Assalamualaikum semua. Nak baca cerita terbaru dari aku tak ? Minggu lepas aku berkesempatan mengikuti program Kembara Ekopelancongan Rail Tourism anjuran Tourism Malaysia dan Tourism Wilayah Timur untuk ke Gua Musang.
Lebih menariknya perjalanan ini akan menggunakan pengangkutan keretapi bermula dari stesen keretapi Kuala Lumpur sampailah ke stesen keretapi Gua Musang.

Apa Ada Di Gua Musang ?
Bila aku updet dekat FB yang aku dah sampai Gua Musang ada yang tanya aku “ada apa dekat Gua Musang ? ”
Haa sini aku cerita. Setiap kali aku menuju ke Dabong, pasti aku akan melepasi stesen Gua Musang. Tapi tak pernah terfikir nak singgah langsung kecuali untuk berebut nasi berlauk stesen sahaja.
Jadinya peluang yang ada ni akan aku gunakan sebaiknya untuk menjelajah sendiri apa yang ada di Gua Musang. Ternyata ia sangat menarik terutamanya buat mereka yang sukakan alam semulajadi dan juga penggemar aktiviti lasak.
Baca : Ada Apa Di Sungai Lembing
Sejarah Asal Usul Nama Gua Musang
Tidak dinafikan Gua Musang merupakan antara daerah yang banyak menyimpan sejarah masa lampau. Suka duka yang pernah dilalui oleh Gua Musang pastinya akan terpahat dalam diri setiap masyarakat lebih-lebih lagi bagi mereka yang pernah hidup pada zaman Gua Musang ditawan Komunis.
Namun begitu, dalam artikel kali ini, bukan tentang penjajahan Komunis yang akan saya ceritakan melainkan cerita mengenai nama Gua Musang itu sendiri. Tahukah anda tentang bagaimana Gua Musang ini mendapat nama?.
Secara umumnya, Gua Musang merupakan sebuah pekan kecil yang diselusuri oleh jalan kereta api di Ulu Kelantan kira-kira 160 km dari selatan Kuala Krai. Untuk pengetahuan, dahulunya ketika zaman belum lagi mencapai era pemodenan, Gua Musang telah dihuni oleh masyarakat orang asli yang bergantung hidup dengan memburu hasil hutan.

Nak dijadikan cerita, suatu hari kumpulan orang asli ini telah masuk ke hutan untuk memburu binatang namun, mereka tidak mendapat apa-apa hasil. Oleh itu, kumpulan orang asli ini memutuskan untuk menunggu sehinggalah mereka ternampak seekor ayam hutan yang dikejar oleh seekor musang. Mereka telah mengekori ayam tersebut dengan harapan untuk menangkapnya.
Tetapi, mereka dapati ayam yang dikejar telah hilang di dalam hutan tebal. Tidak lama selepas kejadian itu, yakni pada hari yang sama mereka sekali lagi ternampak seekor musang sedang mengejar ayam dan mereka sekali lagi gagal untuk menangkap ayam tersebut. Bagi mereka, kejadian seperti ini sangat pelik kerana ianya tidak pernah berlaku sebelum ini.
Akhirnya, mereka balik dengan tangan kosong. Pada keesokkan harinya, sekali lagi mereka keluar berburu dan kali ini juga mereka ternampak kejadian yang sama yang mana seekor musang sedang mengejar ayam di tempat yang sama di tepi sebuah gua.
Mereka cuba untuk menyumpit ayam tersebut tetapi gagal. Hal ini sama seperti kejadian hari semalam menambahkan lagi rasa pelik mereka. Untuk mendapatkan kepastian, mereka selagi lagi keluar beramai-ramai untuk mengesan tempat di mana ayam itu hilang setelah dikejar oleh seekor musang sejak beberapa hari yang lalu.
Dalam usaha mereka mengesan tempat hilangnya ayam tersebut, mereka telah menjumpai satu gua dan lubang pada gua tersebut menyerupai seekor musang yang sedang mengejar ayam. Setelah melihatnya, mereka berasa takut akan keadaan bentuk gua itu lalu meninggalkan tempat tersebut.
Mereka telah memanggil tempat yang dijumpai mereka sebagai Gua Musang kerana mereka berpendapat bahawa gua yang dijumpai adalah tempat musang yang mengejar ayam yang dilihat mereka di hutan. Nama Gua Musang ini kekal sehingga sekarang malah, Gua Musang ini telah menjadi salah satu daya tarikan pelancongan di negeri Kelantan.
Sumber : Facebook
Cara Untuk Ke Gua Musang Dengan Keretapi
Ini cara yang aku tunjuk jika korang dari Kuala Lumpur atau yang sewaktu dengannya. Yang penting kena beli tiket sampai ke stesen Gemas dahulu.
Masuk ke website KTMB atau download apps KITS dekat phone. Link –> https://online.ktmb.com.my
- Beli tiket ETS dari KL Sentral ke Gemas dahulu
- Kemudian baru beli tiket dari Gemas ke Gua Musang
Waktu tu terpulang pada korang. Tapi bagi aku sebaiknya biarlah sampai ke stesen Gua Musang pada waktu pagi supaya kita dapat melakukan aktiviti dalam cuaca yang sangat baik.

Oleh kerana perjalanan dari Gemas mengambil masa lebih kurang 6 jam 25 minit jadi sebaiknya beli tiket sleeper koc supaya lebih selesa untuk tidur dan berehat.

10 Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Di Gua Musang
Haa inilah yang paling ditunggu-tunggu. Kalau sebelum ni aku rasa Gua Musang ni ada makanan sedap jer rupanya sekarang dah ada aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Gua Musang. Nak buat aktiviti lasak boleh atau sekadar nak jalan santai-santai sahaja pun boleh.
1. Hiking Santai – untuk hiking ni sebaiknya korang kena menginap dekat DHV ( Durian Hill Villa )sebab bukit yang korang nak hiking tu berada dekat dengan kawasan DHV. Aku sendiri dapat hiking 2 kali iaitu pada waktu petang dan juga pagi untuk menikmati sunrise.
Trail hiking sangat mesra beginner. Jalan santai-santai pun ok sambil menikmati keindahan alam semulajadi. Bawa sebotol air mineral sahaja pun dah mencukupi.

2. Via Ferrata – Terletak di Muse Ecopark. Setakat yang aku tahu ini adalah aktiviti paling lasak yang ada di Gua Musang. Via Ferrata setinggi 12 tingkat ini telah digabungkan bersama flying fox sekaligus menjadikan ia adalah yang pertama di Kelantan.


Untuk lakukan aktiviti ini korang boleh walk in atupun buat tempahan slot terlebih dahulu. Bayaran yang dikenakan juga amat berpatutan iaitu Rm95/pax untuk harga biasa dan kini sedang berharga promosi iaitu Rm50/pax.
3. Flying Fox – Yang bawa anak-anak kurang dari 140cm bolehlah mencuba aktiviti flying fox.
4. Caving + Hiking Puncak Batu Kapur Gua Musang – Aktiviti ini juga memerlukan booking dan guide. Tapi sayang aku belum berkemsempatan untuk mencuba. Mungkin di lain hari aku pasti kembali untuk mencuba sendiri.
5. Kelab Golf & Rekreasi Gua Musang – Mana yang nak buat aktiviti santai atau mencuba memukul bola golf bolehlah datang ke sini sambil minum petang dan melayan kehijauan saujana mata memandang.
Alamat :
Kelab Golf & Rekreasi Gua Musang
Jalan Persiaran Raya, Bandar Baru, 18300 Gua Musang,Kelantan
Telefon : 09-9120010

6. Taman Mini Herba Etnobotani KESEDAR – Tempat ini bagi aku sangat sesuai untuk dikunjungi seisi keluarga. Kat sini juga ada disediakan kolam mini untuk mandi manda dengar kadar bayaran serendah Rm5 untuk kanak-kanak dan Rm7 untuk dewasa.
Kemudian mandilah puas-puas dari pagi sampai petang dan paling penting sentiasalah jaga kebersihan.






Banyak spot-spot menarik untuk ambil gambar juga. Janji korang rajin jalan. Cuma sayangnya tempat ini agak kurang terjaga.
Aku berharap apa-apa sahaja perancangan pihak KESEDAR untuk membangunkan dan menambah baik tempat ini supaya kembali rancak dan menjadi tarikan pelancong warga tempatan dan luar akan berjaya. Maklumat lanjut mengenai Taman Mini Herba Etnobotani boleh lihat di SINI
Alamat : Taman Herba & Rekreasi KESEDAR, Bandar Baru Gua Musang, 18300 Gua Musang, Kelantan.
Telefon : 09-912 1788
7. Melawat Masjid Buluh – Jangan lepaskan melihat keunikan rekaan dan binaan masjid dari anyaman buluh yang terletak dalam kawasan Muse Ecopark.
Masjid Buloh Gua Musang sangat unik kerana ia diperbuat daripada buluh dan dikenali sebagai ‘Masjid Buluh’ pertama dibina di Kelantan sering menjadi pilihan musafir, terutama pengguna jalan raya yang berhenti untuk menunaikan solat.
Terletak di tepi Jalan Gua Musang-Kuala Krai, berhampiran gua batu kapur di Gua Musang, masjid itu memberi keselesaan untuk mereka berhenti rehat, terutama kepada orang ramai yang balik ke kampung pada musim perayaan.
Masjid Buluh dibina oleh Majlis Daerah Gua Musang itu lengkap dengan kemudahan asas dan tempat parkir kereta yang luas, sekali gus menjadi pilihan tepat musafir dalam perjalanan ke destinasi tujuan mereka. Masjid Buluh juga akan dijadikan salah satu destinasi pelancongan yang unik amnya di Gua Musang khususnya di Negeri Kelantan.

8. Melawat Masjid Razaleigh – Bila waktu malam tiang-tiang yang berlampu membuatkan kita rasa bagaikan berada dekat dengan Masjidil Haram ditambah pula dengan ada replika Kaabah membuatkan hati jadi tenang dan rindu nak menjejakkan lagi kaki ke sana.
Fakta menarik tentang Masjid Razaleigh :
- Mula dibina pada akhir 2016
- Masjid Razaleigh bernilai lebih RM35.1 juta yang menyerupai model Masjidil Haram di Mekah
- Berkeluasan 99,000 kaki persegi
- Masjid dengan rekaan unik dan menarik menggunakan bahan binaan berkualiti tinggi termasuk jubin dibina di atas tapak seluas 1.5 hektar
- Masjid diilhamkan oleh Ahli Parlimen Gua Musang, YBM. Tengku Razaleigh Hamzah
- Mampu menampung sehingga 3,500 Jemaah
- Dilengkapi Sembilan (9) menara setinggi 30 meter dan lapan (8) kubah mirip Masjidil Haram di Mekah


9. OOTD Di Stesen Keretapi Lama Gua Musang – Ianya lebih dikenali sebagai old town. Walaupun stesen keretapi disini tidak lagi berfungsi tetapi masih tetap ada keretapi yang akan lalu melepasi stesen ini. Bagi yang suka ber’OOTD nak dapatkan gambar vibe dulu-dulu disinilah tempatnya.
Masa aku deka sini ramai jugak yang datang untuk buat sesi fotografi berlatar belakangkan stesen keretapi lama dan juga gua batu kapur.




10. Giant Swing – Katanya ini salah satu aktiviti akan datang yang akan ada di Gua Musang. Nanti bila ada maklumat tepat dan lengkap aku akan updet dari masa ke semasa
Tempat Penginapan Di Gua Musang
So masa dekat Gua Musang aku menginap di Durian Hill Villa . Bagi aku penginapan dekat DHV sangat-sangat selesa. Bilik bersih , susunan cantik, kemas macam dalam hotel 3 bintang. Bilik air bersih ada water heater, sabun dan shampoo. Ada pengering rambut dan juga tempat masak air.

Durian Hill Villa
PT 5606 Jalan Akasia Utama 2/4 Bandar Utama , 18300 Gua Musang
Telefon : 016-900 0338
Tempat Makan Di Gua Musang
Macam biasalah Kelantan amat terkenal dengan banyak pilihan makanan yang sedap dan murah. Tinggal nak pilih sahaja yang berkenan dihati. Ini antara kedai-kedai makan yang aku sempat singgah untuk sarapan, lunch dan dinner.
- Warung Buluh
Kalau korang nak lunch dekat Warung Buluh jangan lupa order lauk yang paling aku suka dekat restoran ni iaitu daging masak merah.


- Restoran Dalam Taman D’Tasik
Selain dari makanan yang sedap dekat sini juga ada landskap yang cantik untuk berehat dan juga mengambil gambar.


- Hana Coffee Station
Sesi mengopi di Hana Coffee Station yang sangat santai. Jangan lupa order juga keropok lekor sebagai teman semasa untuk minum kopi.

- Warong Muse
Dekat sini dari sarapan, lunch , minum petang sampai ke dinner ada makanan. Selain bersebelahan dengan Masjid Buluh, dekat sini juga ada menyediakan tempat khas untuk kanak-kanak bermain.


- Route 8 Kedai Roti Canai Pok Wa
Untuk sarapan pula korang boleh pergi ke Kedai Roti Canai Sarang Pok Wa di Route 8 . Dan menu sarapan popular dekat kedai ni dah tentulah korang kena cuba roti canai sarang.

Selain dari menu roti canai sarang yang cukup popular disini ada juga menu nasi kerabu dan nasi berlauk. Kalau nak makan nasi berlauk pulak jangan lupa ambik lauk kerutup daging sebab aku rasa itu yang paling sedap.



Merancakkan Kembali Ekonomi Pelancongan Tempatan
Haa macamana ? Ada terasa nak packing back dah ker ? Tapi kalau rasa nak pergi tapi tak ada masa nak buat booking dan plan, korang boleh minta travel ejen yang uruskan dari A sampai Z . Baik dari tiket pergi balik, pengangkutan, penginapan, aktiviti dan juga tempat makan semua travel ejen yang akan uruskan.
Selain menikmati perjalanan “jungle train” ia juga dapat merancakkan kembali ekonomi pelancongan tempatan.
Sesekali apa salahnya bawa diri dan keluarga jalan-jalan naik keretapi sambil menikmati pemandangan alam ciptaan tuhan yang amat memukau jiwa dan perasaan sekaligus menjadikan kita orang-orang yang berfikir dan bersyukur.
Remember this, jobs fill your pockets adventures fill your soul and happiness is a way of travel, not a destination.
travel quotes
Untuk lebih banyak lagi gambar dan video boleh follow :
Facebook : Saidila Abdul Rahman Instagram : Saidila Youtube : Saidila Lifestyle TikTok : saidila79
Terima Kasih !
Tourism Malaysia
Tourism Wilayah Timur
KTMB
warghhh…seronok Sal baca KakLong. Ralit tengok tempat orang … part makan fuhhh amat menyelerakan. Ada peluang nak sangat jejakkan kaki kat semua tempat yang KakLong share. Paling best experience dalam train tu yang nampk mahal sangat !
macam-macam aktiviti jugak yer kat sana rupanya . tak terpikir heheh.. sbb bukan laluan biasa kak azni
Waaa best nyaaaa .
Syok nya, biasa lalu je gua musang ni haha
best yer! nanti nak bawa anak-anak terokai tempat menarik di Gua Musang
Seronoknya! Ore Kelate tapi tak pernah sampai lagi tempat menarik kat Gua Musang tu. Adoi laaa.. kena pergi jugak nanti
Pernah berhenti makan kat kfc gua musang. Pastu sambung perjalanan ke kota bharu