Oklah ni saja nak kongsi jawapan dengan korang semua sebab ada yang tanya kat aku “beb kenapa kau pergi beli handbag kat Butik Sellection ? kan lebih baik kau pergi beli kat outlet diorang jer ..”

Gais , aku ni orang biasa-biasa jer. Terus terang cakap memang aku tak pandai nak membezakan antara barang fake dan original. Lagi-lagi handbag sebab aku memang noob sangat bab-bab nih.
If ada orang bagi aku handbag copy ori then kata ianya original pun aku akan percaya itu original berdasarkan apa yang di kata. Sebab tu aku perlu beli dari mereka yang memang berpengalaman dan juga TRUSTED!
Since aku dah berniat nak guna handbag branded dan yang ORIGINAL aku mesti pilih tempat yang aku percaya, rasa selesa untuk menyentuh, tak rasa kekok untuk mencuba dan bertanya apa yang perlu aku tahu tanpa kena label dengan sesiapa.
If aku ke outlet yang korang cakap tu, dengan pakaian aku yang kadang macam makcik kantin, kadang macam minah kampung, kau rasa ada ker yang nak layan aku ?
Baca : Perasaan Kali Pertama Beli Handbag Original Berjenama Nilai Ribuan Ringgit
Diskiriminasi Layanan Butik Memang Wujud
Ini pengalaman aku sendiri kat kedai kasut yer, nak kata kasut tu branded sangat taklah, tapi dek kerana mungkin gaya penampilan aku waktu tu macam acik Kiah pasar malam , jangankan kata nak tanya yer , pandang aku pun tak.
Pastu siap diorang tolak menolak cakap “ko pergilah layan makcik tu …” pastu sorang lagi tolak kawannya kata yang sama “engkolah pergi …”
Walaupun telinga aku ni pekak sebelah tapi sebelah telinga aku masih boleh dengar lagi kot.
Dahlah masa tu aku betul-betu perlukan sepasang kasut baru. Bajet pun dalam ratusan juga sebab jenis aku nak membeli barang yanga memang kita pakai biarlah mahal sikit tapi berkualiti supaya selesa dan dapat bertahan lebih lama.
Tapi lepas dengar macam tu aku terus keluar dan kata dengan DD. “bang jom balik, mama tak jadi nak beli…”
Aku keluar jer dari kedai tu terus aku dengar bebudak promoter tu gelak kuat-kuat. Perasaan aku masa tu macam… rasa terhina pun ada.
Aku janji dalam hati aku takkan datang masuk kedai ni termasuk beli kasut dari jenama ini lagi sampai bila-bila.
Padahal memang aku memang pembeli jenama kasut tersebut since aku anak dara lagi.
So sejak tu aku memang tak berani nak sebarangan masuk kedai yang jual barangan branded. Ianya bukan pasal aku takut aku tak mampu tapi aku takut belum masuk lagi dah dilayan macam sampah.
Turn On Dengan Butik Sellection
The reason why aku mula turn on dengan Butik Sellection ni ialah bila aku tengok kawan aku Umminani selamba keluar masuk Butik Sellection. Pulak tu Sabtu’nya aku pergi sendiri sama-sama barulah perasaan takut dipandang slack tu hilang serta merta.
Yang bestnya bukan sebab staff Sellection layan kita sama rata dengan sesiapa sahaja yang masuk ke butik tersebut. Owner pun turun padang sama melayan pelanggan yang datang dengan hajat dan impian dihati.
Diorang tak rasa penat pun nak layan kita, macam aku kadang dah belek-belek then letak balik cecepat sebab aku tahu handbag yang aku pegang tu semua original. Tapi staff Sellection siap minta aku cuba dan gayakan. Ada yang siap tolong ambikkan gambar lagi. Terus feeling jadi model handbag hari tu.
Dekat situ bukan sahaja boleh cuba gayakan tapi boleh rasa material dan cek ketulenan handbag tersebut. Tapi aku taklah sampai ke tahap itu, if cek sampai dalam-dalam pun still aku masih tak boleh pastikan samada ianya handbag fake ataupun original.
Pelanggan yang datang pun mesra alam dan tak kekwat. Walaupun tak kenal tapi boleh jer bertegur sapa siap beri compliment antara satu sama lain.
Sambil shopping sambil support dengan pilihan isteri masing-masing. Macam apa yang jadi kat Ben Ashaari , aku tengok dia yang beria bekenan dengan itu ini tapi end up dengan wife’nya yang dapat bawak balik paperbag berisi handbag. #ehh
Butik Sellection juga telah menghadiahkan aku satu pengalaman shopping yang sangat istimewa dan buat aku sangat-sangat rasa dihargai. Ini telah menjadikan apa yang aku beli dan bawa pulang dari disitu akan lebih aku hargai dan bakal menjadi sentimental value untuk aku kenang sampai bila-bila. *rasa terharu pulak

Untuk pengetahuan, owner Butik Sellection ni Puan Rafidah dah 8 tahun jadi Trusted Seller jual handbag original. Beliau bermula dengan menjadi seorang PS semasa tinggal di Kanada. Banyak kesulitan yang beliau dah tempuh untuk ke tahap ini.
Macamana aku tahu ? Aku tahu lepas baca dan tengok video perkongsian beliau di laman sosial.
Pada yang tertanya kenapa beliau sanggup ke luar negara untuk membeli barang dan menjualnya semula di Malaysia? Ini jawapan ringkas beliau,
“Saya menjual barangan ini kerana saya ingin memberikan peluang kepada rakyat malaysia yang ingin memiliki barangan berjenama dengan harga mampu milik. Saya juga mahu memberikan pengalaman istimewa kepada pembeli seolah membeli terus dari butik dan outlet. Walaupun saya seorang penjual, saya juga adalah rakan alam maya anda. Saya sentiasa menambah koleksi barangan dan cuba memberikan perkhidmatan terbaik agar dapat merealisasikan impian pembeli semua. Saya memiliki ramai pelanggan tetap. Alhamdulillah.” – Rafidah Sellection

Dari hanya PS yang membelikan apa yang ditempah oleh pelanggan yang lebih mesra digelar sis dan bro di Malaysia, kini beliau sudah mewujudkan kedai fizikal Sellection di Wangsa Melawati dengan pelbagai pilihan barang ready stock.
Bukankah itu sesuatu yang hebat !
So gais, itulah antara sebab-sebab kenapa aku mula turn on dan memilih untuk membeli handbag berjenama yang original di Butik Sellection.
Ok semua ! harap yang bertanya puas hati. InsyaAllah next entry aku akan cerita dengan korang camner nak buat pembelian secara fizikal di butik Sellection atau beli secara online. Nak bayar guna e-wallet ker debit or kredit atau nak beli secara cash atau ansuran pun boleh.
Bestnya lagi kat sini ada plan bayaran ansuran juga. Bila dah beli pulak automatik boleh buka akaun VIP dan dapat 2% cash back. Untuk setiap pembelian pulak akan dapat point, dah kumpul point sampai masa boleh tebus.
Ok itu sahajalah. Sebelum tu baca tagline ni “ingat handbag ingat Sellection”
Boutique Sellection
No 10, Jalan Wangsa Setia 4, Wangsa Melawati, Setapak, 53300 Kuala Lumpur
Phone : 60341420000
Website : https://sellection.com
Facebook : Branded Handbags by Rafidah
Instagram : https://www.instagram.com/sellectioncom/
Email : sellection@casengomail.com
Betul3x… Tidak dinafikan shopping kat sini buat kita rasa selesa sangat. Layanan staff tip top
iyer .. kak azni takut nak masuk butik besor dkt Pavillion haha.. takut orang screen atas bawah
azni recently posted…Layanan Butik Sellection Premium Outlet memang terbaik. Sis suka!
[…] Kalau tak ingat takper , korang boleh jer baca balik dekat Perasaan Kali Pertama Beli Handbag Original Berjenama Nilai Ribuan Ringgit dan Kenapa Aku Memilih Untuk Membeli Di Butik Sellection By Rafidah ? […]