Sapa suka makan donat ? nak-nak donat yang ada inti macam2 tu, alaaa yang orang panggil Bomboloni ker apa namanya. Tapi aku selalu salah sebut so kita panggil dia donat saja sudah.
Dan sapa pulak suka makan nasi arab dengan lauk kambing atau ayam ? Favorite aku nih weihh.
Kalau suka dua-dua pun bagus sebab aku nak habaq lah kat korang ada satu tempat kat kajang ni dia jual donat inti dengan nasi arab. Kedai lain-lain ker ? Haaa ni yang bestnya sebab dedua ni duduk dibawah satu bumbung. Dia jual donat dan dia juga jual nasi arab.
Citer dia gini, sebelum aku pergi Penang hari tu kawan aku ajak try makan donat dan nasi arab kat Kajang. Memula malas tapi lepas tengok gambar donat-donat yang gebus gebas soft macam kapas terus aku terliur dan craving nak rasa sendiri.
Sambil menunggu order donat aku siap, sempat aku interview ownernya sendiri pasal waktu operasi dan harga. Oleh kerana donat tu memang daily produk dorang, so korang tak payah buat pre order. Korang just walk in dan terus order nak donat filling dengan apa.
Antara donat yang popular kat sini ialah donat filling fruity, perasa yang korang boleh cuba ialah Kiwi, Strawberry, Blueberry, Mangga dan Peanut Butter.

Bagi aku berbaloi sangat beli donat berinti kat sini sebab filling dia penuh melimpah. pendek kata tak kedekutlah.
Bukan tu saja , kalau korang suka donat dengan filling coklat ke Nutella ker korang wajib order juga sebab diorang memang filling dengan original Nutella bukan klon acah-acah Nutella.

Tak suka manis-manis ? takder masalah bhai , korang boleh order donat sambal ikan bilis yang pedas nih. Hari tu aku order donat coklat , donat fruity dan donat sambal ikan bilis macam kat bawah nih.

Anak-anak aku opokos perabihkan donat yang manis-manis dulu sementara aku pula sengaja ambik yang pedas supaya tak berebut dengan diorang sebab diorang tak makan pedas. Hahahaha bijak tak aku …
Dan last sekali donat floss yang memang sedap tak hengat. Sambil makan minum dengan kopi o panas. Perghhhhh !!

Ok kita stop jap citer donat. Aku yang cerita aku jugak sendiri yang terliur.
Sekarang aku nak hajak korang makan makanan berat yang sedap iaitu Nasi Arab. Tapi nasi Arab korang kena tempah tau. Let say korang nak buat majlis kat rumah dan opis korang kena order awal.
Kat sini ada Nasi Arab Kambing dan Nasi Arab Ayam. Dedua pun sedap sebijik macam Nasi Arab yang aku buat. Harganya aku lupa pulak. Tapi takper, korang scroll jer sampai bawah nanti jumpalah cara nak contact diorang sendiri.

Selain dari apa yang aku tunjuk ni ada lagi produk donat diorang yang lain-lan. Sebijik macam kedai-kedai donat dan bakery popular ada jual.
Benda sedap camni takkan nak makan sorang jer kan ? tu pasal aku kongsi juga dengan korang semua kat sini. So gaiss kalau korang nak cari beli donat bomboloni yang sedap di kajang korang pergi jer kat kedai Donat Kapas & Coffee ni yer. Bagitahu kat owner aku yang rekemen.
Dan pada yang nak jadi ejen untuk tambah duit poket dengan jual produk yang dorang hasilan pun boleh. Benda sedap kot, jadi jangan risau nak jual. kompom orang repeat beli.

Selamat Mencuba !
Waktu Operasi : Setiap Hari dari 9:00pag -9:00malam
Phone / Wasap : http://www.wasap.my/60176137255/donatkapas
Facebook : Donat Kapas & Coffee
Instagram : @donatkapaskajang
perghhhh tengok menu2 ni semua di awal pagi ni, terus berkeroncong perut. haha
nasi arab dia nampak mengancam habis!
Sedapnya donut
namapk sedap ya donut itu! bolehlah pergi nnti, sebab dh dekat dh dgn rumah. nasi arab tu pon nampak menyelerakan. terima kasih share ya.
Ini namanya Donut Kapas ker hehehe kita tahu nak orang putih jer wakakakak… Tapi memang sedap giler lah tengok semua hurmm cuma kita kena kurangkan manis wakakaka. Yang tak boleh tahan tengok nasi arab tu ya Ampun sedap bangat buat terliur malam-malam macam ni..
lapar pulak scroll tengah tengah malam…kalau kita, favourite nutella tuh!sedapnyaaa!
Jangan suruh sis pilih sb semua sis suka..huhuhu. Sedap gila tgok nasi arab n donat tu..leleh dh air lioq sis tgh2 malam ni. Nampak gaya kena cuba gak ni..nyumm nyummm
Wow bomboloni! Donat sambal a.k.a burger mini Malaysia tu dah biasa..hehe. Tapi serius terliur beb dengan filling dia yang pelbagai tu. Nasi Arab dia pun alahai, menggoda batik sungguh tau. Saja jer kan 😀
omg sis stressss sy nmpk gambar2 donut tu, especially yg nutella. harap2 the price pn lebih murah drpd dunkins & krispy kreme, will try it out nnt 🙂
NAD PUN TAK PERNAH MAKAM BOMBOLONI..HAHAHAA..TAPI MEMNG NAK TRY JUGA..HAH NANTO BOLEH KE SINI..DPAT MAKN NASI ARAB SEKALI KAN
my favourite bomboloniiiii! buka2 terus nampak gambar, rasa lapas pastu rasa nak pergi cari malam ni gak hahaha
okei masuk restoren ni as kedai makan malam nanti visit kl disember ni. kajang cyberjaya tak jauh sangat kot. heheh. thankyou for recommending this restaurant. tak sabar nak makan nasi arab tu.
Teruih tringat balik…donut sambal ngan donut coklat tu sedapnya wehhhh
Mama Kembar Tiga recently posted…Tolonglah Berhenti…
uiiiiii! suka giler bomboloni. anak Iza pun suka jugak. semua nampak sedap. yang sambal tu sedap je rupa dia.
Owhh itu dipanggil donut ya ? Ada yang panggil bombolini. Laa dekat kajang je. Knp kita tak tahu nie. Okay nanti nak datang singgah lah makan kat sini
Dah dekat dah dengan rumah ni. Qiss nak pi try jugak lah. Mengancam tengok donat nutella tu. Memang kegemaran Qiss. Nanti boleh bawa family ke sini juga.. makan nasi arab. Lama dah tak makan.
I love donuts !!!
Thanks for sharing this wonderful place, but it is in kajang.
If I ever visit kajang, I will drop by!
thanks!