Asalamualaikum dan selamat pagi Jumaat semua ,
Pagi-pagi macam ni elok sangat kita baca kisah atau nasihat yang baik-baik dari sahabat-sahabat kita .
Kisah seperti kat bawah ni memang tak pernah aku rasa jemu nak membacanya , sebab aku nak ianya sentiasa menjadi peringatan buat aku dan inchik dd agar melayan menjaga dan mendidik 3 orang anak perempuan yang aku dan dia ada dengan sebaik-baiknya .
Anak Perempuan Juga Rahmat dari Allah SWT
Bagi kita yang tahu bahawa sebenarnya memiliki 1 orang anak perempuan tu jauh lebih beruntung daripada mempunyai 10 anak lelaki maka bayangkanlah bertapa lebih-lebih beruntung jika kita mempunyai anak perempuan lebih dari seorang .
Setahu aku dah lama sangat pemikiran orang kita berubah dengan terikut-ikut adat dan keperluan agama lain untuk memiliki anak lelaki adalah satu keutamaan sehingga ianya menjadi WAJIB ANAK PERTAMA MESTILAH LELAKI dan anak perempuan pula masih dianggap beban yang tidak bermanfaat serta tidak layak menjadi waris keturunan .
Walaupun masih belum tahap jahiliyah sehingga ada yang menanam hidup anak-anak perempuan , tapi masih banyak ibubapa zaman kini tidak berlaku adil terhadap anak-anak perempuan yang mereka ada . Kalau tak ada tu lain ceritalah bhai ..
Salahkah Jika Ada Ramai Anak Perempuan ?
Pernah inchik dd dikecam oleh kawan’nya selepasa mereka dapat tahu inchik dd memiliki 3 orang anak perempuan . Kata-kata yang dihamburkan bagai orang yang tidak beriman pada qada -qadar . Mujur ayat seperti minta diterajang tu aku tak dengar… kalau tak , nescaya aku akan pastikan dia mampu telan air suling jer kat hospital yang berdekatan .
Alhmdulillah , sekeliling aku terutamanya keluarga aku sendiri adalah keluarga yang senantiasa berkasih sayang serta prihatin kepada anak-anak perempuan , dan aku jadikan keluarga kakak dan abang aku sebagai contoh tauladan yang baik untuk aku ikut bagaimana mereka boleh mendidik , menjaga anak perempuan yang mereka miliki lebih daripada 3 orang sehingga berjaya . Maka contohilah mereka .
Beruntunglah Ada Anak Perempuan
**baca kisah dibawah ini yang dipetik dari Facebook Cikgu Abd Ghani Haron
Seorang kawan yang anaknya semua perempuan 4 orang ,telah dara sunti mengeluh bila berbicara soal anak.Katanya ,“Betoi kata pepatah memelihara kerbau sekandang lebih mudah dari anak dara seorang,aku ada 4 orang . Pakaiannya lebih dari lelaki , keperluan peribadinya bedak , sabun , syampoo , lotion , pad dan entah apa mak nenek lagi , kekadang sama banyak belanja dapur. Mengurus mereka pun satu hal .” Nun jauh tergerak di hatinya saya dapat membaca kekecewaan harapan untuk dapat anak lelaki , lalu saya pujuk dia.
Saya perturunkan antara yang saya sebut ,
Hadis nabi :
Barangsiapa yang memelihara dua anak perempuan hingga dewasa maka ia akan datang pada hari kiamat bersamaku
( Anas bin Malik berkata : Nabi menggabungkan jari-jari jemari beliau ) HR Muslim
Cukup jelas bahawa bertuah lah ibubapa yang ada dua anak perempuan , lebih lagi kalau lebih dari itu kerana janji nabi untuk bersamanya .
Dengan itu sesuailah kepayahan membesarkan mereka , pengorbanan yang lebih , cabaran yang banyak dan pergantungan anak perempuan kepada ibubapa yang lebih .
Saidatina Aishah meriwayatkan satu kisah , seorang wanita miskin datang kepadaku dengan membawa dua anak perempuannya , lalu aku memberinya tiga biji kurma. Kemudian dia memberi untuk anaknya masing-masing sebiji buah kurma , dan satu kurma hendak dia masukkan ke mulutnya untuk dimakan sendiri .Namun kedua anaknya meminta kurma tersebut. Maka si ibu pun membagi dua kurma yang semula hendak dia makan untuk diberikan kepada kedua-dua anaknya. Peristiwa itu membuatku takjub sehingga aku ceritakan perbuatan wanita tadi kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam.
Maka Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
Sesungguhnya Allah telah menetapkan baginya syurga dan membebaskannya dari neraka” (H.R Muslim )
Hadis ini menunjukkan layanan kepada anak perempuan hendaklah diberi penekanan . Keperluan peribadi mereka sebaiknya ditanya dan dipenuhi kerana sifat malu terutama bila tubuh berubah. Seorang kaunselor sekolah pernah bercerita pada saya , seorang pelajar perempuan tidak hadir sekolah hanya kerana tidak ada pad, nak minta duit dengan ayah , malu nak beritahu tujuan.
Ibu patut mendidik aspek kebersihan diri , bapa jangan terlalu berkira dengan keperluan anak perempuan . Si ibu , jangan dok berkira dia saja bertukar baju , bersalin tudung,anak perempuan juga patut diutamakan . Mari kita melihat anak perempuan yang kita miliki sebagai peluang ayah ibu bersama nabi di syurga , didiklah sebaik mungkin , penuhilah keperluannya tanpa bersungut , berkorban lah demi mereka , dan elakkan pukulan pada anak perempuan kerana ia mudah tercedera.
Saya pernah bercerita kisah seorang ibu yg menelan nasi dengan kuah dirumah kenduri , sedangkan lauk ayam dibungkus dengan tisu nak dibawa balik untuk anak perempuan yang tidak dapat dibawa bersama ke kenduri , membayangkan syurga untuk ibu ini.
Jika anda anak lelaki , belajarlah memahami mengapa emak ayah kekadang dilihat melebih dan memanjakan adik perempuan atau kakak . Jika anda anak perempuan sebuah keluarga , saya mengajak anda untuk menjadi anak yang menyebabkan kedua ibubapa anda masuk syurga dengan menjadi anak yang solehah , yang tidak berbuat mungkar , menjaga nama baik ibubapa dan maruah diri .
Jika anda anak perempuan yang berbimbang apakah ibu ayah yang telah kembali mendapat tempat yang baik disisi Allah , bukanlah membanyakkan kenduri arwah , tetapi perbaikilah diri untuk menepati wanita beriman , janji nabi untuk bersama ibubapa yang mendidik anak perempuan dengan baik adalah benar .
Wallahu a’lam .
**entry ni dah siap sepenuhnya pada hari jumaat tapi atas sebab kelalen dan bizi maka entry ni publish pada hari sabtu .
Ketahui Cara Jimat Kredit
Mohon share artikel ni sis.
boleh jer…silakann
Thank you for this article sis. Very enlightening.
sama2 helena….
nad pun anak perempaun..kena jaga dan didik dia dengan betul
nadia johari recently posted…JOM LEMBUTKAN TUMIT KAKI YANG KERAS DAN DAPATKAN WAJAH YANG BERSERI DI HARI RAYA
Saya pun anak perempuan sulung, sampai dah berkahwin mama masih layan saya macam baby. Abah memang manjakan anak-anak perempuan dia. Semoga keluarga Kak Saidila sentiasa diberkati. Nice entry 🙂