Asalamualaikum, memandangkan hari ini dah masuk hari Jumaat, suka untuk aku berkongsi kisah-kisah iktibar dan mengajak kita berfikir apakah kita mahu jadi seperti ini atau seperti itu.
Aku yakin yang korang akan lebih memahami apa yang aku cuba nak sampaikan melalui kisah ini. Kisah ini aku ambil hasil dari perkongsian group wasap. Entah kenapa lepas baca jer terus aku tersamakan dengan sebuah insiden yang baru berlaku sehingga menjadi tular di laman sosial.
Dan ironinya, aku sendiri telah melalui situasi yang sama. Seorang kawan aku ada membeli sesuatu dari aku. Harga barang tersebut berjumlah Rm17.90 , bagi aku jika dia lebihkan bayaran 10 sen pun dah cukup besar ertinya buat aku. Tapi dia beri aku Rm20 dan tidak meminta aku untuk aku kembalikan baki yang berjumlah Rm2.10
Serius ianya buat aku terharu. Umum tahu aku tidak bekerja, pendapatan dari blog juga bukanlah bersifat bulanan yang kekal. Lebihan baki yang aku dapat dari hasil jualan produk itulah yang menjadi belanja jajan untuk anak-anak.
Apapun selepas membaca jangan pulak korang terus assume aku nak compare hal itu dengan kisah dibawah ini.Yang diambil biar baiknya , yang ditinggal itu biar buruknya.
DERMA YANG TERTUKAR
Seorang wanita bertanya pada penjual telur yang sudah tua, “Berapa harga telur?”
Penjual telur menjawab, “Sebiji harganya 20sen, Puan.”
Wanita itu berkata, “Saya mau mengambil 6 biji tapi dengan harga satu ringgit, kalau tidak, tak jadi beli.”
Penjual telur menjawab, “Baiklah, mungkin ini permulaan yang baik kerana dari tadi tak ada satupun telur yang berhasil saya jual.”
Wanita itu mengambil telur-telur tersebut dan berjalan dengan perasaan senang bahawa dia sudah menang.Kemudian dia masuk ke dalam kereta mewahnya dan pergi ke restoran bersama kawan-kawannya.
Di sana, dia bersama kawan-kawannya memesan pelbagai makanan yang mereka suka.Mereka makan sedikit dan meninggalkan banyak dari apa yg sudah mereka pesan.Kemudian wanita tersebut membayar bilnya. Bilnya sebanyak Rm140.Dia memberikan wang Rm150 dan menyuruh restoran simpan saja bakinya.
Kejadian seperti ini mungkin selalu berlaku kepada pemilik restoran, tapi sangat menyakitkan bagi penjual telur yang sudah tua.
Isunya adalah :
“Mengapa kita selalu menunjukkan bahawa kita punya kuasa ketika kita membeli dari orang2 yang memerlukan?
Dan kenapa juga kita jadi dermawan kepada orang-orang yang bahkan tidak memerlukan derma dari kita?”
Suatu ketika saya pernah membaca :
“Ayahku biasa membeli barang2 kecil dari orang miskin dengan harga tinggi, walaupun dia tidak memerlukan barang2 tersebut.
Kadang2 dia bahkan membayar lebih untuk itu. Aku tertarik pada hal ini dan lantas bertanya mengapa dia melakukannya?
Kemudian ayahku menjawab, “anakku, ini adalah sedekah yang terbungkus dengan harga diri.”
KENAPA ORANG YANG KAYA DAN BERKUASA SUKA MEMBERI KEPADA ORANG YANG TIDAK MEMERLUKAN ??
TETAPI BILA BERURUSAN DENGAN ORANG YANG LEBIH MEMERLUKAN MEREKA MENJADI ORANG KAYA YANG SANGAT BERKIRA -KIRA …
Semoga Allah memelihara kita agar tidak terus menerus lalai terhadap golongan orang-orang yang lebih memerlukan.
Sekian , Wasalam.
Kdg2 terfikir. Kenapa perlu tawar menawar dengan peniaga yang memang mencari rezeki cara itu. Sedangkan kalau pergi ke shopping Mall, kita tak tawar menawar pun walau harga tak munasabah. Sama konsep kan KakLong. Semoga lebih beringat lepas ni konsep sedekah dan kongsi ni.