Asalamulaikum dan hai untuk korang semua . Sebelum tu meh kita gelak dulu , hahahahahaha ! apapun nasiblah korang , minggu ni aku banyak cerita pasal makan makan dan makan sahaja.
Bukan apa , dah alang-alang masuk minggu cuti sekolah ni mesti korang pun tengah tercari-cari lokasi tempat makan yang best kan ?
Sesekali dapat bawak keluarga makan kat luar memang best kot.
So entry kali ni aku nak bawak korang makan kat satu tempat yang aku paling suka iaitu dipinggir sebuah kampung yang dipanggil Kampung Tengah , Puchong.

nice view, luas dan selesa
Kenapa tempat ni tempat paling aku suka ? hah lerrrr , sebab tempat ni memang kat dalam kampung aku jer pun.
Petang-petang aku dengan dd suka naik motor pastu ronda-ronda kat kawasan restoran ni. Bukan apa beb, aku sebenarnya suka tengok konsep restoran ni yang bagi aku sedap mata memandang , dapat tengok sunset ( walaupun jauh ) dan boleh menenangkan hati.
Yang bawak anak-anak kecik pun tak perlu risau sangat jika anak suka bermain dan berlari sana sini sebab kawasan restoran ASAP ni memang luas , yakin selamat dan jauh dari jalan besar.
Parking pun FREE dan banyak. Surau pun ada disediakan.
Waktu operasi mula jam 6:00 petang dan buka setiap hari.
Ok jom teruskan membaca.
Entah kenapa aku rasa macam nak cerita banyak pulak dengan korang.
KUAH SUP ? TOMYAM ? ATAU KUAH KARI ?
Haaaaa inilah yang aku asyik sebut jer masa aku buat live hari tu . Korang tak tengok eh ? ishh ishhh ishhh ruginyaaaa lahai .
Tapi takper. Biar jer aku cerita balik kat korang semua. Takpun korang layan video kat bawah ni kejap.
Jom dinner steamboat dan grill LOKASI : ASAP PUCHONGMENU RARE WAJIB CUBA : KUAH KARI & BABY CRAB #asapsteamboatandgrill#journeytoasap#foodhuntress#foodvengers#saidiladotcom#kbba9
Posted by Saidila Abdul Rahman on Tuesday, 14 August 2018
Biasanya kalau kita pergi makan kat mana-mana restoran steamboat, kita hanya dibagi dua pilihan kuah jer . Kalau tak kuah sup mesti kuah tomyam . Kan kan kan ?
Tapi, kat ASAP ni dia ada lain macam sikit .
Itupun sebab waiter dia yang peramah tanya aku nak pilih kuah apa , “kita kat ASAP ada 3 jenis kuah , puan nak kuah apa ? sup ? tomyam ? atau kuah kari ? “
Aku dengar jer ada kuah kari terus aku kata kat diorang yang aku nak kuah kari, sebab bagi aku macam rare jer kuah ni . Setahu aku memang takder kot restoran steamboat sediakan kuah kari untuk pelanggan.
Aku kan spesis rare jugak , makanya itulah aku nak cuba .
Kuah tu korang boleh tukar-tukar , tapi kena pastikan kuah first dah habis baru korang boleh tukar kuah lain. Tiada bayaran tambahan dikenakan jika korang bertukar kuah.
Jadi, sebab aku ambik 2 table jadi aku dapat 2 dapur. Pilihan dapur pertama aku ialah kuah kari dan untuk dapur kedua aku pilih kuah tomyam.
Mana tau kot-kot tak sedap ker kuah kari tu sebab first time nak cuba, jadi adalah nanti backup dengan kuah lain. Ehehehehe…bijak tak aku ?
WHAT THE KARI ?
So, lepas dah ambik semua lauk lauk yang ada aku pun tuang semua seafood dalam kuah kari .
Humang aihhhhh !!!! tak sia-sia aku cuba kuah kari nih . Rupanya rasa seafood yang aku masak dalam kuah kari tu rasa dia jadi lagi sedap sebab dia menyerap segala rasa rempah kari yang pekat dan mantop dan aroma kari dia pun sangattt harummm semerbak.
Maafkan aku . Memang aku sedikit over kalau bercakap melibatkan kuah kari. Sebab aku suka sangat kot. Hahahahaa !!!
Apapun memang inilah rasa yang aku nak rasa.
Dengan rasa kuah kari yang sedap tu serta merta aku terus bikin mee kari seafood yang sedap namateyyy lagi memuaskan hati.
Next time aku nak buat mee kari seafood lagi pastu letak telur. Hari tu lupa sebab syok sangat makan mee seafood kari.
Kuah tomyam hanya dd ngan anak-anak jer makan. Tapi diorang cuba gak yang kari sebab diorang tengok aku makan macam sedap bebenau. Tapi memang sedap pun.
Aku lepas jumpa kuah steamboat yang kena dengan selera aku, jadinya kuah tomyam yang ada tu pun aku dah tak pandang sangat.
Lagipun aku dah pernah cuba gak kuah tomyam ASAP . Bagi aku memang sedap ! rasa kuah tomyam dia ada rasa macam kuah tomyam kat FM ( Family Mart ) .
DILARANG MEMBAZIR
Ini lagi satu benda penting aku nak higlightkan kat korang. Masa korang register kat kaunter, cashier akan bagitahu kita yang setiap 100 gram yang tak habis dimakan akan dikenakan caj Rm20. Bagi aku bagus juga ada undang-undang camni. Memang aku suka ambik sikit-sikit , tak cukup tambah lagi, apa susahnya.
Dari ambik banyak-banyak sekaligus tapi makan tak habis membazir beitu sahaja. Cashier kat situ pun bagus, sentiasa remind pelanggan guna pembesar suara supaya ambik makanan berpada.
Sekalipun buffet tapi sebaiknya janganlah kita membazir yer. Membazir itu amalan syaiton !
MENU DAN SOS ISTIMEWA ASAP
ASAP juga ada signature sos dia sendiri yang diapanggil SOS ASAP. Ianya resipi khas yang direka cipta khas untuk RESTORAN ASAP oleh seorang Chef tempatan yang terkenal.

cuba teka yang mana sos ASAP ?
Rasa sos tu pedas tapi dia ada jugak rasa masam-masam dan ada rasa sedikit manis-manis tapi masih secukup rasa untuk dipping dengan makanan yang di gril dan juga yang dicelur kuah.
Seriusnya aku suka cicah daging yang dah di grill dengan sos ASAP.
Dan paling aku teruja sekali kat ASAP ni ada hidangan BABY CRAB dudududu kata “anak sulung” aku malam tu iaitu Rajimon.
ASAP STEAMBOAT & GRILL PUCHONG
HARGA : RM 42 ( dewasa ) RM21 ( Kanak-kanak ) , bawah 5 tahun percuma
SLOT JAM UNTUK MAKAN : 6pm – 8pm , 7pm – 9pm . 8pm – 10pm , 9pm – 11pm
FACEBOOK : ASAP Steamboat & Grill
INSTAGRAM : @asapsteamboatandgrill
Phone / Wasap : 013-48558944 ( Puchong ) 013-7668944 ( Bangi )
sedapnya nampak steamboat dgn grill2 ni semua, teringin nak makan, dah lama tak layan….
sesekali layan steamboat dan grill sambil santai2 memang best
menarik.. memang peminat steamboat & grill ni…
kena cuba yang ASAP nih …best
Nanti kalau pergi rmh abang dekat puchong, Haida nk try juga la
pergi ramai2 best….
ade kambing tak sis?
teringinnya nak pergi..
nanti bebila pergilah dengan haris…kat bangi tu dekat yb
Bestnya makan steamboat.. banyak pula tu pilihan bahannya..
steamboat and grill memang sedap semua ..banyak pilihan
Macam menarik dari seoul grden nih !
tomyam dia rasa macam kat family mart
Menariknya.. Tempat pun dekat je dgn rumah ni..
Setuju kak long…. Kuah Kari dia mantap, sedap!
kan…lain dari yang lain
lama dah tak makan steamboat…nanti kalau pergi puchong bolelahla rekemen suami dan saudara dia datang sini..
makan ramai2 syok sambil sembang2
Cantik-cantik gambar makanan kat sini. Cawangan Bangi tu rasanya paling dekat kot dengan saya
terima kasih ….yup kat bangi pun ada
Sedap! Nanti nak datang makan lagi, nak cuba kuah kari pulak.
mesti kena cuba yang kuah kari pulak …lain dari yg lain
Best tu best..tgh cari masa nak layan makan kat sana
oraittt…nanti cuba tau