Khamis lepas aku dan beberapa orang blogger iaitu Razi , Hanim dan Ben Ashaari telah dijemput ke perbincangan bersama Kementerian Dalam Negeri di  Agensi Anti Dadah Kebangsaan Malaysia (AADK) Sungai Merab , Kajang .

Bertujuan mencari jalan dan cara pendekatan yang bagaimana harus dibuat untuk menyedarkan masyarakat tentang bahaya penyalahgunaan dadah .

kad pelawat aadk

Dadah umumnya telah digunakan untuk tujuan perubatan tetapi apabila ianya disalah guna maka ia menjadi bahaya . Bahaya kepada diri sendiri , ahli keluarga , masyarakat dan bangsa juga agama .

Sebagai seorang blogger aku bangga menjadi sebahagian dari Team Blogger AADK yang dapat membantu meyebarkan maklumat kepada orang lain demi kesejahteraan hidup bangsa dan keturunan rakyat Malaysia di masa hadapan….peranan kita ialah ambik peduli dan ambik tahu .

Dadah Masih Musuh Utama Negara

Amat mengecewakan bila mengetahui peratus penyalahgunaan dadah adalah seperti ini…

  • 1.2 juta rakyat malaysia adalah penagih dadah
  • 90% penagih adalah lelaki
  • 80% penagih adalah melayu **dengar ceritanya hensem-hensem
  • paling mengejutkan ada yang seawal 7 tahun telah disahkan positif dadah

Kempen Perangi Dadah Habis Habisan

aadk1

Bermula esok …!!!!

Program Utama Sambutan HADK 2016 : JELAJAH AADK – Ekpedisi Membenteras Dadah ke seluruh negeri di semenanjung mulai 11 – 17 Februari 2016

Program ini adalah dengan kerjasama Harian Metro yang bertindak sebagai media rasmi.

Nantikan pengisian dan aktiviti menarik untuk anda sertai .

NEGERI SEMBILAN – 11.02.2016 ( Mydin Mall, Seremban 2 )

MELAKA – 11.02.2016 ( Mydin Wholesale, Bandar Melaka )

JOHOR – 11.02.2016 ( Pasaraya Mart Kempas )

PAHANG – 12.02.2016 ( Kuantan Parade )

TERENGGANU – 13.02.2016 ( Mydin Mall, Kuala Terengganu )

KELANTAN – 14.02.2016 ( KB Mall )

PERLIS – 15.02.2016 ( Kayangan Square Mall )

KEDAH – 15.02.2016 ( Aeon Big Alor Star )

PULAU PINANG – 16.02.2016 ( Mydin Wholesale, Butterworth )

PERAK – 16.02.2016 ( Aeon Klebang )

SELANGOR – 17.02.2016 ( Plaza Alam Sentral , Shah Alam )

KUALA LUMPUR – 17.02.2016 ( Busana Mara , Jalan Tuanku Abdul Rahman )

Di setiap checkpoint tersebut, ketua konvoi akan menyerahkan Buku Senario Dadah : Isu dan Cabaran kepada Menteri Besar/Ketua Menteri/Wakil sebagai simbolik kepada kesepaduan usaha pembanterasan penyalahgunaan dadah di negara ini.

Bersama kita perangi dadah habis-habisan.

Maklumat Lanjut : Agensi Anti Dadah Kebangsaan Malaysia

follow ig  @aadkmalaysia
follow ig  @skuad1malaysia

‪#‎HADK2016‬
‪#‎SayangiDirimu‬
‪#‎PerangiDadahHabisHabisan‬
‪#‎Skuad1Malaysia‬
‪#‎JelajahAADK2016‬
‪#‎EkspedisiMembanterasDadah‬
‪#‎DadahMasihMusuhUtama‬
‪#‎KelabBloggerBenAshaari‬
‪#‎TeamBloggerAADK‬

Categorized in: