Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Dr Sahruddin Jamal telah menyempurnakan Majlis Perasmian Festival Roda dan Gincu Sempena Minggu Keusahawanan PKS Wilayah Selatan pada Jumaat, 2 Ogos yang lalu. Festival yang menghimpunkan lebih dari 120 usahawan ini telah berlangsung bermula 1 Ogos hingga 4 Ogos di Dataran Tangkak.

Festival ini merupakan anjuran Kerajaan Negeri Johor melalui anak syarikat Kumpulan Permodalan Darul Ta’zim (PDT), Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd. (PUJB) dengan kerjasama SME Corp. Malaysia, agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan.

Majlis perasmian itu turut dihadiri Wakil Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor, Tuan Sheikh Umar Bagharib Ali bersama Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan, Dr Mohamad Rafie Ab Malek serta Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Industri Asas Tani Melaka, Norhizam Hassan Baktee.

Beliau turut menyampaikan bantuan geran usahawan TEKUN bernilai RM2,858,000.00 serta geran Program Pembangunan Bumiputera berkaitan bantuan kewangan yang bernilai RM811,248.00 kepada usahawan yang layak.

Begitulah berakhirnya sebuah kenangan dalam lipatan hidup kita, bagaimana jasa dan bakti yang dicurahkan sepanjang 1-4 hari bulan Ogos 2019 lepas bagi memastikan kejayaan Festival Roda & Gincu sempena Minggu Keusahawanan & PKS 2019 Wilayah Selatan di Dataran Tangkak, Johor Darul Ta’zim.
Bagi pihak SME Corporation Malaysia khususnya Pejabat Negeri Johor, setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan ditujukan kepada semua pihak yang terlibat, baik secara langsung atau dari belakang tirai. Baik pihak kerajaan-kerajaan negeri/persekutuan, agensi/jabatan, pempamer, perusahaan, dewan/persatuan/kelab, selebriti, kolej/institusi pengajian sehinggalah kepada anak-anak pengunjung yang bermain kereta mainan di Dataran Tangkak, tanpa kerjasama dan penglibatan serta penyertaan kalian semua maka compang campinglah akan festival ini.

Mohon diampunkan akan segala kekurangan, kesalahan dan kesilapan kami sepanjang mengendalikan festival ini. Halalkan makan minum, hutang piutang dan budi baik yang dihulurkan.
Semoga kemuafakatan yang terzahir asbab festival ini menjadi tauladan dan pedoman hidup bagi kita semua untuk terus berusaha mengorak melangkah bagi memertabatkan akan keusahawanan negara.
Tahniah diucapkan.
Bgus program mcm ni
Wahh menarikk ni!
Tahniah SME Corp..Semoga lebih ramai lagi usahawan usahawan SME yang akan dibantu dinmasa hadapan..
Nama program pun dah menarik Roda & Gincu. Tahniah buat SME berjaya buat program mcm ni.
Bagus program camni, dapat bantu usahawan. Tahniah SME!
Mama Kembar Tiga recently posted…Homestay Best di Kuala Lumpur Dengan Kolam Renang Yang Unik!
Tahniah SME buat program macam ni. Semoga SME dapat membantu lagi ramai usahawan
Bagusnya program ni..banyak agensi yang terlibat.
Semoga dapat membantu banyak lagi usahawan.
I see bagus jugak buat macam ni ya. Orang yang baru2 nak berniaga and be a part of the future program nak join macam mana ya?
Sebab tengok it’s a good efforts and we need more a program like this too dekat negeri2 lain. As the local sector ni kecik, it’s good to see funds given to make them improved.
terbaik. sebab program sebegini memang wajib ada.
jgn bermusim saje. seluruh negara wajib ada.
iks ni kena dibantu. bukan dari segi untung rugi jer, tapi cara, bagaimana nak maju setanding dgn produk international.
dgn ada program sebegini juga, org ramai boleh dpt info tentang produk terbaru 🙂
tahniah penganjur.
wah. nama program pun dan best dengar. semoga ramai usahawan tahu info sebegini.
Bagus la ada bantuan disumbangkan. dapat membantu usahawan-usahawan untuk meluaskan lagi perniagaan mereka.
harap ada lagi festival macam ni dilangsungkan.
miszlinda recently posted…MANGO TANGO BABY CAKE
wah! program yang bagus! semoga program seumpama ini terus diadakan pada masa masa akan datang. saya lihat program ini dapat membuka mata terutamanya anak anak muda untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan keusahawanan. tahniah diucapkan!
Program yang bagus untuk para usahawan.
Perghhh untung SME2 yng Dapat ni… Tekun ni mmg byk tlg bumiputra
bagusnya program SME ni, dapat membantu bakal-bakal usahawan untuk memasarkan produk mereka.
CIKZA MOHMAD recently posted…PUASHATI DENGAN HANSAEGEE NATURAL GOLD NANO CC CREAM
tahniah di atas kejayaan semua pihak menjayakan event ini. Nampak meriah je melalui post2 gambar, kita dari kL mampu tengok je. Semoga lebih byk event melibatkan anak2 muda sebegini
Rawlins harap Tekun dapat mengadakan festival yang sama di semua negeri agar semua usahawan dapat melihat peluang yang mereka boleh terlibat sama di samping mendedahkan anak muda pada industri ini.
program macam ni perlu diusahakan untuk jadi berkala. yelah, kalau tak nanti usahawan lain tak dapat encourage cam ni pulak. bagus lah kalau TEKUN masukkan this program as program wajib.
bagus sgt2 ada event yg mcm gini.. boleh bantu ramai org.. lagi2 yg berkaitan dengan usahawan kan… kalau dekat teringin gak nk join sekali hehe
Festival Roda & Gincu… the name of the festival is so attractive… I kinda like it… looks so meriah the event… good job!!
sekarang ni makin banyak program yang membantu usahawan-usahawan sme bagus lah senang nak dapat access nak kembangkan bisnes
First time dengar pasal programme macam ni. Thank you sudi share, bertambah sikit pengetahuan mengenai usaha negara kita untuk membantu usahawan.
anak anak muda yang minat keusahawanan wajib rajinkan diri pergi ke event event camni
Terbaik program ni!
Nampak meriah sngt suasana dlm gmbr. Kalau bukan dalam pantang sekarang dh lama join skali untuk lebih memahami visi keusahawan
to be honest, first time tahu ada program macam ni. kalau ada lagi boleh lah berkunjung!