Ya Allah !! menyesalnya aku lambat bukak group wasap #osemfamilypuchong …keluarga aku post berita ni dekat group pukul 10 malam…pukul 11 malam aku baru bukak dan baru dapat tahu….tapi aku lambat bertindak…ya allah ampunkanlah aku ya allah….
Bercucuran air mata aku masa post berita ni kat facebook sambil minta share minta sumbangan semampu yang ada…dalam tempoh sejam tu ramai jugak kawan-kawan kelab aku share post aku .
Tak semena-mena jugak 2 bff aku personal message aku untuk beri sumbangan peribadi diorang dengan jumlah yang agak banyak kepada sekolah tersebut . Walhal salah sorang dari bff aku tu baru jer kematian ayahnya…pastu duit sumbangan yang sepatutnya diberi kepadanya dia infaq’kan balik kepada sekolah yang terbakar tu . Katanya lebih banyak pahala kalau sumbang ker situ ( sekolah yang terbakar ) dan insyaAllah ada jer rezeki untuk diorang nanti Allah ganti balik .**nangis lagi aku dibuatnya….
Ya allah …baiknya kawan-kawan aku ni ya allah….
Boss aku sendiri pulak bila dapat tahu hal ni …dia cepat-cepat minta persetujuan semua ahli kelab untuk keluarkan sumbangan menggunakan tabung kelab…lagilah aku terharu dan berjurai-jurai air mata aku mengalir .
Ini pun salah satu kenapa aku sayang kelab ni sangat-sangat iaitu Kelab Blogger Ben Ashaari . **i love KBBA9
Aku tahu sekolah tu dhaif sikit sebab sekolah tu sekolah lama . Sekolah ni juga banyak mendidik anak bangsa untuk menjadi seorang pelajar yang baik dengan pendidikkan akademik dan agama yang seimbang supaya apabila mereka tamat belajar nanti mereka akan menjadi seorang manusia yang bermanfaat kepada seluruh masyarakat .
InsyaAllah esok pagi aku akan kesana untuk melawat dan bertanyakan perkembangan terkini .
Mohon Viralkan Untuk Sumbangan
Tempah jatuh lagikan dikenang..inikan pula tempat bermulanya tarbiah..
======================================
Kebakaran Sekolah Menengah Islam Puchong (SMIP)
Lokasi – Jalan Bistari 3, Kampung Seri Aman,
Masa – Pukul 2.00 petang
Kawasan Terbakar – 1 dewan solat, 3 bilik darjah
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun :
SEKOLAH MENENGAH ISLAM PUCHONG
No Akaun – 12065010044360.
( Bank Islam Malaysia Berhad ) atau
SMIP AL QAMAR RESOURCES
Akaun No – 562777211141
( Malayan Banking Berhad )
Semoga Allah membalas jasa baik tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah. Sekaligus menjadi bekalan akhirat disana jua. Insyaallah..
=======================================
Untuk makluman, surau ni menampung hampir 300 pelajar pada sesi pembelajaran manakala selebihnya sekitar 150-200 pelajar dalam satu masa.
Tempat solat berjemaah, anak-anak membaca,mengulangkaji dan menghafal Al-Quran, bersolat malam dan pelbagai aktiviti ibadah . Mudah-mudahan dengan sumbangan tuan-puan akan menjadi asbab terus mengalirnya pahala bekalan akhirat kelak.
Gambar Kebakaran
Allahuakhbar… semoga Allah gantikan dengan yang lebih baik buat mereka..
rozita recently posted…Sesuai ke menonton filem ni untuk kanak-kanak?
ALLAH Maha Mengetahui segalanya. Moga ada hikmah disebalik tragedi ini.
Syukur tak ada yang cedera. Moga Allah gantikan dengan yang lebih baik untuk diorang, Amin.
Mama Kembar 3 recently posted…Kecur Air Liur Teringat Masakan Cina Muslim di Restoran Blue Ginger, Sedap!