Assalamualaikum and hai gais ! korang tau tak yang sekarang ni kat medsos tengah viral kisah kacang masin MAS yang sold out tak sampai 2 jam lepas jualan dibuka ?

Bagi orang yang tak pernah tahu dan rasa mesti akan kata “alaa kacang jer kot …”

Tapi sapa yang pernah fly dengan Malaysia Airlines atau pernah rasa kacang masin yang memang akan diberikan kepada penumpang MAS sebagai snek tu mesti akan kata “awat sedap sangat kacang nih aihhh …”

Yang tak suka makan apa-apa kacang atau ada alergik dengan kacang jerlah yang tak kisah pun kacang tu sold out atau tak.

ANGAN-ANGAN YANG MENJADI KENYATAAN

Elok pulak hari ni naik kat memory gambar kenangan aku dengan cabin crew MAS di kawasan pantri. Tu yang aku terus post kat group Malaysia Airlines dan sekali tulis kat blog.

Aku sendiri pun tak ingat sejak bila aku berangan-angan hendak merasa terbang jauh bersama MAS. Yang pasti dari kecik. So memang cukup lama aku berangan rasanya. Tapi kalau dah rezeki memang tak ke mana.

Mungkin bagi korang yang dah biasa keluar masuk kapal atau selalu dapat terbang dengan MAS dah cemuih dengar atau baca cerita macam ni tapi bagi aku ianya bagaikan satu rahmat.

Peluang untuk terbang dengan MAS ni aku dapat masa aku dapat kerja jadi Tour Leader dengan syarikat travel. Kalau sebelum-sebelum ni aku cuma mampu tolong check in kan orang sahaja di kaunter MAS.

Rupanya ada juga rezeki aku merasa check in sendiri dan fly bersama MAS.

So flight pergi balik aku ke KL – Taipei – KL dari 3/12 – 7/12 adalah bersama dengan MAS. Dari kaunter lagi aku dah dilayan baik dengan staff MAS yang bertugas. Siap aku mintak kalau boleh aku nak seat tepi tingkap kat mana-mana row sebab aku nak sangat menikmati pemandangan dari tingkap MAS. Satu-satunya flight yang aku dah lama mengidam nak duduk dan terbang bersama.

Tapi tarikh yang akan menjadi kenangan di sepanjang hayat aku ialah pada 7/12/2019 iaitu pada hari balik ke Malaysia.

So dalam flight balik Malaysia aku tukar seat dengan peserta yang aku bawak so seat aku betul- betul dekat ekor dekat dengan pantry. Orang kata kalau naik flight jangan duduk kat ekor sebab tak best. Tapi bagi aku best jer. Mungkin sebab aku tak cerewet kot.

So aku nampaklah beberapa cabin crew buat kerja semua. Memang cekaplah diorang tu semua. Paling penting muka senyum jer.

So lagi sejam dua nak landing aku rasa inilah masa terbaik untuk aku ambik kesempatan.

Bukan ambik kesempatan yang tak elok tapi aku cuma nak ambik kesempatan bergambar dengan cabin crew MAS yang memang dalam senarai impian aku sejak sekian lama.

Bila aku nampak diorang dah settle buat kerja aku pun bangun ke belakang dan acah-acah macam nak pergi toilet. Tapi memang nak pergi toilet pun cuma kena tunggu sebab ada orang lain sedang guna.

So dikesempatan yang ada tu aku tanyalah dan minta izin kat cabin crew lelaki tu boleh tak kalau nak ambik gambar bersama sebagai kenangan tapi kalau boleh nak ada cabin crew perempuan sekali.

Laju jer dia jawab boleh jer. So dia pun panggil kawan dia dan cakap ada penumpang nak ajak bergambar.

Nasiblah diorang sporting. Kalau diorang reject maka hampalah rasa hati aku.

Lepas bergambar tu aku sendiri cerita dekat cabin crew lelaki tu yang aku rasa teruja nak ambik gambar sebagai kenangan sebab ini adalah kali pertama aku naik penerbangan dengan Malaysia Airlines. Nak naik lagi entahkan bila. Inipun sebab rezeki aku kerja jadi Tour Leader.

Terus dia kata takper lain kali mesti ada rezeki lagi. Lepas tu terus dia bukak laci dan ambik seplastik kacang masin dan bagi aku. Katanya anggaplah ini sebagai hadiah penghargaan pertama kali naik MAS.

Waktu tu aku rasa sangat gembira dan bahagia dan rasa dihargai.

Walaupun kacang masin yang aku dapat sebagai hadiah tapi bagi aku hadiah sebenarnya ialah kenangan manis bila dapat bergambar dan diberi layanan mesra dari staff MAS yang pasti aku kenang dan semat dalam ingatan ini sampai ke akhir hayat.

Secara peribadi aku merasakan lengkap sudah tanggungjawab aku sebagai warganegara Malaysia apabila aku telah terbang bersama Malaysia Airlines.

Sungguhpun kini aku dan MAS tak mungkin akan dapat fly bersama lagi (sedihnya..). Aku berdoa semoga Malaysia Airlines akan terus bertahan unggul dan kukuh menjadi penerbangan pilihan dan kebangaan seluruh rakyat Malaysia.

Pada semua staff Malaysia Airlines yang terjejas kerana pandemic covid19 baik yang bertugas di darat dan di udara saya doakan semoga segala urusan anda dipermudahkan dan semoga rezeki anda sentiasa ada walau dimana anda bekerja.

LANGIT BY YUNA

I can see the sky
The birds are flying
Clouds are moving by
My heart is light

The moon will be my witness tonight
In my dreams I see myself fly

Terbang
Terbang tinggi
Walau tanah di kaki
Kan ku cari langit

Terbang
Terbang tinggi
Awan biru menanti
Bersama pelangi

Always thought that I
Could be on my own
But you made me feel alive
And I don’t feel alone

The moon will be my witness tonight
Cause in my dreams you and I we’re both fly

Terbang
Terbang tinggi
Walau tanah di kaki
Kan ku cari langit

Terbang
Terbang tinggi
Awan biru menanti
Bersama pelangi

Terbang
Terbang tinggi
Walau tanah di kaki
Kan ku cari langit

Terbang
Terbang tinggi
Awan biru menanti
Bersama pelangi

I can see the sky
The birds are flying

Categorized in: