Hurmmm…itu ayat pertama aku.Ayat yang seterusnya aku nak membebel sikit jerrr.Korang sebenarnya memang tak tau kan kenapa aku tak nak baby….?Aku bukan tak berterima kasih sebab korang doakan aku,tapi cuma doa pasal baby tu jer buat aku tak rasa gembira sangat . Sebab tu aku doa semoga Allah tolak doa -doa korang tu semua untuk aku.
Itulah korang takmo baca kisah aku yang lepas-lepas,kan dah tak tahu.Tapi aku tak marah korang pun ok,jangan nak sentap pulak walaupun yang patut sentap tu aku.Entry ni sebagai penerangan kenapa aku tak nak baby lagi sebab aku tahu korang tak tahu.Aku cukup risau kalau-kalau doa korang tu dimakbulkan Allah.
Mati Itu Pasti
Sebab manalah tahu ada diantara korang doanya cepat makbul dan diterima Allah swt.Walaupun korang mungkin acah mak enon tapi rasa risau tu tetap ada,bimbang kalau ter’makbul.Mungkin korang rasa cam “ehh ok what ada baby lagi ?”memang ok kot kalau aku seorang yang sihat dan takder komplikasi sehingga mengancam nyawa jika mengandung.Disebabkan aku ada masaalah maka aku dan share partner kena elak mengelak dengan sedaya upaya.
Sakit Yang Ku Rasa Biar Jadi Penawar Dosaku
Bercerita pasal sakit nih sebenarnya boleh buat aku down.Tapi yang tu aku boleh kawal sebab “stress” sangat tak baik untuk kesihatan aku.
Camni ceritanya , masa 2010 kan aku dah disahkan doktor ada BRAIN TUMOR , walaupun dah buat rawatan , tapi TUMOR tu sebenarnya MASIH ADA LAGI dalam kepala aku . Tak dapat operation untuk buang sebab tumor tu dekat dengan tunjang otak . Jadi sebagai langkah pencegahan supaya tumor tu tak aktif lagi , doctor sarankan dan berpesan pada aku supaya jangan mengandung lagi . Kemungkinan untuk tumor tu aktif kembali juga besar . Kalau tumor tu aktif dan membesar dia akan tekan saraf tunjang otak aku , masa tu laser pun dah tak guna tapi kena belah dan peluang untuk hidup juga 50-50 . Memang agak hairan sebab aku masih boleh senyum ketawa dan bergembira .
Walaupun ada yang kata ajal dan maut ditangan Allah.Yer aku setuju,tapi kalau kau dah tahu berjalan atas duri itu sakit kenapa mesti kau nak lalu atas duri itu juga ? faham kan ?Allah pun larang kita dari memudaratkan diri kita sendiri.
Hargai Peluang Kedua Yang Diberi Allah
Allah dah bagi aku peluang kedua untuk menikmati hidup dan menjalani kehidupan bersama keluarga yang ada dengan baik seperti biasa.Kenapa mesti aku korbankan hak diorang untuk seorang baby yang memang aku tak perlukan..?Sebab korang nampak aku sihat , ceria dan tak macam orang sakit ?
Serius aku tak marah , cuma aku agak emo sebab korang tak tahu camner aku struggle nak kekal tak mengandung . Mujurlah share partner aku faham dan setuju , kalau dia tak faham dan tak setuju sila khawin lain , sebab umur dan kekuatan yang Allah beri pada aku ni aku nak fokus dengan besarkan dan didik 4 orang anak aku yang dah sedia ada.Nak baby lagi sila cari calon yang sesuai dan bersedialah nak berjaga malam balik , bikin susu , tukar lampin , gendong budak kecik kesana sini biarpun comel.
Dan aku takkan ambik kisah langsung…pandai-pandai kau’lah nak uruskan.Itu dah bukan hal aku.**hahahahaha
Oklah itu jer,akhirnya korang dah tahu’kan kenapa aku tak nak baby lagi.Tamat .
( video ) Muhasabah Cinta by Edcoustic
**kalau korang pandai menghayati lagu dan liriknya , korang akan faham . Al-fatihah buat arwah Kang Aden
Lirik Muhasabah Cinta by Edcoustic
Wahai… Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu
Tuhan… Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi….
Muhasabah cintaku…
Tuhan… Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu
Baru ema tahu kisahnya..janji akak dah ada anak kan…ada juga penawarnya..
setiap yang berlaku itu ditentukan oleh-NYA..
Semoga sentiasa kuat dan tabah kak Dila. Afiq doakan yg baik2.
Afiq Halid recently posted…Untuk Aku : Si Pendosa
tabah lah kak. akak dah ada ramai tu.. xpe..
YB Shehan recently posted…10 TIPS MASUK RUMAH BARU (SELEPAS DAPAT KUNCI)
Wanie pun pernah sampai stage 4 cancer, tp rezeki, now free cancer… Allah maha memakbulkan doa, dia tahu yg terbaikk… semoga akk kekal sihat hingga ke akhirnya…
maafkan saya k.long:(.semoga k.long terus tabah.
alhamdulilah.
4 is a good number
Fnd Valak recently posted…Dari Mana Datangnya Rasa Haus?
alhamdulillah… dah cukup nikmat yang ada Allah beri kan dila… jgn sedih2…
rozita recently posted…Wordless Wednesday # 108 : Amalan Bulan Ramadhan
Semog kak long terus tabah dan kuat.. Jangan sedih yer..
Izzati Suhaide recently posted…Tanda-Tanda Munculnya Lailatul Qadar
Syukur dapat suami yg memahami.. cukup laa ada anak laki & perwmpuan..4 pon ramai juga tu.. hehehe..
Patut la… Semoga akk kuat untuk lawan penyakit Brain Tumor tu… Kalau bab brain2 ni memang rumit sikit jadinya…
Insyaallah ko sihat dengan izin Nya…
Dila mmg tabah. Gelak happy sentiasa macam tak dak masalah. Tabik lah!
Mama Kembar 3 recently posted…Dugaan Betullah!
Dah ada 4 org anak… Alhamdulillah… (^_^) moga tabah dgn ujian… moga segera sembuh juga dari penyakit tu… just take care…
takpe kak , semua atas izin Allah , semoga kak dila panjang umur dan sentiasa hidup sihat untuk anak2 …
hidup mati ketentuan Allah
mohin yg terbaik.segalanya dlm rahsianya.
Kak long mmg kuat.. Love u akak…
Insya-Allah akk kuat dalam menghadapinya. kami doakan akan cepat sembuh dan dlindungi oleh Allah SWT aamin.. Semoga dpermudahkan segala urusan.
Betul juga. Kalau dapat baby baru. Bermula semula ‘kehidupan’ dulu. Nak lepas anak sorang-sorang membesar bukan mudah kan..
nur yusuf recently posted…Strawberry Tiramisu: Hadiah buat sahabat
Baru tahu pasal pa kak x mau baby lagi….Sama la situasi dengan Eirna tp masalah yang berbeza..Eirna x blh preggy sbb rahim ada masalah disebabkan Eirna preggy no.3 masa anak no.2 baru 6 bln…Eirna pula bersalin secara czer. Boleh preggy tapi Eirna dan baby akan mati…Itu doc kata…Mr E pun setuju utk ikat rahim….Kita redho ja kak…
huhuhu sedihnyaaa…….. k. azni nak baby .. tapi dah 42.. dah tua kaaan..
azni recently posted…Airbnb alternatif percutian jimat