Asslamualaikum gais, haaa kecoh sudah media sosial pasal hukum Lathi Challenge.

LATHI KER LATTE ?
Masa mula-mula aku nampak perkataan Lathi tu aku terfikir apa tau, aku terfikirkan minuman macam Latte tu. Kan lebih kurang jer tu nak sebut , Lathi Latte.
Pastu aku terfikir camner diorang nak buat Lathi Challenge ni , kalau di buatnya kena campak-campak beru cam Dont Rush Challenge camner ?
Korang boleh bayangkan tak apa maksud aku ? Hahahaha
So dalam hati aku tak sabarnya nak tengok Lathi Challenge tu sebab aku fikir camner diorang nak buat challenge campak-campak minuman pulak.
Sekali bila dah kecoh camni barulah aku tahu Lathi Challenge tu rupanya mekap seakan hantu. Tu aku punya first impressionlah bila tengok mekap tu.
ASAL USUL LATHI CHALLENGE
Pada yang tak tahu dan nak tahu , inipun lepas aku buat sedikit carian barulah aku tahu dari mana datannya asal usul Lathi Challlenge ni.

Rupanya klip video Lathi yang dibuat juga berinpirasikan watak Puteri Ahmanet dalam cerita The Mummy.

Puteri yang tersakiti oleh janji-janji manis seorang lelaki. So dia naik marah bila dia di abaikan dan mula nak balas dendam. Manusia ni kan bila dia tak dapat apa yang dia nak mulalah nak main bangsat termasuklah bersekongkol dengan syaitan. Janji dia puas dapat buat apa yang dia nak.
Kat bawah ni aku jumpa forum yang bincang pasal simbol yang ada kat muka Puteri Ahmanet.


Dan kat bawah ni pulak penerangan pasal video klip Lathi pulak korang boleh tengok ini.
The lyrics of this English song speak of a love relationship full of lies and egos that ‘says’ love but only hurts. Despite emphasising the dark side of the relationship, upbeat music and honest lyrics bring the implied meaning of courage and a strong stand in the face of ‘a toxic relationship’.
Described in a piece of Javanese lyrics “Kowe ra iso mlayu saka kesalahan. Ajining diri ana ing lathi”, meaning “You cannot run away from mistakes. A person’s self-esteem is on the tongue (his words)”, taken from the old Javanese proverb “Ajining soko lathi, ajining rogo soko busono.”
KENAPA LATHI CHALLENGE HARAM ?
So dah baca kan semua ? kalau dah bagus. Ok sekarang mesti semua nak tahu kenapa ianya HARAM pulak kan ? sebab ada yang tak puas hati kata ianya cuma seni lukis wajah atau pun make up jer.
Jangan gitu gais, cukuplah orang kata kita ni jahil dalam bab agama tapi jangan sampai kita jadi orang yang sombong dengan agama.
Ok fine , dia gini gais.
Kalau ikutkan apa yang di buat oleh Puteri Ahmanet dan penyanyi Lathi tu ada unsur2 pemujaan. Perbuatan memuja menyeru ni dah kategori syirik. Syirik tu HARAM dan BERDOSA kalau Syikin takper, HALAL untuk dinikahi kalau masih single.
So walaupun kita tak sampai memuja tak meyeru setan tapi apa yang kita buat ni kira dah terikut-ikut perbuatan mereka tu yang ianya jadi HARAM.
Lagipun ada larangan menyerupai syaitan kan. Cukuplah perangai jer dah macam syaitan tapi jangan sampai nak ubah wajah kita macam syaitan pula.
Kena ingat syaitan iblis ni Allah dah laknat dia sampai hari Kiamat tau. Kenapa kita beria nak menyerupai syaitan yang di laknat ? Kan lebih baik kita mekap cantik-cantik biar macam bidadari syurga.
Berhibur , berseni semaunya ada batasan yer gais. Lagi-lagi kita ini wanita yang beragama Islam.
Haa faham tak gais ? aku harap sangat korang faham. So kalau faham apa yang korang kena buat seterusnya ialah, pertama delete video dan gambar pastu dislike apa sahaja yang berkaitan dengan Lathi tu.
Memang sayang nak delete video dan gambar yang dah dapat view juta2 dan ribu-ribu tu. Tapi kita nak Allah sayangkan kita dan kita sayangkan Islam dan tak nak sampai perbuatan kita mendatangkan fitnah pada agama maka berkorbanlah sikit yer. Then bertaubat dengan sesungguhnya untuk tidak mengulangnya lagi.
So, lepas ni ramai yang akan tahu dan faham hukum kenapa Lathi Challange ni tak baik mengikut pandangan yang ahli.
Tugas kita sampaikan pesan baik-baik pada orang lain supaya jangan di ikut dan jangan di buat.
Tak perlu sampai tahap menghukum sampai mengeluarkan kata-kata yang tak sepatutnya apatah lagi sampai menerakakan orang.
Allah berfirman : (wahai Muhammad) “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. – Az Zumar Ayat ke 53
Baru tau.. Terima kasih info.. Ada jugak yang gamak conteng muka jadi macam tu ya..
Pelik2 challenge sekarang
Moga2 lepas ni sebelum buat apa apa challenge selidik dulu baik buruknya 🙂
Memula tgk mawar buat challenge ni MCM kagum juga sbb bkn senang nk shoot & edit. Tp xde lah sampai minat sgt..sbb xfhm maksud lathi tu.now dh tahu terus rasa MCM seramm lakk
Mse memula tgok mawar tunpon nak tau jg, smpi ade satu part tu, tros rse tkot & seram
Harap siapa yang terbuat ikut saranan kak long.
Huda recently posted…Cantik yer Personalised Baby Gifts dari Raph & Remy ni, Berkualiti Premium!
Yang buruk laaa depa suka nak ikut kann…
Seram nengok
Nina Mirza recently posted…Resipi SAMBAL KUAH KACANG SATE AYAM – Ya Ampunn… Sedapnya!
Takutnya tengok jenis makeup gini…Marsha terbayang plak..huhu
Marshaliza recently posted…Raph & Remy Pilihan Trendy Masa Kini Untuk Hadiah Bayi
saya baru tahu apa tu Lathi. sebelum ni tak pernah dengar. selalu dengar Latte jer. hihi
Terima kasih atas penerangan yg jelas dengan rujukan yang baik
1st kawan share pun tahu benda ni bukan ikut saranan agama. Moga diberi hidayah
Baru ai faham.
Maca2 sekarang ni
Nauzubillah. Pelik dengan orang yang mudah terikut ikut ni. Kan lebih baik cari benda yang lebih berfaedah lagi dik oiii…