Sabtu minggu sudah Ummi Nani dari team KBBA offer aku untuk join kelas renang untuk kanak-kanak , so aku bawak Qaseh dan Cinta ke kelas renang untuk belajar . Katanya kelas ni akan di’conduct oleh team SwimRush Swimming Academy .
Sampai jer kat tempat yang di janjikan nampak kawan-kawan blogger yang lain macam YB Shehan , Nina Mirza , Daus , Razi dan Aznan .
Wahhhh , seronoknyaaaa !!!
Susah jugak yer sebenarnya nak cari kelas belajar renang khas untuk wanita dan kanak-kanak di sekitar Selangor nih . Dulu masa kawan aku buat kelas renang kat rumah dia , aku mampu tengok jer sebab kawan yang ajar tu lelaki . Jadinya cuma anak-anak dan dd jer yang belajar . Aku pulak cuma duduk kat tepi pool sambil mengunyah makanan yang ada .
Asas tu aku ada dah cuma aku selalu lupa , sebab sekarang aku ada penyakit STML .
Swim With No Fear
Objektif utama kelas hari tu ialah swim with no fear ataupun swim fearles dan juga water confidence . Aku rasa 2 perkara ni sangat-sangat perlu sewaktu kita berada di dalam air . Perasaan takut tu memang sangat-sangat penting untuk diatasi .
Takut dan tak yakin akan buatkan kita cepat panik bila kita nak celup muka dalam air dengan mata yang terbuka .
Secara teknikalnya kita akan automatik pejam mata bila muka kena air . Betul tak ..?
Kalau nak tahu itulah namanya PANIK ! tapi sampai bila kita nak panik ?
Rasulullah SAW bersabda, “Ajarilah anak-anak kamu berkuda, berenang dan memanah”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Apa Yang Aku Belajar ?
Pada hari tu juga team swimrush offer ajar mak dan pak yang datang menemani anak-anak . Apa lagi , aku ngan Mama Kembar 3 pun cepat-cepat salin bikini supaya selesa time nak belajar nanti . Sekali lepas gian sebab tak dapat mandi kolam masa Family Day KBBA kat De Rhu Beach Resort hari tu .
Walau kelas cuma beberapa jam tapi banyak sangat benda aku dah belajar dengan coach Swimrush . Selama ni aku berenang ikut suka jer , bagi aku janji tak tenggelam sudah . Tapi kata coach , cara aku tu sebenarnya akan buat aku cepat letih . Memang betul pun , biasanya masuk 2 ker 3 lap jer aku dah flat . Nafas cepat habis sebab cara aku salah .
So hari tu aku belajar teknih pernafasan yang betul iaitu “bubble” , teknik bubble ni ialah hembus nafas melalui hidung . Teknik “bubble” ni juga boleh digunakan kalau ada air termasuk dalam hidung semasa berenang . Dengan cara itu hidung tak akan rasa sakit sebab termasuk air .
Bukti bergambar aku boleh senyum sambil menyelam dalam air , tq Lan Careno sebab bagi pinjam yicam .
Pastu aku belajar pula untuk buat swim + backfloat . Teknik ni digunakan kalau kita penat berenang , buat backfloat ambik nafas balik then baru sambung berenang .
Time tu aku rasa macam bertuah jer sebab aku mampu buat backfloat walaupun aku gemok .
Tenaga Pengajar Swimrush
Pada hari itu ada 3 coach perempuan dan 1 coach lelaki , mereka semua muda-muda dan penyabar orangnya . Aku yang lombab ni pun , hari tu senang pulak nak faham apa yang coach ajar . Cinta yang sebelum ni memang penakut nak berenang , hari tu mudah jer ikut arahan .
Masa dia kecik-kecik dulu dia memang suka main air tapi sebab aku dah lama tak dedahkan dia dengan kolam , lama-lama dia jadi penakut air terutamanya kolam air .
Walaupun mula-mula memang dia cuak , tapi dek kerana coach tu pandai approach budak cam Cinta , tu yang lama-kelamaan Cinta jadi berani dan boleh ikut arahan . Maka aku sendiri pun bertambah kagum .
Qaseh pulak memang dah aku dedahkan dengan kelas renang sejak dia umur 5 tahun . Tapi sebab dia kerap sakit , aku stop kan dia kelas renang .
Tengok video bawah nih , dah macam anak itik pulak aku tengok . **ekekeke
Sijil Swim Fearless Dari Swimrush
Selesai semua sesi termasuk acara game tarik tali dalam air semua peserta mendapat sijil pencapaian sebab berkelakuan baik .
Ehhh taklah ! sebenarnya sijil penyertaan dalam Basic Swimming Course Swim Fearless .
Ternyata bukan mudah nak jadi seorang yang berani didalam air dan juga berenang .
Sementara ada kudrat , masa dan sedikit wang , apa salahnya spend sedikit untuk kelas belajar berenang ? bukan semestinya belajar berenang sampai jadi atlit . Paling tidak untuk diri sendiri . Once kau dah pandai berenang , kau boleh dismissed dari kelas. Bukan kena ambik kelas untuk selamanya .
Jom layan 2 video pendek special dari aku : Swimming Fearless & Kids Swimming Fearless
Akhir sekali aku nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada team Swimrush Swimming Academy sebab bagi aku , anak-anak dan kawan-kawan lain peluang untuk belajar salah satu sukan sunnah Rasulullah .
Semoga ada peluang lain di lain kali .
Swimrush Swimming Academy
Kami sediakan perkhidmatan mengajar kelas renang untuk dewasa, kanak-kanak dan khas untuk muslimah. Our syllabus priority kepada water confidence untuk enhance basic swimming stroke and advance swimming stroke.
Basic Swimming
- bubble – glide atau kata nama lain rocket ( untuk kanak2 )
- kicking – hand pull and combine with breathing
Water Confidence
- backfloat
- turn & backfloat
ini untuk survival contoh bile kita penat berenang dan kita nak berehat atau regain energy so kita backfloat dari swimming possition.
Underwater Dive
- untuk kita mampu belajar bagaimana nak stabil didalam air dan kawal badan supaya mampu mencecah lebih dalam tanpa rasa takut.
Jadual Kelas Renang Swimrush
Kelas renang di swimrush terbahagi kepada dua, satu group class yang mereka conduct di Taman Kosas, Ampang pada setiap hari ahad.
Group class Ahad 9-10am untuk kids 10-11am untuk adults Fees RM130/pax untuk 4 session (1 bulan), seminggu sekali. 1 sesi 1 jam .
Dan lagi satu private class. Private Class more flexible time dan day boleh buat di tempat customer (datang ke kondo or etc) bagi memberi keselesaan dan memudahkan student .
Private class open for weekdays and weekend. If number of student more then 4 student/ family package.. kita boleh kire harga group dan boleh conduct kat tempat customer .
Private class 1 person RM450 2 person RM500 3 person RM550 4 person RM600 Untuk 4 session (1 bulan), seminggu sekali. 1 sesi 1 jam .
Tenaga pengajar ade coach lelaki dan perempuan . Ikut kesesuaian kepada group or private class .
Sila Hubungi Team Swimrush Untuk Maklumat Lanjut
Phone Call / SMS / Whatsapp : 017-5732807 ( Hazman ) atau 013-3654711 ( Aisha )
Instagram : swim.rush
Website : SwimRush
Facebook : swimrush
Bagi yang nak beli peralatan renang , baju renang termasuklah baju renang kanak-kanak perempuan dan lelaki , untuk muslimah atau baju renang yang bersaiz besar pun Moonaz Swimming Attire ada jual .
Berkenan sungguh aku dengan design nih tapi sayang dah kehabisan saiz . Tapi takper , Moonaz Swimming Attire sentiasa restock design baru yang lagi cun .
Instagram : moonaz.swimming.attire
Website : myswimmingsuit.com
Facebook : Moonaz Swimming Attire
Boleh juga terus ke booth jualan seperti di lokasi berikut :
1. HQ Lrg Abdullah Jln kebun.
2. Giant Sec13 Shah Alam
3. M3 Mall Gombak.
4. Alamanda Putrajaya
5. Plaza Angsana Johor Bharu
Barangan jualan:
1. Baju renang (muslimah, muslim) dewasa dan kanak2.
2. Peralatan renang seperti goggle, board, float, cap dan lain2.
3. Mainan air seperti pool, shooter pistol bubble.
4. Barangan spa baby seperti neck float dan swimdiapers.
5. Alatan yg berkaitan dgn air seperti towel dan rain coat.
Galeri

bajet ensem vs bajet diva

tengok lan careno dah macam aligator pulak dia punya pergi

aku tak rasa coach ada ajar teknik nih

dalam kolam pun dia boleh jadi diva…hahahaha

sebelum saya ajar kena cakap cikgu ensem sebanyak 3 kali yer …boleh ?
Hahaha bikini eh kak long? Jom repeat.
Mama Kembar Tiga recently posted…Mama Takut Lemas!
Seronoknya tengok kanak-kanak ni dapat Sijil Belajar Berenang… 😉
Anuar recently posted…Sifu FBAds Student Irfan Khairi yang sangat cemerlang
[…] Download Image More @ saidila.com […]
maaf saya bertanya. swimrush dah tak buat kelas ke?