Aku tak taulah ni entry keberapa yang aku tulis tapi tak jadi publish . Seminggu ni memang semangat aku down balik sebab beberapa perkara yang tak dapat dijangka . Mana yang tak tahu mungkin ingat aku tengah sentap dengan kawan-kawan tapi sebenarnya bukan.
Aku punya perangai memang tak suka bagitahu apatah lagi nak kongsi masaalah sebenar aku ngan orang lain.Biasanya aku akan sorokkan masaalah sebenar dibelakang bukan masaalah tapi aku nampakkan dia macam masaalah.
Tak payah nak korek sangat pun . Sememangnya aku sejenis manusia yang suka selesaikan sendiri masaalah . Tanggung segalanya sendirian sebab itulah yang aku kena lakukan sejak dari kecil . Segalanya aku kena hadapi secara solo.Aku tak diajar untuk berkongsi masaalah dengan sesiapa walaupun aku teringin.
Memang penat bila semuanya kau kena tanggung dan tahan sendiri . Tapi nak buka mulut untuk bercerita tu macam tak dapat . Sudahnya aku cuma mampu diam dan bermenung sendirian . Aku tak tahu camner nak cerita dengan sesiapa,sebab aku faham yang semua orang pun ada masaalah sendiri dan bukan semua orang sanggup nak habiskan masa mendengar luahan hati aku.
Perasaan dan masaalah dalaman yang ada selalunya aku simpan sendiri,perlahan-lahan nanti aku recycle semuanya agar perasaan yang terlepas itu hanyalah aura-aura positif.
Memang makan masa tapi itulah aku.Aku lemah dan kalah dengan mainan perasaaan aku . Hati aku cuma mampu berkata-kata tapi mulut aku pula rapat terkunci.
Memikirkan masaalah aku mungkin akan menyusahkan orang lain itulah anatara penyebab aku terus berdiam . Tengah-tengah camni jangan harap aku nak cakap benda yang betul pada korang .
Memang semuanya aku tipu.
Kau OK ? aku akan jawab yer.
Kau ada masaalah ? akau akan jawab takder.
Kau nak cerita apa-apa ? aku kan jawab tak ada apa-apa yang penting.
Walhal dalam hati,Allah swt sahaja yang tahu.
Nak nangis jugak kadang rasanya . Tapi bukankah itu sejenis kebodohan ? kebodohan apa yang aku tengah buat ?
Hurmm….
Aku biarkan masa menjadi pengubat hati . Aku redhakan segalanya . Allah mesti lagi tahu apa yang terbaik untuk aku . Dalam kepala aku sekarang kosong , bila aku pejam mata pun kosong , takder bayang-bayang seseorang akan muncul untuk memberi aku sedikit semangat dan sedikit kekuatan .
Aku sendiri kena bangun , cari dan kumpul segala semangat dan kekuatan yang tak ada seorang pun sedia nak berikan pada aku kerana aku bukan siapa-siapa .
#blankspace
Leave a Reply