Isu ni mesti ramai yang dah tahu tapi saja aku tak ulas lagi sebab nak tunggu kenyataan rasmi dari Lembaga Zakat Selangor sendiri. Paling tidak pun kalau nak judge pastikan kita dah dengar cerita dari kedua belah pihak. Barulah adil.
Jadi, mengikut video yang tular tersebut, ada 3 ibu tunggal ini telah berjumpa dengan 1 NGO yang baru ditubuhkan pada bulan April 2021. So diorang pun untuk mengadu supaya diberi pembelaan sewajarnya. Mereka juga mendakwa telah dihina pegawai zakat ketika membuat permohonan.
Oleh kerana kecewa tidak dapat bantuan oleh pihak zakat akhirnya pihak gereja telah tampil membantu mereka , memenuhi segala keperluan mereka selama 9 tahun.
9 tahun gais pihak gereja bantu mereka. Menangis haa diorang sebab katanya orang gereja datang bantu diorang sehingga ada yang mengumpamakan bantuan yang diberi pihak gereja pantas macam malaikat.
Orang pusat zakat mana ? Tak buat kerja ker ?

Kat bawah ni antara komen-komen bijak yang aku jumpa. Nampaknya bukan semua netizen buta perut nak salahkan terus pusat zakat bila sesuatu isu viral timbul.




Dan Ini Kisah Sebenar Mereka

Sungguhpun difitnah dan ditohmah masyarakat LZS tetap amanah menjaga kerahsiaan identiti 3 ibu tunggal tersebut. Melalui sisatan LZS setelah mendapat butiran diri mereka, ini kisah sebenar disebaliknya :
Ibu Tunggal A – Beliau mendakwa tidak mendapat sebarang bantuan dari mana-mana agensi termasuk Baitulamal.
Perkara yang sebenarnya adalah :
- Asnaf miskin yang berdaftar dengan LZS
- Telah didaftarkan sebagai asnaf pada 2020
bercerai pada tahun 2019 mempunyai 3 orang tanggungan.
- Bantuan kewangan bulanan
- Bantuan sewa rumah secara bulanan
- Bantuan pendidikan
- Bantuan hutang keperluan hidup bagi menjelaskan tunggakan sewa rumah
- Bantuan kecemasan
- Bantuan hari raya
Jumlah bantuan yang telah disalurkan sehingga 2021 ialah sebanyak Rm23,450 termasuk bantuan kewangan bulanan dan bayaran sewa bulanan rumah yang akan disalurkan sehingga Disember 2021
Ibu Tunggal B – Bukan seorang ibu tinggal dan mempunyai suami yang tidak menetap di Malaysia. Mempunyai 3 anak yang telah dewasa dan telah menerima bantuan menyelesaikan tunggakan sewa rumah dari LZS pada tahun 2017.
Perkara yang sebenarnya adalah :
- Penerima bantuan MAIWP dari tahun 2012 sehingga 2017
- Masih menerima bantuan dari MAIWP sehingga 2021
- Tiada permohonan lain diterima selepas berpindah ke Selangor
- Bantuan kewangan bulanan
- Bantuan kecemasan
- Bantuan deposit teksi
- Bantuan menjelaskan yuran kursus anak
- Bantuan menjelaskan tunggakan sewa rumah
- Bantuan am pelajaran IPT
- Bantuan perniagaan
- Bantuan musibah
Ibu Tunggal C
Bukan ibu tunggal dan masih mempunyai suami di Malaysia mempunyai 4 orang anak berusia 4 hingga 14 tahun. Tidak menyertakan borang penceraian untuk mengesahkan permohonan.
2 dari Ibu Tunggal yang ditemui LZS tidak ada menerima sebarang bantuan dari GEREJA ! Seorang lagi Ibu Tunggal tidak dapat dihubungi.
Hidup ni jangan terlalu suka ambik kesempatan dan jangan malas untuk berusaha. Anak-anak aku sendiri pernah dihulur borang zakat oleh guru sekolah kerana gaji DD dibawah paras pendapatan Asnaf.
Tapi kitorang tolak bulat-bulat sebab rasanya hidup aku sekeluarga sangat selesa. Biarpun tak mewah dan tak berlebih tapi Alhamdulillah cukup. Aku terangkan dengan anak-anak aku yang kenapa kita kena tolak.
“Zakat adalah duit orang ramai yang membersihkan harta pendapatan mereka. Ia adalah amanah dari orang Islam untuk kegunaan orang Islam lain yang memerlukan. Sungguhpun kita hidup tak mewah tapi kita hidup dengan selesa. Masih dapat makan nasi setiap hari. Masih boleh makan KFC atau Pizza bila seekali teringin. Walaupun ayah lambat bayar yuran sekolah korang sebab ikut giliran gaji tapi ayah masih mampu bayar.”
Ramai Yang Dahagakan Duit Zakat
Zaman sekarang ni aku tengok ramai yang suka meminta-minta dan kalau boleh nak hidupnya ditanggung oleh pihak zakat buat selama-lamanya. Yang sanggup menipu demi nak dapatkan bantuan zakat pun ramai.
Sebab itu setiap permohonan zakat kena melalui prosuder yang betul. Antaranya membuat bancian. Jangan sedap mulut kata pegawai zakat tak turun cari asnaf yer. Cubalah follow dan set see first FB pusat Zakat tu, macamana yang UEL buat macam tu jugaklah dengan pusat zakat. Aku sendiri dah berapa kali turun padang turun naik tangga flat untuk buat bancian pemohon zakat dan menyampaikan bantuan zakat.
Kang salah bagi korang jugak yang merentan marahkan pusat zakat. Kita sendiri kena jadi mata-mata kepada zakat. Ada yang memrlukan tapi tak tahu cara kita bantu atau laporkan pada pihak yang sepatutnya.
Ni bantuan zakat nak tapi datang masjid malas. Kalau datang pun bila nak ambik bantuan jer lepas tu hilang dari radar.
Dan yang suka menerima bantuan atau meminta ni biasanya mereka tergolong dalam kategori orang yang malas. Inipun bukan pertama kali aku jumpa. MAcam-macam kisah pemohon zakat yang memang tak masuk akal. KAu susah sebab kau malas bukan seba takdir. Orang susah tapi rajin ni dia tak akan meminta-minta walaupun terdesak. Contohnya macam kisah kat bawah ni. Bini ada 4 anak ada 28. Hidup dalam rumah sewa dengan duit Zakat. Tapi aku memang pernah jumpa tau dengan orang macam ni. Jangan ini orang yang sama pernah menyewa kat rumah sewa arwah bapak mertua aku sudahlah.

Apa yang aku tahu lelaki ni orang tempatan dan ada 4 bini. Dan bini dia semua orang Indonesia. Bapak aku pernah tanya dia kenapa dia tak kerja tapi boleh kahwin sampai 4 orang ? dia sengih-sengih jer dengan perut buncit dia. Pastu dia jawab bini-bini dia dah kerja so dia tak payah kerja lagi.
Oleh kerana dah berapa bulan tak bayar sewa so the end bapak aku pun halau diorang. Dahlah sebelum diorang pindah diorang curi barang-barang mak aku dalam stor simpanan. Dan masa aku kemas rumah tu aku jumpa banyak tiket nombor ekor. Dahlah miskin, mencuri tapi masih main nombor ekor. Betul-betul gilerrrrr !!!
Kalau nak cerita perangai masyarakat yang dahagakan duit zakat ni memang tak habis-habis. So netizen jadilah bijak sikit yer lepas nih.
Comments