Baru-baru ni aku dan Nina dari ninamirza.Com saja datang refreshing ke sesi kelas belajar buat blog khas untuk 3 orang lagi blogger iaitu Nani dari mamakembartiga.com , Shiqeen Sattar dari shiqeensatar.com dan Abam Korie dari abamcorry.com di Oldtown White Coffee , Bangsar South . Patutnya Shehan pun join sekali sesi refreshing murid senior tapi sebab anaknya tak sihat maka hanya aku ngan Nina jer yang menyibuk kat situ .kelas belajar buat blog bersama mysc

Macam biasa , Chegu Sohoque dan Chegu Hafiz mesti sampai dulu dari anak murid . Oleh kerana aku anak murid senior maka takper kot aku datang lewat-lewat . Lagipun aku nak kena siapkan makanan anak-anak dulu sebelum aku tinggalkan diorang seharian .

Mendalami dan memehami ilmu yang aku perlukan demi masa depan blog aku sebenarnya sangat-sangatlah mencabar . Aku ada rasa takut , mungkin juga aku blur pastu tak faham istilah , tak hadam arahan dan macam-macam lagilah yang boleh buat aku give up dengan blog . Almaklumlah aku ni bukan sekolah tinggi mana , maka sangatlah penting bagi aku belajar dengan  guru yang punya tahap sabar dia lebih tinggi dari KLCC .

Alhamdulillah mereka berdua bukan sahaja penyabar dengan “kebodohan” aku tapi diorang berdua sangat-sangat membantu aku memahami apa yang aku tak faham sehingga aku rasa blog aku adalah nyawa ketiga aku selepas nyawa kedua aku iaitu seketul iPhone .**ekekekeke

Ilmu WordPress Dan SEO

Bila tengok dak-dak ( budak-budak ) junior yang tekun ngadap laptop dan fokus ngan pot pet pot pet chegu …dan-dan tu jugak aku teringat waktu pertama kali aku masuk kelas belajar buat blog wordpress dan SEO sekali migrate dari platform blogspot ker wordpress .

Kalau korang nak tahu , aku telah mengalami kemurungan tahap kritikal semasa proses migrate berlaku .

Ambik masa jugak untuk aku pulih dan mendapatkan kembali kekuatan dan rentak menulis dalam dunia baru aku .

Dan kelas belajar buat blog pertama aku pada hari tu juga adalah punca kenapa aku berminat untuk migrate platform blog . Ibarat mencabar diri sendiri dan waktu itu aku bagaikan berada didunia yang lain semasa penghijrahan blog dilakukan .**dramatik gilerrrr

anatara blogspot dan wordpress SEO

Setia Ku Korbankan

6 tahun kot aku setia bersama blogspot , tetiba baru hari pertama dalam kelas belajar buat blog aku dengan beraninya ber’migrate platform dari blogspot ke wordpress sekali harung beli pakej hosting . Memang sado giler ehh rasanya hati aku waktu itu .

Nyata penghijrahan aku tidak sia-sia sebab aku senantiasa diberi sokongan 24 jam oleh chegu-chegu tersayang diwaktu aku mengalami kemurungan . Mereka berdua sentiasa memberikan aku sokongan bila aku mula down dengan blog sebab aku masih tak faham bagaimana wordpress berfungsi .

Korang boleh baca balik entry aku pasal Kelas Belajar Buat Blog untuk pertama kalinya .

Tapi percayalah yang sedikit demi sedikit , sehari demi sehari dan perlahan-lahan kau akan rasa sangat -sangat kagum dengan wordpress .

Sebab apa…? sebabnya ialah kau akan dapat sekali pakej menulis dan SEO .

Apa itu SEO ? SEO ialah Search Engine Optimization dimana bila kau menulis di platform wordpress dan digabungkang dengan keyword-keyword tertentu dalam entry …nahhhhh maka entry  yang biasa-biasa tu pun boleh jadi meletup-letup UV disebabkan keyword SEO yang digunakan kat entry blog platform wordpress .apa itu SEO

Jika Kau Tak Cukup Popular

Andai kau cukup kacak/cantik , disukai kawan dan lawan serta banyak pengikut dari awal… guna platform Blogspot atau wordpress sekali pun blog ko pasti akan terima kunjungan dari pembaca-pembaca yang setia . Tapi ….jika kau tidak ada pakej-pakej itu , silalah gunakan SEO sebagai tarikan pembaca ke blog melalui enjin carian .

Mujur aku cepat sedar diri , oleh kerana aku tak memiliki satu pun pakej dari kelebihan yang ada…bermaknan aku kena gunakan kaedah lain untuk menempatkan blog aku dalam ranking pembaca blog . ***hahahaha terlalu tingginyalah impian aku

Akhir kata sebelum aku tekan publish maka sukacita aku nak bagitahu korang satu benda jer ,

Kalau ada sumur di Perlis
Mengapa bersusah pergi ke Golok
Kalau nak belajar ilmu SEO dan WordPress
Hubungi Hafiz Rahim dan Wak Sohoque

Categorized in: