Sedihnya hari ni , rasa terhina sedikit pun ada sebenarnya.Tadi lepas aku beli La Juiceria kat Empire Subang,aku bercadang nak beli sepasang kasut pulak untuk ganti kasut power aku yang aku tengah pakai.Sukanya aku bila aku nampak kedai kasut Vincci , cepat-cepat aku tarik Cinta masuk sekali kat kedai Vincci.
Kalau nak tahu dulu masa aku belum khawin pun memang kasut pilihan aku ialah Vincci sebab aku suka rekaan dia yang bagi aku terkini dan juga Vincci amat selesa dipakai.
Orang Yang Macamana Sebenarnya Layak Kau Nak Layan Di Kedai Kasut Vincci Empire ?
Tapi sayangnya , dari aku masuk sampai aku kena keluar sendiri seorang pekerja Vincci jangan kata tegur tanya aku nak apa , pandang aku pun tak . Dalam kedai tu memang tengah takder orang langsung . Takkanlah sorang pun tak boleh datang dekat ngan aku tanya kot ?
Apakah sebab aku tak nampak macam mak datin ? atau sebab aku tak pakai seksi-seksi sampai diorang tak nampak aku ? atau sebab aku tak kepit handbag Coach, LV , Bonia bagai ? atau sebab aku tak bergaya macam artis atau tak nampak macam orang ada-ada yang mampu beli ?
Walhal aku memang dah berkenan dengan sepasang kasut sarung yang bernilai hanya Rm99.00 kat situ.
Pekerja perempuan sorang kat situ pun asyik menggedik jer dengan pekerja lelaki kat situ sampai malas nak layan aku satu-satunya pelanggan yang ada ketika itu .
Puasa kan , takkan aku nak jerit-jerit minta dilayan . Dari aku masuk sampai aku keluar pun memang kat situ jer pekerja-pekerja Vincci Empire berlonggok bergurau senda bertepuk tampar .
Aku keluar pandang muka inchik dd yang tunggu kat luar , inchik dd tanya takder yang berkenan ker ? aku jawab ada yang berkenan bang tapi diorang satu orang pun tak nak layan mama …”
Inchik dd kata , alahai ruginya diorang . Takperlah nanti cari kedai lain . Padahal aku baru jer beli sepasanga kasut kulit yang beharga Rm150.00 setakat Rm99.00 apekejadah aku tak mampu nak belinya .
Sedih giler aku dibuatnya hari ni dengan pekerja Vincci Empire . Rasa terhina sebab macam ni kah caranya pekerja-pekerja kedai ternama menilai bakal pembeli ?
Jadi orang yang macamana sebenarnya layak dilayan dan layak beli kasut kat kedai VINCCI tu…? len kali letak papan tanda yer …orang berpakaian sopan pakai kasut power pakai beg kait tak layak masuk dan membeli di VINCCI …buat camtu lain kali baru aku tak masuk kedai kau dan kalau aku masuk kau berhak tak layan aku malah kau boleh halau aku .
Aku Boikot Vincci Mulai Hari Ini
Mungkin aku patut boikot terus brand Vincci ni dari life aku buat selama-lamanya . Aku punya style shopping bukan macam orang lain . Masuk semua kedai buat tinjauan barang dan harga ,pastu punggah segala stok tapi membelinya tidak .
Aku kalau dah masuk satu kedai , cari apa yang aku nak pastu cari size ngam semua aku terus beli . Harga belakang kira . Dan aku juga bukan jenis yang suka window shopping . Sama macam kat Vincci Empire tadi . Kasut yang aku berkenan tu saiz 5 bila aku toleh2 cari pekerja Vincci takder sorang pun yang pandang aku .
Hakikatnya Kita Masih Menilai Orang Dari Luaran’nya
Mungkin dalam hati diorang kata “malasnya nak layan makcik ni …mesti cerewet “ atau “malas nak layan makcik tu sebab tak nampak macam oarang berduit pun …” atau diorang rasa…” alaa makcik tu nak tengok-tengok jer kot bukan nak beli ….” atau “mampu ker makcik tu nak beli kasut kat sini…? “
Memang aku tak tahu apa yang diorang kata dalam hati tapi aku anggap diorang fikir begitu sebab aku memang diabaikan .
Macam mana aku nak beli ? datang dekat tanya pun tak ? takkan tak nampak manusia besar bapak masuk kedai dia kot ? gilerrr mustahil
Baik aku gi kedai apek bata kat puchong tu ….layanan bagus dan boleh dapat diskaun . Tapi paham-pahamlah kasut kedai apek tu quality biasa-biasa jer . Aku memang selalu beli kata sana kalau untukbeli kasut sekolah dan sandal anak-anak . Harga sesuai kualiti so aku no komen atau no complaint .
Ini Vincci kan ….harga kasut memang setanding kualiti tapi sayang kualiti pekerja tahap kedai kasut tepi longkang .
Keluar dari kedai Vincci Empire tu aku sempat toleh kebelakang lagi dan nampak pekerja perempuan tu betul-betul rapat dengan pekerja lelaki kat situ . Hurmmm no wonder tak nak layan pelanggan sebab hormon nak mengawan tengah naik.
Tapi aku tahu Vincci takkan terjejas pun dengan penulisan aku ni , ramai jer lagi yang giler Vincci contoh macam kes tahun lepas yang siap ada manusia #vinccirians panjat tembok pagar demi nak beli kasut Vinnci . Point aku ialah aku dah lepaskan rasa kecewa aku kat sini . Yang korang masih nak giler dengan Vincci silakan . Itu hak korang dan duit korang .
Kalau aku jahat memang aku dah ambik dah gambar diorang tadi yang galak bergurau sampai buat tak tahu dengan pelanggan . Ni aku tulis jer pun , sekadar meluahkan rasa kekecewaan yang teramat . Nak suh aku lupakan ? tak kena batang hidung korang bolehlah . Yang tak dilayan tu aku , yang dipandang hina tu pun aku . Yang duitnya tak laku dan tak diterima kat kedai Vincci Empire tu pun duit aku . Sekian .
Say No To Vincci Empire !!!!
Alahai Vincci je pun, apa hak pekerjanya nak pandang serong kat Customer. Macam Vincci tu mak bapak dia punya.
Ina Ainaa recently posted…RAYA GIVEAWAY | JUALAN RAYA MELETOP 2016
bagi akak vincci tu pun dah cukup kelass…bagi orang lain yer ada yang lebih hebat lagi ….
dah sekian lama tak beli , semalam baru nak mula balik suka vincci tapi tak dipandang…takperlah,,,
anggap tak berjodoh , gitulahhhh
Hurm.. semua pekerja kena masuk kursus dulu sebelum masuk kedai jaga customer.. saya rasa lah. Rugi tau ada staff mcm ni.
nur yusuf recently posted…Ireland: Sebuah catatan
sikap pekerja yang sangat murahan tak setanding dengan tempat kedai tu berada .
Salam kak.. Pasal kasut je pun.. Itu pun nak. sedih mcm xdpt nk balik kampung masa raya.. Nampak sgt akak ni lemah sgt pemikiranye sampai nak tulis benda2 remeh mcm ni merayu2 simpati org supaya boikot vincci sebb staff xlayan akak nk beli kasut kegemaran akak yg mahal giler Rm99 tu.. Lain kali kalau staff x layan, amik kasut tu gi kat dia ckp dpn2 muka dia ckp nak saiz ape.. Xperlu pun nak tunggu diorang berjam2 supaya dtg jumpa akak layan akak mcm puteri raja.. Benda terlalu remeh.. Dan boleh diselesaikan dgn pemikiran matang.. Xperlu la nak post mcm budak2 sekolah xdpt jajan mcm ni… Kalau betul menyampah blah je la dari kedai tu,gi cari butik2 yg mahal giler lagi.. Akak kan masuk kedai je terus sauk beli bayar,xmcm perempuan2 lain yg suka tgk2 je sebb xmampu mcm akak nak beli kasut mahal2.. Mula2 baca post ni ingatkan teruk la problem akak ni.. Ingat kena maki ke ngan staff vincci atau kena baling kasut ke.. Rupa2 xdilayan dan xdisuapkan dgn pertanyaan manja dari staff.. Saya sebagai sebangsa dgn akak ni rasa segan gak bila baca post mcm ni.. Nampak sgt la kaum bangsa kita ni lemah sgt sampaikan nak beli kasut xdilayan pun jadi sesuatu bahan utk diketengahkan.. Banyak lagi perkara2 penting dlm hidup ni selain isu xseberapa ni.. Maaf la kalau komen ni mencalarkan hati akak yg tisu basah tu.. Saya cuma pelik dan rasa terbuang masa bila bukak post ni.. Ingat, setiap ape yg xelok berlaku pada kita, xsemestinya semuanya salah org lain.. Cermin dulu sikap kita terhadap org lain… Sentiasa rendah diri xkesah la org nak pandang kita walau mcm sampah sekali pun… Get a life la selain dari akak post benda2 merosakkan minda mcm ni.. okay.. Saya minta maaf kalau terasa..bye
tq , komen…
ohhh.. mungkin pekerja2 tu dah lapar sangat kot.. puasalah katakan… hehehe.. 😉
anuar recently posted…Senarai Pemenang Giveaway Carian Homestay Malaysia
kalau puasa dijadikan sebagai alasan , rasanya semua kedai kena tutup supaya semua pekerja islam tak perlu bekerja di bulan ramadhan…..baru tak timbul isu penat melayan pelanggan….ehehehehehe
Ni nama dia tolak rezeki. X kan nak tunggu customer g depan hidung n tnjuk nak itu ini. Kalau ramai sgt customer mcm dlm sogo tu ke, boleh la faham. Sbg penjual.. ko kena fokus. Tgk cust masuk tu, fokus. Tak semestinya ko kena ikut belakang dia 24 jam. Aku pun rimas kalau penjual ikut. Tapi ni fokus mana? Dok menyembang masa cust masuk? Tak tengok langsung. Haih laaa. Mana skill layan cust? Hadoi. Hati sedih ni mana boleh nak disamakan dgn hati org lain. Org lain x kisah.. x smstinya kita pun x kisah. Jangan la pukul rata. Bgs akak tego. Moga ada perubahan la..
YB Shehan recently posted…KOLEKSI SETEM KALIGRAFI 3 BAHASA – JAWI, CINA & TAMIL. WOW!
sebabnya malas dan sebab itu bukan kedai dia itu yang dia boleh ikut suka hati nak layan atau tak layan . memang satu kerugian majikan ada pekerja yang tak beri komitmen terhadap tugas yang diberi .
ni sebab pekerja dia ni… hormon estrogen sedang mkeningkat naik ke kepala. kalau boss besar dia tau ni nahas kena pekerja ni…
mmg kita sebagai customer ni akan rasa down bila tak dilayan. saya pun pernah kena mcm ni. dan memng sy tak beli la kat tempat yg layan saya mcm tu. ya la, walaupun kita ni duit tak berkepuk tp kita sbg customer ada hak kot.
cuma sy tak cerita lak kat bg saya. eh ada satu saya citer kat blog, psl sy tak puas hati ngan salah satu syarikat takaful ni.
cuma harapan saya agar boikot vinnci kat empire dah la.. pi cari kasut yg berkenan tu kat vincci lain. kalau layanan sama gak hempeh camtu, mmg sah la vincci tak ajar pekerj dia psl layan customer
Kalau saya kena camtu pun saya blah.. benci dengan promoter yang layan customer endah tak endah.. hmmm
Afif Rayyan recently posted…Cara Menurunkan Tekanan Darah Tinggi Dengan Cepat
Kalau saya lebih suka tak dilayan. Selesa nak memilih kasut takde org ikut ke hulu hilir. Dah pilih baru saya panggil diorang datang. Mungkin pekerja tu taknak mengganggu akak memilih kasut. Kalau akak terus ke kaunter atau panggil dia mesti dia datang terus. Jangan negatif sangat kelak diri sendiri yang binasa.
Saya pun kalau masuk kedai2 brand macam ni, selesa kalau jurujual tak ngikut belakang montot..rasa bebas nak pilih..dah jumpa yang berkenan baru panggil pekerja dia untuk amik size yang kita nak..
Yes betul…dok ikut mcm kt nak mencuri pulak…
Kalau i kan Dila…i keluar je..diorang tu x fikir..dari duit kita tu la gaji diorang di bayar..kekadang stress ngan salesgirl/ salesman kat butik ni…macam bagus je..hengat org takde duit ke nak beli…pernah gak kena..last2 masuk ALDO..terus beli je kasut sepasang..biar la mahal..janji elok layanan
Suriaamanda recently posted…Raya Yang Sederhana 2016
Saya tak pernah beli kasut di Vincci. Komen Irma kat atas tu, ada sedikit yang saya setuju, tapi cara ditulis macam sedikit kasar.
Kalau takde sales person yang layan, biasanya saya akan pergi bawak kasut dan mintak saiz kat dia. Tapi kalau buat-buat tak nampak customer tu pun bukan satu etika penjual yang baik diamalkan. Kesian kat vincci, ambil pekerja macam tu.
Yati recently posted…Wip Knitting
yup faham….saya pun tak suka gak ada sales assistant follow …saya pernah kerja kat kedai2 jugak….bila ada kastemer masuk berenti ke premis kita …kita boleh tunjuk yang kita dah bersedia untuk berkhidmat dengan cara tegur…..
paling tidak tanya dulu kalau perlukan bantuan kita atau tak…kalau dia kata tak perlukan kita boleh kata nanti kalau perlukan apa2 bolehlah panggil kita….
inilah maksud layanan …bukan suh follow kita atau selalu…..