Alhamdulillah . Akhirnya ekonomi negeri-negeri di fasa 1 dah boleh dibuka semula dan macam-macam aktiviti juga sudah dibolehkan antaranya dine in, berbasikal, mendaki dan lain-lain. Cuma persoalannya berani ker ?

Dengan kes yang masih tinggi dan kewujudan bermacam-macam variant virus covid19 buat aku macam hurrrmmm mungkin tidak kot. Pada siapa yang nak buat silakan. Tapi kalau kes naik sampai ke 50k sehari nanti janganlah pula salahkan kerajaan lagi yer.

Untuk dine in pun aku tak berani lagi , terlalu berisiko rasanya. Lagipun dah selesa membeli secara online. Norma baru kan.

Kebenaran Dine In , Hiking Dan Cycling Di Negeri Fasa 1

Sebagai seorang yang dah pernah merasa sakitnya serangan covid19 , aku akan keluar jika kes semakin menurun dan seluruh ahli keluarga aku sudah menerima vaksin. Memang betul vaksin bukanlah segala-galanya tapi paling tidak vaksin mampu mengurangkan gejala pada mereka yang dijangkiti virus covid19.

Bukan takut tapi bertanggungjawab pada diri, ahli keluarga dan masyarakat.

Pesanan DG Noor Hisham Abdullah

Walaupun kerajaan akur dengan permintaan rakyat tapi sentiaslah patuh SOP yer. If vaksin ni satu kewajipan buatlah . Tak berdosa pun kalau ada yang antivaksin mengambil vaksi, cuma tak perlu hebahkan perkara tersebut kepada orang lain bagi menjaga maruah diri. Diam-diam sudah.

Kebenaran Dine In , Hiking Dan Cycling Di Negeri Fasa 1

InsyaAllah semoga kita semua akan terpelihara dari wabak ini dan semoga kita semua dapat kembali menjalani kehidupan yang normal. Apapun bersyukur selalu dengan apa yang kita miliki hari ini dan sentiasa ingat setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.

FOLLOW & SUBSCRIBE
Facebook : Saidila Abdul Rahman Instagram : Saidila Youtube : Saidila Lifestyle

Categorized in: