Entry kali ini aku terpanggil untuk menulis tentang seorang invidu yang aku kenal sejak tahun lepas iaitu Don Aiman “untung berganda” . Dari pemerhatian aku beliau seorang yang sangat kuat dan gigih serta tak pernah putus asa mengusahakan pelbagai jenis perniagaan .
In person , orangnya sangat ramah tamah , bersopan dan sangat menghormati orang lain . Walaupun first time jumpa , percayalah yang dia akan membuat kita rasa sangat selesa .
Don Aiman individu yang sinonim dengan tag line “untung berganda” mempunyai sikap yang ramah dan tidak sombong, amat disenangi dan mudah di dekati . Bersikap penyayang kepada kanak-kanak . Sentiasa berimej kemas sebagai jati diri dan identitinya .
Biodata Don Aiman Untung Berganda:
Nama : Nor Iman Shah.
Umur : 33 Tahun
Tarikh Lahir : 23 Januari 1984
Asal : Kedah
Pekerjaan : Usahawan
Agama : Islam
Gelaran Rasmi : Abang Don Untung Berganda
Trademark : Untung Berganda
Hashtag Rasmi : #UntungBerganda
Aktif Dengan Persatuan Kebajikan Anak Yatim Dan Ibu Tunggal
Pernah mengadakan pertemuan dengan Abdul Rani Bin Kulup a.k.a Raja Report Malaysia (Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia MJMM). Menurutnya, Abdul Rani sentiasa menyokong aktiviti beliau dalam menjaga persatuan anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal dan asnaf di sekitar Lembah Klang.
Pernah beberapa kali ditemu bual oleh media dan media juga pernah membuat liputan ekslusif untuknya kerana kagum dengan gerakan nya yang menjaga kebajikan anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal dan fakir miskin tanpa di biayai oleh mana-mana badan atau individu.
Meskipun gerakannya tidak pernah di biayai oleh mana-mana institusi, Don Aiman sentiasa berjuang setiap kali ada isu yang melibatkan golongan-golongan terbabit.
Mempunyai hubungan yang rapat dengan seorang pendakwah bebas dari Singapura, Abang Long Fadhil dalam memangkin transformasi belia islam.
Di sifatkan sebagai seorang pembakar semangat dan perangsang dalam golongan usahawan untuk meneruskan legasi berniaga tanpa mengenal erti kalah!
Memiliki darah usahawan, menceburi pelbagai bidang perniagaan seperti membuka restoran dengan konsep yang unik iaitu dengan memberi bantuan dalam menyediakan ruang dan tempat berniaga kepada peniaga-peniaga kecil, menguruskan sebuah agensi sehingga di kenali oleh negara-negara luar seperti London, Amerika Syarikat dan Netherlands.
Founder Kosmetik Nur Asia
Don Aiman juga adalah pengasas kepada syarikat Kosmetik Nur’Asia yang sinonim dengan tag line “Untung Berganda” sebagai salah satu strategi pemasaran. Produk pertama yang dihasilkan ialah lipstik kolagen rawatan bibir yang mampu merawat semua masalah di bibir dan amat mendapat sambutan .
Antara perancangan pada masa hadapan , Nur’Asia akan menghasilkan pelbagai lagi produk kosmetik utama antaranya ialah bedak asas, produk pelansingan dan juga produk kesihatan.
Penglibatan beliau dalam dunia perniagaan bermula sejak kecil lagi. Bermula dengan berniaga secara kecil-kecilan, akhirnya bisnes menjadi bidang utama sehingga sekarang ini. Pengalaman yang di tempuh sebagai usahawan membuatkan beliau menghargai setiap sen yang dimiliki.
Bercerita tentang titik permulaan sebagai seorang peniaga kosmetik, beliau pernah mengetuk pintu pejabat dan rumah kenalan untuk menjual. Walaupun ada kalanya terasa segan kerana pelanggannya tidak mahu mendengar penjelasan yang diberikan.
Baginya, malu itu perkara kedua . Prinsipnya mudah , “bukan kerana modal kita berjaya , tetapi usaha dan kesungguhan paling penting”
Beliau membuat kesimpulan bahawasanya untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya ini bukanlah senang tetapi memerlukan usaha yang kuat, berani menghadapi risiko dan yang paling penting ialah tidak mudah putus asa.
Kerana inginkan pengalaman dan kepuasan dalam menguruskan bisnesnya, beliau sendiri berlakon di dalam beberapa iklan pendek berkenaan produk dan restorannya untuk pasaran sosial media.
( video ) Don Aiman “untung berganda” di Sinar TV
https://www.youtube.com/watch?v=c1lDDUjLIUg&feature=youtu.be
Artikel ini sangat memberi inspirasi kepada sesiapa sahaja yg membacanya.. nice info.. tq..
anuar recently posted…10 TIPS JUTAWAN SENYAP DARIPADA PENIAGA PASAR MALAM, PENIAGA PASAR HARIAN, PENIAGA BAZAR RAMADHAN DAN PENIAGA-PENIAGA KECIL
Dia kuat usaha. Boleh dijadikan inspirasi.
Amran recently posted…Tips Melayan Kaki Spamm Yang Masukkan Kita Dalam Group Whatsapp Sesuka Hati
Terbaik.. Kuat bekerja dan usaha
hebatlah brader ini…bleh amek input kejayaan dye
usaha tu penting.. boleh jd inspirasi kepada peniaga lain…
beliau seorang yg sgt positif. no wonder beliau berjaya
HUSNA RAHMAN recently posted…BOLEH KE NAK KEKAL MUDA SELAGI HAYAT DIKANDUNG BADAN?
ooh baru tahu pasal usahawan ni. Sebelum ni tak pernah lagi dengar nama dia
yer kak , gigih orangnya
ikon keusahawanan yang bagus untuk para business owner.. 🙂
cik Jaja recently posted…Oktober 2017 – Promosi ESP Beli 4 Diskaun 5%
Orang lelaki yang menceburi bidang kosmetik ni memang power lah
NORIZA ABDUL RAHMAN recently posted…Kenapa Perlu dipasang Branula? ‘Semakin kecil saiz branula, semakin besar jarumnya’.
pehhhhh.. terinspirasi.. suka tengok anak-anak melayu muda berjaya dan membantu mereka yang memerlukan.. tahniah !!
atiehilmi dot com recently posted…RAWATAN HYDRA OXY GLOW C – TREND KECANTIKAN WANITA ASIA
suka usahawan yang berkongsi dengan anak-anak yatim piuatu . semoga dimurahkan rezeki dia