Sebenarnya aku baru terbaca satu entry yang agak lama di tulis oleh kawan aku dekat blog dia. Lepas baca aku be like “aku ada cakap macam tu ker…? “ Aku pun tak ingat apa yang aku pernah beritahu dia. Cuma aku agak kesal sebab aku baru tahu tentang entry tersebut.

Ironinya entry tersebut ditulis masa hari raya 2018 dan aku membacanya pada hari raya 2021.

Tapi terima kasih beb sebab ambik kata-kata aku tu sebagai satu cabaran. Komen aku tentang penulisan kau dalam bahasa English sebenarnya sangat bagus. Aku suka baca sebab aku masih faham apa yang kau tulis.

Bagi aku juga ia sangat santai. Walaupun kau mungkin rasa tak yakin tapi bagi aku ianya sangat bagus. Cuma sayangnya penulisan kau terhenti sampai disitu sahaja.

Setahu aku kau salah seorang pelajar pintar masa disekolah dan kau juga seorang yang mempunyai kerjaya yang sangat hebat dimasa kini. Jadi semestinya banyak pengalaman yang kau boleh kongsikan dengan pembaca.

So beb if kau dah habis baca entry aku ni aku harap kau boleh kembali mencuri masa dan bersemangat untuk kembali menulis di :

https://www.keepthegoodalive.com/

Sebagai kawan , aku akan doakan semoga kau berjaya .

FOLLOW & SUBSCRIBE
Facebook : Saidila Abdul Rahman Instagram : Saidila Youtube : Saidila Lifestyle

Categorized in: