Adehhh , entah kenapa sepanjang perjalanan balik dari Kuantan semalam kan , aku asik terkena dengan Myvi jer . Nope , aku bukan nak pukul rata semua kereta Myvi tu tapi sikap pemandu yang sedang memandu Myvi tu sebenarnya yang aku nak kata .
Contoh petang semalam masa singgah kat Kemaman masa nak beli keropok lekor , berderet kereta Audi GTR dengan style poyo tarik hingga mengeluarkan bunyi yang menjengkelkan . Tapi nak buat camnerkan , dah bunyi dia lagu tu maka abih kuat orang kata “elehhh poyo’lah kau…taulah bawak GTR…”
Itu baru bunyi jer kot dah kena kecam . Yang ni pulak memanglah takder bunyi , tapi pe’el si pemandu tu sangat menjengkelkan . Bawak Myvi duduk kat lane laju tapi bawak tak laju mana , kitorang sampai terpaksa bagi laluan pada Merc yang laju .
Merc tu pun dah siap cocok dia still buat derk cam jalan tu abah dia punya . Last-last Merc gi potong Myvi belah kiri .
Kitorang bagi lampu suh dia ke tepi pun dia still ngan keras kepala dia jer tak nak blah dari lane laju . Dia rasa 100kmj tu dah cukup laju kot untuk berada kat lane kanan . **haishhh tak paham aku
Test kat keter Waja , elok jer Waja tu bagi laluan . Orang dah potong kau masuk baliklah lane kanan tu , apaderhal..
Pastu ada lagi nampak Myvi laju semacam pelesit . Memandu tu elok-eloklah patutnya . Ni dia buat Myvi tu cam beskal boleh celah sana sini . Tu pun aku malas nak up sebab mesti ada yang kata aku aku ni asik nak kondem Myvi jer .
Kamonlah takkan tak faham kot ? opkoslah aku nak kecam pemandu tapi dah dia naik Myvi maka kenalah sebut Myvi takkan nak sebut Ferarri .**yer dak…?
Sebelum-sebelum ni pun aku ada gak kecam pemandu kereta lain termasuklah Honda , Hilux , Estima , Alphard , BMW dan macam-macam brand kereta mewah yang dia punya keras kepala campur ngan kurang ajar . Takkan tak pasan kot ?
Tapi takper , kita baca pendapat kawan-kawan lain pulak kat bawah nih .
Eny Yusnizar Abdullah : Kalau komplen depa kata kita prejudis.. tp so far dok jumpa mmg jenis cmtu huhu ( so apakah kita kena diam jerrr ? masaalah betul yer sebab tak boleh ditegur sedikit …)
Min’z Sambal Hitam Pahang : Kannnn..kte byk experienced dgn pemandu myvi. Kang kalo cakap diaorg kata kte ni prejudis la apa la tp kan kdg seyes menyampah kot..byk kali gak kte tgk diaorg nak berlumba dgn kete2 besar..paling x blh blah bile sekali tu nampak ada myvi nak kejar ferrari..dalam hati terpikir gile ke apa?😒 ( dah purata semua pemandu myvi gitu kot , tapi bila kecam keter lain kok macam org tak heran , ker sebab kes kereta lain kes terpencil ? )
Eyza Miel : Td baru nampak depan mata myvi putih kuar simpang melulu terus masuk lane kanan.. kalau keta lane kanan tu x sempat brek td mmg berdentum.. kereta yg brek tu bengang terus kejar myvi tu.. x tau la dapat ke tak.. 😅 ( terlalu yakin ngan kenderaan sendiri tu bagus tapi janganlah jadi penyebab eksiden pada kereta lain …yer dak…? )
Saffwan Ashadi : Bukan suma driver myvi camtu, tapi kalau driver camtu, dia mesti bawak myvi… pelik la jugak 😊 ( yer itulah dan itulah nak sangat tahu kenapa …)
MawarniSani Happy Irfa : Sy pemandu myvi 😌 ( ololoo mawar pun sila jangan terasa ….)
Dkna Abza : Setuju sbb saya pon pemandu myvi..rasa nak tukar BMW dah lama tp mampu. ( dkna pemandu myvi berhemah kan….tak yahlah terasa sampai nak tukar kereta lain yer…ehehehehe )
Akhi Fadzli Rt : bukan semua myvi macam tu. tapi kebanyakkan pemandu myvi macam tu. hm hm ( yer tahu sebab itulah nak tahu kenapa )
Web Sutera : Selalu saya lihat kat jalan. Bawak memang kurang hajar. ( sebab myvi lagi banyak kat jalanraya kot …)
Khoiri Kamis : Saya pun pemandu myvi..sentap aii😟 ( tak perlu sentap yer abam korie , bukan abam korie pun yang ai marah …ehehehehe )
Aishah Md Noor : Penah bawak myvi tp slow sbb sedar pandu keta ayah. Kena kalu, makan xabih… Myvi ringan sbb tu sedap bwk laju. Hehehe ( haah mungkin jugak tapi kalau ada sikap tolak ansur dijalanraya idak ler orang mengata )
Yana Azfar : Kna soh perodua stop kn production myvi kan ..lol ( taklah sampai macam tu kot…)
Aima Babycomel : Hahaha. I sejak2 bawak ‘adik kecik’ kat sebelah ni…. 70kph aje 😂
😂 ( nak laju pun ok tapi berilah kerjasama yang baik pada pemandu lain )
Azlan Bahar : Mmg betul kebanyakkan pemandu myvi bwk laju, ada org kata sbb myvi ringan, kebanyakkan tp tak semua ( yup saya tak cakap semua pun …)
Yanie Yusuf : Saya pemandu myvi. 😥
🙈 ok nak tukar Honda
😂
😂 ( baru kutuk pemandu honda gak…..ekekekeke )
Ishak Ismail : Kereta nissan juga ada yang keras kepala. Begitu juga honda, toyota dll termasuk proton. Sekian untuk makluman ( tak cakap pasal kereta tapi pemandu ….ehehehe )
Seconditem Burger Seconditemburger : Tak semua ( yer saya tahu …..)
Norasemah Bt Abdullah : Nk mncelah jugk ni..keta myvi ni org muda ja suka..sebb tu lah jdi mcm tu..sis dh tua..x minat myvi ( dulu minat myvi gak …..)
Aku bukan anti Myvi ok , selepas jual Kelisa aku cadang nak ambik Myvi . Memang Myvi ni ada dalam senarai kereta pilihan aku selepas aku buat survey . Sebab pertama harga dia sangat OK , sportif , agak luas dan selesa dan juga jimat minyak .
So pada yang terasa pada status aku semalam , aku minta maaf . Aku faham , cubit peha kiri , peha kanan terasa juga . kan kan……?
Bukan nak pukul rata, tapi kebanyakkan pemandu kereta cap tu memang gitu la perangainyer.
sabree hussin recently posted…Apa pentingnya memilih kata kunci yang tepat dalam pemasaran menggunakan blog?
kannn….hakikat yang pedih…..tapi kalau pada yang tak buat jgn pulak terasa…itu jerrr
Sekarang dah ramai yg pilih Bezza demi Myvi. Tapi sales Myvi masih dapat permintaan yg bagus.
myvi pilihan org muda …bezza pun ok jugak katanya ..jimat minyak