Sementara insomnia aku ni tengah buat comeback, naklah aku cerita sikit kat korang pasal apa yang berlaku baru-baru ni masa hari raya.
Muda mudi zaman internet sekarang ni mesti dah tahu apa soalan-soalan yang sensitif yang dilarang tanya pada tetamu atau orang lain masa hari raya.
Oklah, so far aku memang tak tanya apa-apa pun sangat pada tetamu sebab bila tetamu datang aku bizi kat dapur.
Tetamu yang datang pun bukanlah nak jumpa aku, tapi diorang semua nak jumpa mak mertua aku.
Ahad lepas adalah anak buah mak mertua aku datang. Dalam masa borak-borak tu mak aku pun tanyalah kat anak buah dia, anak buah mak yang datang tu dua beradik, si adik dah ada 2 anak, si abang belum waaupun si abang yang khawin dulu.
“….korang dah 10 tahun kan khawin …tapi belum ada rezeki lagi yer nak dapat baby…”
Aku yang tengah layan makan kuih mazola terus tersedak, mujur tak menyembur kat situ.
Perghhh soaklang sensitif tu mak, tapi aku cakap dalam hati jerlah. Aku perati jer yang si perempuan cam tarik muka sikit. Yang si lelaki jawablah jugak sebab dia yang anak buah mak aku.
“aah wak belum rezeki lagi ….”
Nak tahu orang tu kecik hati ker tak, tunggu tahun depan, kalau masa raya tak datang, maknanya dia kecik hatilah tu. Kalau datang gak maknanya dia OK . (agaknyalah…)
Pastu mak sambunglah cerita yang dulu mak pun lambat jugak dapat anak, tu tak campur dengan yang gugur dan yang meninggal lepas lahir. Lepas tu apatah lagi aku dah tak dengar sebab mak suh aku masak untuk anak buah dia makan kat situ.
Aku tak siap masak lagi tapi yang si perempuan dah cepat-cepat ajak laki dia balik, alasan nak pergi rumah maknya.
Aku dengan mak paksa-paksa jugak akhirnya diorang duduk makan. Aku ingat dah stoplah citer pasal anak-anak nih. Sekali mak aku sambung lagi daaa, sebab yang bawak anak tu nak makan kena bergilir, si laki makan yang si isteri jaga anaknya yang tengah lasak.
Mak cakaplah “ada anak camnilah kena makan bergilir,…baik cam korang ni haaa boleh enjoy-enjoy ….tapi lama-lama sunyi jugak kalau takder anak kan…”
Aku ni dah tak tahu nak menyampuk apa, cuma aku harap diorang jangan ambik kisah sangat dengan pertanyaan makcik diorang. Masa diorang makan aku masuk bilik rehatkan badan sekejap. Tup-tup aku keluar diorang dah takder. Pergi macam tu sahaja tak pamit-pamit pun dengan aku.
Walaupun bukan aku yang tanya soalan sensitif tu kat diorang, tapi aku terasa macam aku pulak dipersalahkan sebab diorang balik tak jumpa aku. Padahal masa datang tadi katanya memang nak ke sini jer, takder nak pergi mana-mana. Bila mak aku tertanya soalan sensitif dan-dan terus kata nak pergi rumah maknya.
Tapi aku faham mungkin diorang kecik hati dengan soalan makciknya. Tapi tahukah diorang apa yang sebaliknya berlaku ?
Sebab tak tahu meh aku cerita apa disebaliknya.
Mak cakaplah “kesian diorang, khawin dah lama tapi belum dapat anak….” aku tengok muka mak sugul dan termenung macam tengah memikirkan sesuatu yang aku tak tahu. Aku cuma kata “kita doakan yang baik-baik yer mak…itu semua rezeki Allah, nak bagi atau tak”
Padahal masa mak tanya tu mak tanya dalam nada gelak-gelak sebab dia cuba tak nak jadikan soalan tu macam serius sangat. Kecuali yang ditanya tu ambik serius sangat.
Mak mungkin tak tahu yang zaman sekarang ni kalau tanya pasal bab anak itu dah kira macam buat aniaya dan boleh dikategorikan sebagai jenayah besar.
Tapi, kita yang celik-celik otak nih pikirlah sikit. Orang tua yang macam mak aku ni memang tak tahu istilah soalan sensitif, label makcik bawang dan kepochi semua tu. Apa salahnya korang jawab elok-elok dan minta didoakan, orang berlapang dada ni tak ada masa nak pikir pasal soalan pun.
Mungkin korang nak kata, elehhh ko tak kena tanya camtu bolehlah sembang. I told you yerrr, soalan aku dapat tiap kali raya lagi hawau tau. Tapi dek kenang tu raya setahun sekali jumpa, dan aku juga faham yang bukan diorang boleh ingat apa soalan tahun lepas yang diorang tanya.
Aku akan ditanya samada kenapa aku gemuk atau kenapa aku nampak kurus, Aku punya jawapan memang agak skema dan poyo sebab aku nak melawak menghiburkan hati tetamu. Bukan masa nak kecik hati guling-guling masuk bilik dan murung.
Paling-paling pun aku akan dapat ada satu soalan yang kalau aku tak poyo memang boleh buat aku rasa nak pergi meninggal.
“tiap tahun datang raya asik muka ko jer yang ada kat rumah, ko memang takder kampung ker…?
Its killing me yarrr…..terus aku gantung diri kat pokok taugeh. Hahahahahahaha
Ehhh…belum habis lagilah derr. Sikit jer lagi nak klimaks!
So pada adik-adik yang memang dah boleh jangka soalan-soalan jenayah tiap kali hari raya tiberr tu mungkin dah boleh mula buat persiapan tahun ni untuk menghadapi soalan next year raya.
Caranya mudah, adik-adik, akak-akak atau acik-acik yang masih single mingle tu cepat-cepatlah dapatkan buku FORMULA MENGORAT BAKAL IMAM yang telah diformula one kan oleh Kak Kay a.k.a KAMALIA KAMAL , alahhh yang photog newborn baby-baby retis tu lerrr.
Buku ni tak tertakluk untuk makmum yang tengah mencari bakal imam sahaja tau. Sebab, makmum macam aku ni yang dah confirm ada imam pun baca jugak buku ni. Apa yang ditulis buat aku rasa nak apply mengorat balik imam aku. Ehehehehe
Buku ni aku kategorikan sebagai bacaan ringan dan santai sebab hanya ada 15 formula sahaja. Dan aku senang untuk baca buku macam ni sebab aku rasa macam Kak Kay tu tengah bercerita depan muka aku.
Apapun, sebelum korang nak pergi jemputan kenduri khawin kawan ker sepupu ker pastikan korang dah dapatkan buku ni dulu, supaya korang dapat dijauhkan dari menjadi mangsa soalan jenayah,
“bila kau nak khawin …?
sebenarnya, klu ditanya soklan sensitif, ok je zmn dulu. tp dsebabkan asik terbaca komen2 netizen, status2 netizen yang menghasut untuk EMOSI dengan soalan2 begitu, mereka akan otomatik set mind dah. so, nak tak nak, kita diam je lah. huuu..
Kalau setakat mcm mak you tanya tu bg i ok ja, dah biasa dah. Sblm ada anak ditanya, lepas dah dpt kembar tiga pun ditanya bila nak tambah anak lagi. Tapi pernah ada makcik yg cakap “ko tu asyik sibuk kerja ja, tu lah takdak masa nak buat anak”. Uishh tu menyirap gak lah dan bg jawapan yg sama laser ngan soalan hahaha.
Something good to share. Yang bertanya dan yang ditanya kena learn pasal ni kan.. Tapi apapun..memang takut sangat kalau tersalah tanya. Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata member datang raya blah terus nnt..huhu. Sian..
Urmm… sebenarnya sensitif tu, bab anak and jodoh sgt2 sensitif. sbb dah lalui dah . tak semua orang kuat untuk tanggung soklan mcm tu. Setengah orang balik rumah boleh gaduh or boleh jadi asbab penceraian laki bini.
Bukan nak bela sapa2.. kan itu semua perancangan tuhan. mana ada orang tak nak anak. melainkan dia gembira ckp taknak anak.. masa tu haa makcik2 bawang semua boleh tibai.
Kalau orang pegang qada qadar dan ketentuan Allah sebaiknya tak tanya. tapi kita ni manusia haha mesti nak ckp jugakkan.
or kalau dia sendiri minta nasihat .. haa masa tu kita boleh feed info semua.
setiap yg berlaku mesti ada sebabnya…
yang bertanya pun kena faham emosi orang yg ditanya.. kadang-kadang benda tu kita dah tau pun kan.. contohnya mcm kat atas tu..dah tahu terang lagi bersuluh dorang dah 10 tahun kahwin tp belum ade rezeki zuriat, buat apa nak tanya lagi dan nk cerita pasal tu.. banyak lg cerita lain boleh cerita..
just my 10 sen
Setakat orang tua yang ber tanya tu tanda ambik berat. Normal laaa tu…
Muda mudi kena didik diri lebih positif kot…
Eh! Macam tergoda ngan buku kak Kay tu♥♥♥
Betul tu.. persoalan2 macam tu la buat org serik nak ziarah lagi.. ermm
Jemput join segmen ejulz jika sudi 🙂
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html