Orang kalau suka travel ni tak pernah ikut musim kan ? walaupun musim tu tengah tak banyak duit tapi bagi seorang kaki travel , dia tak akan pernah anggap itu sebagai satu halangan. Iya kan iya kan iya kan…(acah cute girl )
Nak travel mesti kena ada pasport yer tuan2 dan puan2 sekalian, tak kiralah ko rakyat negara mana pun. Untuk pasport individu semua mesti dah tahu pasportnya nanti warna apa dan harganya berapa.
Nota : Selain dari pasport ,beli travel insurans pun penting jugak yer tuan puan sekalian.
Tapi katalah korang nak travel dengan keluarga yang tak ada pasport , atau nak travel dengan kawan ramai2 yang takder pasport camner nak buat ? takkan nak buat pasport individu ? rasa macam membazir jerkan . Tapi pasport berkumpulan ni taklah boleh diguna pakai ke semua negara hanya 2 negara jer yang boleh. Nak tahu sila baca sampai habis.
BACA : CARA RENEW PASPORT SECARA ONLINE 2022
So kat sini aku share apa yang orang lain share sebagai panduan. Harga mungkin berubah dan berbeza dari tahun ke tahun . Nak tahu lanjut kenalah hubungi atau pergi ke imigresen sendiri.
PASPORT INDIVIDU (Pasport Merah)
🔴 RM200 untuk tempoh 5 tahun per individu
🔴 Boleh buat di mana2 imigresen
🔴 Tempoh siap dalam masa 1 jam
🔴 Pastikan expired date Pasport tidak kurang dari 6 BULAN dari tarikh perjalanan.

pasport aku cover biru TAPI dalam merah 😅
BORDER PASS (Pasport Biru)
🔵 Pasport gantian utk penduduk sempadan yang ingin masuk ke Thailand hingga Hatyai SAHAJA.
🔵 Sah untuk penduduk yang bernombor kad pengenalan Perlis, Kedah, Perak Utara & Kelantan.
🔵 IC (09 Perlis, 02 Kedah, 08 Perak, 03 Kelantan)
🔵 RM 20 untuk setiap individu
🔵 Valid untuk 6 Bulan Sahaja
🔵 Sah untuk ke Hatyai sahaja. Tidak boleh digunakan sehingga ke Krabi atau Phuket.
🔵 Boleh buat di mana2 cawangan imigresen sempadan iaitu Kedah, Perak, Perlis & Kelantan
PASPORT GROUP
⚫️ RM200 satu buku untuk sekali masuk
(per entry)
⚫️ Sekali masuk tetapi valid selama 9 Bulan
⚫️ Minimum 5 orang kena ada dalam satu buku
⚫️ Maksimum 20 orang dalam satu buku
Cth: klu ada 4 org sahaja. Tidak boleh buat pasport group.
⚫️ Boleh buat di mana2 cawangan imigresen
⚫️ Tempoh siap dalam satu minggu
⚫️ Semua orang yang terlibat dalam pasport itu kena pergi bersama. Sebab perlu cop jari ( biomatric )
⚫️ Jika seorang tak dapat ikut travel pasport tidak boleh digunakan
⚫️ Ketua dalam pasport group WAJIB pergi. Kalau ketua tak dapat pergi. Pasport juga tidak dapat digunakan.
⚫️ Hanya valid untuk Singapore & Thailand sahaja
SEMOGA BERMANFAAT
Update :
02:00pm 25/07/2018 From Pejabat Imigresen
wow so cute the passport cover, yeah passport need cover for protection. I haven’t try for a long time, my passport has expired too. Good info on passport shall update my dear on this too!
Sherry recently posted…PETPET intoroduces Brand New Line of Comfort for Love Ones
Thank you for the info. Nak renew passport 5 tahun terus. Tak payah nak renew2 lagi. Lepas nie mudahlah nak pergi travel. Prepare siap2 passport. Xyah gelabah nanti kalau ada trip yg tiba2.
this is interesting to know. I always know about red passport only haha. now I know there’s so many different types of passport available for the people to choose. TQ
Lama dah tak di cop kad merah kita hehehehe nampak sangat bersawang tak pergi jalan-jalan jauh-jauh tu huhuhu kita pun tahu pasal banyak jenis pasport tu bagus info ni…..
bagus perkongsian ini..nanti boleh dijadikan rujukan bila nak buat passport..tapi x sangka ada banyak jenis passport…ingat satu jenis jer hehehea
Dulu saya ada passport merah tu sebab menetap kat Singapura. Tapi lepas ni memang kena buat barulah sebab dah lama sangat expired kan. Baru saya tahu ada passport group tuh rupannya ya. Tapi better buat passport individu lagi mudahkan.
Kisahnya ada mcm2 jenis pasport gak ekk? Baru sis tahu. Tapi bg sis nak senang buat je pasport yg merah tu terus 5 tahun..tak payah nak pening kepala dah ngadap imigresen..hehehe.
Bagus info ni utk mereka yg kurang arif bab ni kan. Hehhe senang ada passport sebab senang nak meneroka negara luar
I dunno got this kind of passport.. hahahahha.. only know the standardize one.. happy flying and happy holiday!
I did not know that there was such a thing for group passport. Damn, thank you for this info. And yes, I really have to keep reminding myself to get travel insurance.
Thank you for sharing. Very good information. Tak tahu pula sebelum ini ada banyak jenis pasport.
Akak bukan kaki travel passport pon dah mati..tapi bagus juga ada maklumat macam ni mana laa tahu esok2 ada rezeki dapat travel lg..
Wah.. TB taktau pun pasal passport selalin dari passport merah tu.. sebab sealu guna yang tu je.. itu pun tak ambil tahu secara mendalam pasal passport ni sebab hubby yang banyak uruskan semua.. terbaik entri ni.. thank you sudi share ilmu ni
Wah akak, saya baru tahu IC saya boleh apply Border Pass. Pastu Passport group tu pun saya baru tahu. Hahaha. bagus akak share info ni.
Ruby recently posted…Kempen Pemeriksaan Kesihatan Gusi 1 Juta Gumbatte 2019
Tq for sharing selama ini tak tau pun ada passport lain kak cuma tau yg buku merah jer