Bila aku dapat tahu yang pencuci muka tanah liat dari Azyma Care dan masuk pasaran, aku antara orang yang tak sabar nak cuba sebab aku nak tahu sendiri apakah kelebihan yang ada pada Clay Soap Free Purifying Gel iaitu produk terbaru keluaran Azyma Care.

Kalau sebelum ni aku hanya menggunakan Clay Body Wash Azyma Care sahaja yang terbukti berkesan menghilangkan bau badan sekaligus merawat kulit yang bermasalah seperti gatal-gatal dan juga ruam. So kali ni aku nak test try sendiri pencuci mukanya yang diperbuat dari bahan asas penting iatu tanah liat.

Untuk pengetahuan korang juga masa kulit aku naik ruam akibat simptom long covid , Clay Body Wash Azyma Care yang aku gunakan berjaya menghilangkan ruam dan sekaligus merawat kulit aku hingga sembuh seperti biasa.

Kelebihan Clay Soap Free Purifying Gel Azyma Care

Ada lagi satu aku nak kongsi dengan korang iaitu sebelum keluarnya Clay Soap-Free Purifying Gel ni. Masa tu aku guna Clay Body Wash buat cuci muka jugak tapi aku buat pun atas risiko sendiri.

Kawan aku Ben Ashaari yang memang pengguna produk Azyma Care pun dah pesan pada aku kalau boleh jangan gunakan pada wajah sebab risau nanti kulit wajah jadi kering.

Tapi masa tu aku terdesak untuk guna dekat muka juga. Alhamdulillah ia sesuai dengan aku cumanya aku tak gunakan selalu. Aku guna bila perlu iaitu bila kulit aku mula gatal-gatal atas sebab-sebab yang biasa aku hadapi.

Dan masa itu jugalah aku berharap sangat suatu hari nanti Azyma Care akan keluarkan produk yang berasakan tanah liat juga seperti body wash tapi yang khas digunakan pada wajah sahaja.

Cuba Sendiri Clay Soap-Free Purifying Gel Azyma Care Selama 2 Minggu

Kita juga sedia maklum kulit di wajah mestilah tak sama teksturnya dengan kulit dibahagian anggota badan yang lain. Kulit di wajah kita jauh lebih nipis dan juga sensitif. Ianya juga terbahagi kepada beberapa jenis seperti kering , berminyak , kombinasi dan juga sensitif.

Itu yang bila aku tahu Azyma Care dah launch produk khas untuk muka aku terus cakap oyeah oyeah ! Dan bila aku dah try sendiri Clay Soap-Free Purifying Gel Azyma Care dalam seminggu dua ni dan hasilnya juga sangat baik itu yang bertambah buat aku tak sabar nak kongsi dengan korang semua. Memang ada perbezaannya.

Tak percaya ? Cubalah sendiri !

Kulit muka bukan sahaja jadi bersih dari peluh dan minyak tapi buat kulit kita jadi lembab dan tidak melekit walaupun tanpa bahan seperti PARABENS , SLES & SLS

Sememangnya ia mampu membersihkan kulit wajah dengan baik, kulit jadi lembut dan lembab selepas dicuci dan tak mengeringkan wajah langsung. Bau dia pun gaiss sedap sangat hingga buat buat kau rasa nak cuci muka selalu. Paling syok masa guna sebab tak pedihkan mata langsung.

Cara nak guna pun mudah. Sebab ianya dalam bentuk gel, so picit sikit jer. Lepas tu ratakan dengan tapak tangan yang basah then cucilah muka macam biasa. Nak bilas pun mudah dan tak perlu gunakan air yang banyak.

Sekarang setiap kali habis workout aku sendiri yang tak sabar nak cuci muka dengan Clay Soap-Free Purifying Gel dari @azymacare

Kelebihan Clay Soap Free Purifying Gel Azyma Care

Kelebihan Clay Soap-Free Purifying Gel Azyma Care

Antara kelebihan yang terdapat pada Clay Soap-Free Purifying Gel keluaran terbaru Azyma Care ini adalah ia tetap berasaskan tanah liat dan ekstrak botanikal dan 100% diluluskan oleh pakar kulit.

Produk terbaharu Azyma Care mengekalkan 5 bahan utama iaitu Koalin Clay, Lavender, Aloe Vera, Cucumber dan Chamomile.

Tak cukup dengan 5 bahan, Azyma Care tambah lagi 2 bahan sebagai bonus iaitu bahan aktif semulajadi tambahan yang istimewa khusus untuk kulit wajah. Dan bahan itu adalah Royal Jelly dan juga Bee Propolis.

Kelebihan Clay Soap Free Purifying Gel Azyma Care

Kebaikkan Bahan Royal Jelly + Bee Propolis

Jom baca apa kelebihan pada 2 bahan tambahan ini :

• Royal jelly ialah susu yang dihasilkan oleh para koleni lebah madu sebagai makanan untuk ratu lebah
• Ia kaya dengan nutrisi untuk menyokong tumbesaran & kesihatan ratu lebah
• Di dalam kosmetik, Royal Jelly digunakan untuk membantu menyihatkan kulit dan menjadikannya lebih berseri kerana kandungan nutrisinya yang kaya dengan asid amino, vitamin dan mineral.
• Royal Jelly juga dapat membantu mengekalkan kelembapan kulit.
• Propolis ialah bahan yang digunakan oleh lebah untuk mengukuh, membaiki dan mengisi rekahan pada sarang lebah.
• Ia mempunyai fungsi anti-bakteria untuk melindungi kulit dari mendapat jangkitan
• Di dalam kosmetik, propolis dapat melembab dan melembutkan kulit
• Ia juga mempunyai ciri anti-bakteria dan anti-oksida untuk melindungi kulit.

Produk ini juga telah mendapat Sijil Dermatologist Tested dan Hypoallergernic yang bermaksud ianya sangat lembut sehingga boleh dipakai di kulit bayi juga.

Kalau korang ada ahli keluarga atau kawan-kawan yang masalah kulit wajah boleh cuba Clay Soap-Free Purifying Gel dari Azyma Care.

Cara nak dapatkan produk ni pun mudah sahaja. Korang boleh beli di website, DM di IG , PM di FB atau cari di farmasi yang terpilih.

Website : https://www.azymacare.com/

FB : https://www.facebook.com/azymacareHQ


IG : https://www.instagram.com/azymacare/

Selamat Mencuba !

Categorized in: