsi dengan mak aku , keluarga aku dan kawan-kawan aku serta follower-follower aku ….**aku ada follower kerrr ? ehehehehe…tanya jerrrr

penawar-asma

Malas nak sembang panjang-panjang….kang korang tak baca info-info penting yang patut korang ambik tahu . Sehinggakan dek kerana bagusnya minyak herba asmak ni sampai ada yang sanggup buat minyak tiruan menggunakan nama minyak herba asmak nih .**thats why’lah kot nama tu ada perubahan 

minyak-herba-asma

minyak herba asmak yang pekat dan berbau herba yang sedap

Makanya…sebelum korang men beli jer sebab terpengaruh ngan promosi aku , eloklah korang ambik tahu sedikit sebanyak pasal Minyak Herba Asmak yang ORIGINAL . Jangan terbeli yang pelesu sudahlah yer .

minyak-herba-asma-mujarab-sdn-bhd

cool idea …kotak minyak herba asmak boleh dijadikan tabung

Untuk sebarang maklumat dan pembelian minyak herba asmak ni korang kena scroll sampai habis sebab yang kat bawah ni aku nak bagitahu kat korang apa kesan-kesan dia selepas aku sendiri guna .

Senang cer… hasil minyak herba asmak ni memang sangat WOW !!! aku kata wow sebab aku sendiri guna dan memang sangat-sangat berkesan .

Bagus Untuk Sakit Kepala

Kat bawah ni aku bagi terus kesan selama aku guna minyak herba asmak nih….ada penyakit yang dapat kesan serta merta dan jugak baik dengan kesan jangka pendek .

Tepat pada masa ketika itu aku sedang mengalami sakit kepala melampau , lepas baca keterangan pada flyers yang disertakan terus aku koyakkan seal plastik hijau dan sapu kat dahi dan urut sikit kat kepala . Kesan segera berlaku , dan -dan terus cerah biji mata aku .

Berkesan Untuk Merawat Sakit Tumit Kaki Yang Keras Kaku

Pastu sabtu semalam lepas masak untuk kenduri , tumit ngan betis aku punyalah sakit sebab banyak ke hulu ke hilir buat kerja . Settle semua kerja aku terus sapu kat betis dan urut sehala . Perlahan-lahan terasa urat-urat mula lembut dan bila aku bangun nak berjalan tak derlah sampai rasa macam pijak atas kaca .

Rupanya tumit aku dah keras kaku , tu yang bila pijak lantai tapi rasa macam atas kaca jer bila bangkit dari tidur .

penawar-asma-pada-bayi

rawat tumit dengan minyak herba asmak

Nak lembutkan tumit tu balik tiap malam sebelum tidur aku sapu minyak asmak nih kat tumit dan urut perlahan-lahan . Masuk hari ni dah hari ketiga aku urut tumit aku guna minyak herba asmak nih . Alhamdulillah sangat tumit aku dah semakin kurang keras dan .

Kalu korang ada masaalah sakit tumit kaki keras better korang cepat-cepat beli minyak nih . Tak habis sebotol pun aku gerenti mesti berkesan . Sekarang ni tumit aku dah mula lembut dan tak rasa sakit bila nak menapak .

Jadikan Minyak Herba Asmak Sebagai Penawar Asma Pada Bayi

Yang ni aku baca dari ribuan testimoni yang ada “minyak herba asmak mujarab sebagai penawar sakit asma “. Tapi apa salahnya kita guna pada bayi yang takder asma sebagai langkah pencegahan . Why not kan…? oleh kerana cuaca sekarang tak panas sampai ke petang , aku sapu minyak herba asmak ni pada cucu aku si Iyadh .

Minyak Herba Asmak Sesuai Untuk Bayi

Sapu kat perut Iyadh untuk kurangkang dan elakkan kembung . Sapu juga pada tapak kaki Iyadh untuk elakkan sejuk dan elok untuk aktifkan saraf-saraf akupuntur .

Sapu dan urut-urut sikit pada belakang Iyadh juga untuk betulkan urat-urat Iyad sebab kerap diangkat ke sana sini , kalau korang nak tahu baby ni sakit urat belakang bila korang pegang kawasan tu dia rasa panas dan menangis , makanya kena rajin jugak urut bahagian belakang baby dengan minyak yang sesuai .

minyak-herba-asma

Minyak ni tak panas pun , so tak payahlah nak risau kalau tertuang lebih kat baby . Lepas pekena minyak asmak ni….sedap pulak aku tengok si Iyadh ni tidur .**wanchu nak tumpang tidur gak aaa cenggini

1 Rumah 1 Minyak Herba Asmak

Serius setiap rumah wajib ada sebotol dua minyak herba asma ni disebabkan beberapa fakta ini :

Berikut fakta yang MESTI anda tahu tentang produk keluaran MHAMSB

Apakah KEISTIMEWAAN menggunakan Minyak Herba Asma yang dikenali kini dengan nama Minyak Herba Asmak ( MHAM ) ?

Kami ambil masa yang lama untuk menjalankan R&D minyak ini agar ianya selamat dan berkesan lebih cepat.

Kandungan Minyak Herba Asmak yang telah menjalani R&D lebih selamat,lebih suci,tidak “overdose” bahan tertentu dan tidak mengandungi bahan aktif yang tinggi.

Minyak Herba Asmak juga lebih mesra kulit di mana peratusan alahan pada herbanya tersangat rendah.

Minyak Herba Asmak lebih cepat menyerap di kulit,sebab itu ramai yang mengakui keberkesanannya jauh LEBIH CEPAT.

Minyak Herba Asmak berangin dan ianya mengikut piawaian yang ditetapkan.

minyak-herba-asmak

Kegunaan Lain Minyak Herba Asmak

Minyak Herba Asmak bukan sahaja berkesan untuk asma , semput , lelah , batuk , kahak , selsema , gigitan serangga , luka dan  terkena api . Tetapi juga berkesan untuk sakit perut , bengkak , lenguh , buasir , sembelit , senggugut , membantu melancarkan darah , sakit kepala , migrain , resdung , sakit gigi , strok dan ulser .

Cara Guna Minyak Herba Asmak

Cara paling asas : Sapu di leher dan ke dada , ke tengkuk dan ke belakang .

Cara yang lebih terperinci pula akan di bimbing oleh ejen sah MHAM berdasarkan jenis masaalah dan sakit yang dihadapi .

( video ) Ketahui 5 Tanda Awal Penyakit Asma

https://www.youtube.com/watch?v=bgMrD0kVBq0

Jaminan dari Syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd

Mereka yang mendapatkan Minyak Herba Asmak akan diberikan rundingan cara pakai mengikut masalah yang dihadapi dan biasanya akan dipantau oleh pengedar sah yang mempunyai ID.Malah pelanggan digalakkan berhubung dengan pengedar yang berkenaan sama ada untuk sebarang masalah berkaitan atau berkongsi pengalaman mencuba.

– Kami memberi jaminan kesucian dan keselamatan produk kepada pengguna.

– Pastikan anda mendapatkan minyak dari pengedar sah syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd ( MHAMSB ) dan jika anda ragu-ragu,anda boleh meminta ID pengedar dari mereka .

– Dapatkan minyak ini dari Pengedar sah yang mempunyai ID dari syarikat MHAMSB . Kami ada 1300 orang pengedar di seluruh Malaysia dan menerima ratusan testimoni setiap minggu .

Cubalah Minyak Herba Asmak yang original dari syarikat MHAMSB sekarang !

Kami akan menggunakan hologram meditag yang sah dari KKM sahaja nanti .

Buat masa ini , Minyak Herba Asmak tiada hologram . Hati-hati kerana di luar sana ramai yang mengaku menjual Minyak Herba Asmak,tetapi menipu . Ada perbezaan pada label sama ada yang lama mahupun baru.

So….jelaskan info aku nih….? makanya kalau korang nak cuba barang sebotol dua , sila berhubung melalui medium-medium dibawah ini yang telah aku siapkan untuk kesenangan korang . Selamat Mencuba !

Untuk Sebarang Pembelian Atau Berminat Untuk Menjadi Ejen Minyak Herba Asmak Keluaran Syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd , Sila Hubungi : 

Hotline HQ : 019 – 970 8897

Website Rasmi Syarikat : http://mham.com.my/

Website Minyak Herba Asmak : http://penawarasma.com.my

Instagram : @mham.sdnbhd

Facebook Page : @Penawar Asma Mujarab

Minyak Herba Asmak HQ : https://www.facebook.com/minyakherbaasmamujarabsdnbhd/

Youtube : Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd

Categorized in: