Alhamdulillah…tak sampai sehari bencana berlaku , ramai kawan yang PM aku nak membantu sama . Semalam petang aku ngan dd ke sana untuk membuat serahan kutipan dari kawan-kawan Kelab Blogger Ben Ashaari .

Ya Allah terima kasih , amanah korang semua dah selamat aku sampaikan .

Terima kasih kepada semua yang sudi share post ini di wall masing-masing sehingga ke hari ini . Aku tunjukkan pada ustaz-ustaz kat situ tentang apa yang blogger dan netizen-netizen seperti aku dapat lakukan dengan menggunakan media sosial ke jalan yang betul . Pendek kata asalkan kita semua bersatu semua pasti boleh berlaku .

img_6883

Semalam juga aku melihat sendiri kemusnahan yang berlaku kesan dari kebakaran yang disebabkan oleh litar pintas yang bermula di surau . Alhamdulillah tiada kemalangan dan kecederaan yang berlaku .

Ketika kejadian menurut Ustaz Saberi beliau baru nak menjamah makan tengahari di rumahnya yang betul-betul mengadap surau .

Sangkaan beliau mulanya ialah ada orang bakar sampah bila anaknya bagitahu ternampak kepulan asap keluar dari belakang surau .

Rupanya surau sedang terbakar dan merebak membakar 3 bilik darjah yang berdekatan .

img_6852

Masa kat sana tu juga ternampaklah beberapa pelajar sedang meninjau-ninjau kesan kebakaran . Mungkin diorang sedang memikir bagaimana nak belajar dan solat berjemaah . Menurut Ustaz Saberi dan Ustaz Yusuff , pelajar-pelajar terpaksa bersolat jemaah di koridor sekolah sahaja . Khemah yang dijanjikan untuk dijadikan ruang solat dan belajar pun tak sampai-sampai sehingga semalam .

img_6848

img_6850

Sedihnya hati aku Allah jer yang tahu . Tapi aku senyum jer dan senyum jer , kalau ikut perasaan ciwek memang dah banjir kot .

Sempat aku tanya apa benda yang paling perlu ketika ini . Kata ustaz..diorang sangat perlukan kipas berdiri , meja dan kerusi plastik yang akan diletakkan dibawah khemah untuk dijadikan kelas sementara .

Sementelah ada yang nak mengambil exam PT3 . Faham-fahamlah camner rasanya . Huwaaaaaaaa huwaaaa ya Allah…sedihnya hati aku .

img_6854

Aku tahu sumbangan aku sangat-sangat sedikit . Sebab tu aku tak malu nak meraih simpati korang semua supaya sama-sama menyumbang ke situ . Mana nak kumpul dana bina bangunan baru lagi , nak sediakan tempat belajar sementara lagi .

Aku cuma harap bencana ni adalah asbab untuk dana pembangunan Sekolah Menengah Islam Puchong semakin bertambah supaya pihak sekolah dapat segera membina bangunan yang lebih baik dan selesa untuk kegunaan pelajar-pelajar yang akan menjadi insan berguna kepada seluruh masyarakat .

Mohon Viralkan Untuk Sumbangan

Tempah jatuh lagikan dikenang..inikan pula tempat bermulanya tarbiah..

Kebakaran Sekolah Menengah Islam Puchong (SMIP)
Lokasi – Jalan Bistari 3, Kampung Seri Aman,
Masa – Pukul 2.00 petang
Kawasan Terbakar – 1 dewan solat, 3 bilik darjah

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun :

SEKOLAH MENENGAH ISLAM PUCHONG
No Akaun – 12065010044360.
( Bank Islam Malaysia Berhad ) 

SMIP AL QAMAR RESOURCES
Akaun No – 562777211141
( Malayan Banking Berhad )

Semoga Allah membalas jasa baik tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah. Sekaligus menjadi bekalan akhirat disana jua. Insyaallah..

Untuk makluman, surau ni menampung hampir 300 pelajar pada sesi pembelajaran manakala selebihnya sekitar 150-200 pelajar dalam satu masa.

Tempat solat berjemaah, anak-anak membaca,mengulangkaji dan menghafal Al-Quran, bersolat malam dan pelbagai aktiviti ibadah . Mudah-mudahan dengan sumbangan tuan-puan akan menjadi asbab terus mengalirnya pahala bekalan akhirat kelak.

Gambar Berkaitan

img_6842

img_6837

img_6840

img_6845

Categorized in: