Korang pernah cuba minum apple cider vinegar tak ? atau nama ringkasnya ACV ataupun bahasa melayunya cuka epal .

Setakat cuka tu biasalah aku dengar dan guna kat rumah . Tapi yang ni cuka epal , setahu aku cuka epal ni harganya agak mahal tapi bagus untuk kesihatan .

So , masuk bulan Ramadhan ni aku pun cuba-cuba ambik cuka epal setiap kali lepas iftar dan masa sahur .

Nak tahu jadi apa tak ? jeng jeng jeng …

Oh yer sebelum aku cerita lagi panjang lebar aku nak korang baca sedikit info mengenai kebaikan dan manfaat cuka epal dalam kehidupan kita seharian .

Antara Manfaat Cuka Epal

Cuka epal telah mencipta sejarahnya yang tersendiri dengan pelbagai manfaat. Diperbuat daripada buah epal segar, ia mengandungi vitamin, pectin, potassium, sodium, magnesium, kalsium, fosforus, dan zat besi.

Ianya juga mempunyai sumber anti-oksida seperti carotenoids dan beta-carotene yang mempunyai keupayaan untuk meneutralkan radikal bebas yang berbahaya yang boleh melemahkan sistem imunisasi.

Cuka dapat membantu merendahkan paras glukosa darah, melambatkan pengosongan gastrik dan membantu merendahkan glukosa darah dan tahap insulin untuk kehidupan yang lebih sihat.

Dengan bahan utamanya iaitu asid asetik, cuka juga mampu membunuh bakteria dan digunakan sebagai bahan pengawet semula jadi.

Sementara itu, pemanis semula jadi yang terkandung dalam madu berasal dari fruktosa dan glukosa, dan juga gula kompleks yang lain.

Dikenali sebagai antioksidan dan antiseptik dengan ciri-ciri pembersihan, ia juga mempunyai sejumlah kecil vitamin dan mineral.

Cuka Epal Dengan Madu Buatan Malaysia 

Cuka epal yang aku ambik ni special sikit , nama dia Surya ACV dan  dia bukan cuka epal semata tapi cuka epal dengan madu .

nak beli online pun selamat

Aku pun baca manfaat Surya ACV ni pun kat blog kawan-kawan yang dah cuba . Baca punya baca rupanya banyak gak kegunaan Surya ACV ni yer .

Rata-rata kata , ianya bagus untuk sebagai pelawas . Aku bab-bab lawas ni memang suka sebab pembuangan aku memang kurang lawas . So molek sangatlah kalau aku amalkan cuka epal ni supaya dapat melawaskan pembuangan sisa buangan dengan lancar .

Katanya lagi ia boleh buat kita cergas dan bertenaga sepanjang berpuasa . Itu pun bagus sebabnya walaupun kita dibulan puasa kita mesti kena mau segar dan cergas .

Mengenai Surya ACV Malaysia

Surya memperkenalkan cara lain untuk menikmati minuman yang lebih sihat melalui penggunaan cuka epal dengan menambah kebaikan madu asli ke dalam produknya.

Penghasilan formulasi ini adalah untuk mengubahkan perspektif penggunaan cuka epal dalam kalangan rakyat Malaysia, terutama mereka yang amat mementingkan kesihatan dan mahu mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.

Bahan-bahan yang digunakan adalah daripada pembekal yang dipercayai, dengan epal yang didatangkan dari Amerika Syarikat serta madu mentah dari ladang tempatan.

Dengan penghasilan sendiri cuka epal daripada jenama Surya mahu menyediakan produk yang sihat, selamat, murah dan berkesan untuk semua rakyat Malaysia.

Cuka epal Surya dengan madu asli bersaiz 450ml boleh didapati di laman e-commerce Lazada & Shopee.

Atau cari kat Watson dan Farmasi yang berdekatan .

Semakin ramai orang menghadapi cabaran kesihatan tetapi kekurangan kesedaran dan sokongan untuk kembali ke landasan yang asal.

Visi kami “Kesihatan untuk semua” mendorong kami untuk menyediakan penyelesaian penjagaan kesihatan yang selamat, murah dan berkesan untuk semua.

Surya Malaysia bertujuan untuk menyediakan produk kesihatan dengan sentuhan tempatan yang akan meningkatkan landskap penjagaan kesihatan di Malaysia dan akhirnya memberi kesihatan untuk semua.

Testimoni Aku Consume Cuka Epal Madu

Masuk minggu ni dah dekat 2 minggu aku consume Surya ACV ni , memang lega betul perut , taklah rasa penuh sebu sebab ter’over makan masa waktu berbuka puasa , sebab lepas aku minum semua yang tak perlu dan yang memberatkan badan aku akan dikeluarkan .

rasanya sedap sangat sampai nak ter’tuang lebih

Padanlah aku rasa perut aku makin lama mengempis . Selesa betul rasanya .

Dan paling best sebab perjalanan darah jadi lancar . Ceritanya minggu lepas aku period , tapi aku tetap teruskan pengambilan Surya ACV macam biasa . Dan biasanya aku betul-betul suci dari darah dekat 10 hari , itupun hari ke 7 berhenti , bila aku dah bersuci dan buat kerja lebih sikit tetiba ada sisa-sisa akhir keluar lagi . Boleh bayangkan tak bertapa kecewanya aku .

Kali ni memang clear lepas aku ambik Surya ACV ,ngam 8 hari aku cuti dan aku dah clean and clear . Jenuh nanti nak ganti kalau kena cuti sampai 10 hari weihhh .

Dan paling best jugak ( eiiii banyak pulak bestnya…) Surya ACV ni boleh diminum oleh kanak-kanak .

“bagus untuk hilangkan sakit tekak , batuk dan selesema”

Statement atas ni memang aku setuju sangat sebab aku sendiri dah test dan buktikan dengan anak aku sendiri

Ini pun salah satu sebab paling kuat untuk aku kena jadikan Surya ACV sebagai barang wajib yang kena ada dalam rumah . Almaklumlah , dengan cuaca yang panas bahang dan tak menentu ni mudah sangat anak-anak nak kena sakit macam sakit tekak , batuk dan selsema .

Untuk kanak-kanak cara pengambilan aku kurangkan sukatan dari 2 sudu besar =kepada 1 sudu besar sahaja , bancuh dalam segelas air dan bagi anak-anak minum . Dalam 2 hari amalkan alhamdulillah batuk dan selsema anak aku terus baik .

nak tuang pun kena ada teknik barulah tak tumpah

Semakin lama semakin jauh aku dengan bahan kimia . Alhamdulillah .

Surya ACV Dalam Masakan Dan Dijadikan Minuman 

Surya ACV ini pun boleh ditambah ke dalam air atau jus buah-buahan semasa berbuka puasa untuk membantu mendapatkan semula tenaga yang hilang dan mendapat manfaat kesihatan yang berganda

Aku sendiri letak 2 sudu besar ACV kat ikan pekasam yang di goreng untuk lauk sahur , sebab masa tu aku dah kehabisan jus limau .

Oleh kerana aku ada terbaca cadangan Chef Wan kat sini , tu yang aku follow gak .

Chef Wan recommends to replace asam jawa and sugar to cook ayam masak merah/acar.

sedap weihhhhh

Dapatkan maklumat lanjut mengenai kebaikan Surya ACV dan cara mendapatkan’nya disini :

Facebook : https://www.facebook.com/Surya.Malaysia/

Instagram : https://www.instagram.com/surya.malaysia/

E-Commerce : Lazada / Shopee

Selamat mencuba .